Erti Sebuah Kemerdekaan

Posted by: Ana Mursyidah in


Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah seluas lautan...

Keseorangan di dalam bilik membuatkan saya berasa bosan. Maka, inisiatif yang diambil adalah membuat sesuatu yang lebih berfaedah dan bermakna...(",)

Merdeka, pasti itu yang terlintas di minda dan kotak fikiran apabila berada di akhir bulan Ogos. Telah tercatat dalam sejarah, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pada tahun ini, sudah 51 tahun Malaysia bebas dari cengkaman penjajah. Mari kita imbas kembali, sumbangan para pejuang tanah air yang banyak berkorban hingga ke titisan darah terakhir. Tidak kurang ada juga para ulama’ yang turut berusaha dan berjuang untuk memerdekakan tanah air.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan atau dalam bahasa arab yang disebut yaumul istiqlal? Seperti kata yang lain, kemerdekaan juga mempunyai makna konotatif dan dinotatif, yang pengertiannya terlalu luas untuk dunia yang sudah terlalu kompleks ini. Menurut Kamus Dewan, kemerdekaan bererti bebas daripada penjajahan. Manakala menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, kemerdekaan ditakrifkan sebagai bebas dari penghambaan, penjajahan, dll; berdiri sendiri; tidak terkena atau lepas dari tuntutan; tidak terikat, tidak bergantung kepada orang atau pihak tertentu; atau leluasa.

Dalam Islam, kemerdekaan bagi sesebuah negara bermakna kemampuan sesebuah negara memiliki kuasa dan membolehkan untuk mentadbir negara sendiri. Dengan kuasa yang ada, mereka mampu untuk mentadbir sesebuah negara mengikut hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Namun, apabila kuasa dimiliki oleh orang Islam tapi pemerintahan tidak bertunjangkan kepada Islam, maka sesebuah negara itu tidak dikira merdeka sepenuhnya lagi.

Sesebuah negara yang merdeka bertanggungjawab untuk mengisi kemerdekaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41, yang bermaksud,
”Orang2 yang jika Kami beri kedudukan di muka bumi, mereka menunaikan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari yang mungkar. Dan hanya kepada Allah kembali segala urusan”.

Wallahu a’lam...

Ayunan Kalam Pembuka Bicara...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Ini merupakan catatan pertama saya di sini.. Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dengan dua nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT iaitu nikmat iman dan islam. Justeru, dengan nikmat ini dan juga sebagai khalifah yang ditugaskan oleh Allah di muka bumi ini, sukalah saya untuk menyambut seruan Rasulullah s.a.w.: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Maka, dengan itu saya berharap agar usaha ini menjadi satu wadah atau platform untuk saya berdakwah dan berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Sebagai seorang pelajar, saya sering memerhatikan ramai di antara mereka yang sangat mementingkan pelajaran sehinggakan lupa akan tugas mereka yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, iaitu dakwah. Namun, ilmu yang meluas, mendalam dan mantap dari pelbagai aspek juga sangat penting untuk menjalankan tugas ini. Belajar dan berdakwah haruslah seiring. Sehubungan dengan itu, diingatkan bahawa, "akademik nombor satu tapi tugas dakwah bukan nombor dua".

Marilah sama-sama kita menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kepada munkar. Teringat saya akan kata-kata guru fizik saya ketika saya di tingkatan 5, "Jadilah seperti biji kopi, apabila masuk ke dalam air panas, air berubah warna dan berbau harum. Jangan jadi seperti telur, apabila masuk ke dalam air panas, telur yang berubah". Fikirkan dan renungkan..

Saya berharap agar segala usaha ini menjadi peringatan kepada diri sendiri selain peringatan kepada orang lain seterusnya matlamat dan tujuan hidup saya untuk mencari keredhaan Allah SWT akan tercapai, InsyaAllah...

Ilalliqa' wa ma'assalamah...