Februari... Umur Bertambah Lagi...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Memandangkan bulan Februari dah nak abis, jadi, kepada orang-orang yang disenaraikan namanya di bawah ni, sila ambik perhatian...

  • Furzan Farhana binti Sarani
  • Nur Halimah binti Hasan
  • Wan Noor Ainun binti Baharuddin
  • Nur Aqilah binti Dahalan
  • Aminatul Rashidah binti Ghazali
  • Rossima binti Ramli
  • Nur Atikah binti Amir
  • Nor Izati binti Md Yaacob
Selamat hari lahir saya ucapkan pada kalian. Tahniah sebab umur dah bertambah lagi. Hehe... Ni, sila ambik kek kat bawah ni. Eh, eh!!! Tak leh ambik.. Just tenung je. Sebab kek satu je... Nak bagi kat ramai orang.. Haha... Kongsi lar yea...
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments




Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-19 buat...

Furzan Farhana binti Sarani
14 februari 1990


Nur Aqilah binti Dahalan
23 Februari 1990



Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang
ke-20 buat...

Nur Halimah binti Hasan
19 Februari 1989

Wan Noor Ainun binti Baharuddin
22 Februari 1989

Aminatul Rashidah binti Ghazali
24 Februari 1989

Rossima binti Ramli

25 Februari 1989

Nur Atikah binti Amir
25 Februari 1989


Dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 buat...

Kak Nor Izati binti Md Yaacob
26 Februari 1987




Moga pertambahan umur ini berkadar langsung dengan amalan-amalan soleh sebagai hamba Allah s.w.t. Insyaallah...

Dan, akhir sekali, yang teristimewa dalam bulan ini... Saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-50 buat AYAHANDA pada 19 Februari. Terima kasih kerana banyak berjasa kepadaku. Happy Birthday Dad!!







Jalan-jalan Rehatkan Minda

Posted by: Ana Mursyidah in

Hujung minggu ni yang lalu, sempat jugak luangkan setengah hari untuk rehatkan minda. Pergi Taman Tasik Perdana kat MITC. Agak cantik tempatnya... dengan tasik yang luas mata memandang..., siap ada taman permainan lagi...

Berlatar belakangkan Tasik Perdana..


Kami tak melepaskan peluang naik bot. Asalnya nak naik benda yang kena kayuh pedal tu.. alaaa, kita kena kayuh sendiri tu lar... Tapi disebabkan kami berlima, nanti ada sorang yang kena naik sorang-sorang. Takpun ada yang kena tinggal. Hehe... So kami naik bot... lagi murah.. RM3 sorang je. Kalau yang kena kayuh sendiri tu, RM5 sorang. (Macam promote lar pulak. Maaf ye, saya tiada kaitan dengan pengurus bot tu..)


Di atas bot..
Berlatarbelangkan Zoo Melaka.



Lepas tu, sebelum balik kami singgah kat Taman Seribu Bunga. Agak banyak budak-budak ni bergambar. Memang cari publisiti lar. Ewah!!!


Tikah, Ti-a dan Huda...


Tugu yang tak bertauliah. keh3...


Fuhh.. agak letih seharian berjalan. Namun, kata orang, "jauh perjalanan luas pemandangan". Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah kaki tu pergi berjalan. Jangan asyik duk ternak kematu je kat kaki tuh. Kuang..kuang..kuang..

Salam...

Bengkel Penyusunan Modul Usrah 1/2009

Posted by: Ana Mursyidah in

Biro Usrah dan Tarbiyah BISA telah menganjurkan satu program yang julung kalinya diadakan, iaitu Bengkel Penyusunan Modul Usrah untuk Usrah Umum. Bengkel ini diadakan pada 13 hingga 15 Februari ini bertujuan untuk menyelaraskan silibus usrah supaya lebih rapi dan tersusun. Kalau diikutkan tahun-tahun sebelum ni, tajuk tu memang ada tapi silibus tu tak tersusun. Jadi, tahun ni nak selaraskan dan bukukan silibus-silibus tu mengikut batch, supaya sapa-sapa yang pegang Biro Usrah dan Tarbiyah BISA selepas ni, senang sikit kerja kome.. Ngeee...

Tentatif program:
13 Feb : 9 malam - 11 malam
14 Feb : 9 malam - 11 malam
15 Feb : 8 pagi - 12 tengah hari



Sasaran program ni, semua AJK BISA. Alhamdulillah semua bagi kerjasama walaupun masing-masing banyak halangan dan tugas-tugas yang lain.



"Mana maklumat yang aku cari tadi??"



semua AJK bertungkus lumus menaip tajuk silibus yang diberikan



lepas buat kerja, sudah tentu dapat makan free.. Hehe


Akhir kata, syukran kathira buat semua sahabat-sahabat AJK BISA yang banyak membantu dalam menyiapkan modul untuk silibus usrah. Lain kali boleh minta tolong lagi.. Hehe...


p/s: Mane-mane AJK yang belum menghantar softcopy modul usrah ni, harap dapat hantar pada saya sebelum 19 Februari 2009. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya Nak Jugak!!!

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum buat semua pengunjung...
Moga kalian berada di bawah lembayung Ilahi sentiasa, AMINN...

Pada 11 Febuari yang lalu, Biro Kebajikan JPP telah mengadakan Kempen Menderma.. Derma apa??? Derma Darah.... Jadi, 'orang-orang' Hospital Besar Melaka pun datang lar ke kampus ni...


Pada mulanya, saya saja-saja je pergi Dewan Serikandi. Pergi menyibuk... Biasalar, sape tak kenal saya. Hehe.. Tak sangka semua pelajar sini sangat bermurah hati untuk mendermakan darah masing-masing. Kalau ikut anggaran penderma 100 orang. Tapi saya tak pasti berapa orang yang menderma darah pada hari tu..

Agak ramai yang ambil borang untuk derma darah. Saya pun ambik jugak. Asalnya nak cek darah jenis ape je... Nak derma tak cukup syarat. Hehe... Bila dah dapat tahu jenis darah dan hemoglobin, hatiku bagai ditarik-tarik supaya turut menderma. Nampak macam best je derma darah ni.. Darah ok... Hemoglobin pun cukup, 12.8 (kalau 12.5 mmg sah xboleh dah)..

Pastu ingat saje-saje je jumpa doktor, nak gi cek tekanan darah. Walaupun tekanan darah normal, tapi doktor tu tak menggalakkan saya derma darah.. sebabnya...... tak cukup syarat lar!!! Tapi kalau nak derma jugak, doktor pesan supaya terus balik dan berehat lepas derma. Huhu...

OK lar.. lepas dapat nasihat dari doktor, tanya pendapat kawan-kawan dan senior-senior pulak. Mereka pun nasihatkan agar saya derma lain kali je. Saya pun ikut lar nasihat mereka. Duduk-duduk tunggu Huda (classmate saya) yang sedang menunggu giliran untuk menderma. Ketika itu, hati saya masih berkira-kira. Saya bermonolog sendirian, "Apa salahnya kalau aku menderma sekarang? Susah nak dapat peluang ni... Hmmm...."

Jam sekarang dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aku menukar fikiran selepas hampir semua orang yang menasihati saya supaya tak menderma tadi, pulang ke kelas masing-masing. Saya tekad. Saya nak jugak derma!!!

Akhirnya, jadik juga saya menderma darah hari tu.. Walaupun agak pening-pening, takpe lar.. ni lar yang dikatakan pengalaman.

Kesimpulannya, experience is the best teacher. Yang lain-lain tu, fikir-fikirkanlah sendiri... Ngeh3...

Sekian dulu untuk hari ni...

'Suprise'nyerrr ! ! ! Hehe...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung... Moga semuanya dalam rahmat Ilahi sentiasa, Insyaallah..

Tika ini, jari jemari saya masih kuat untuk menari-nari di atas keyboard laptop kesayanganku ini. Alhamdulillah... Hari ini, pada saat dan detik ini, ingin sekali saya mencoretkan sesuatu... yang barangkali akan mengundang kemarahan seseorang atau beberapa orang pada saya. Hehe... Tak pe. Tak kisah pun. Marah
tu kan tandanya sayang..

Semalam, ada seorang classmate saya ni ajak outing.. OK lar, saya go on je. Kan tak pasal-pasal Ita ni menangis tak berlagu. Saya jugak yang susah. Keh.. Keh..Keh.. Yang saya dapat tahu, tiga orang lagi classmate saya pun outing jugak, dan nak pergi kat tempat yang sama, MP. Saya pun macam dah agak je ape plan mereka ni. Tapi tak apa, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Hehe...

Saya dan Ita keluar dulu. Katanya nak pergi Samudera dulu, beli hadiah untuk kawan lama dia. Saya OK je. Hmm, Ita ni asyik dengan handphone dia je sepenjang perjalanan, bermesej memanjang.... Ini makin menguatkan hujah saya tentang plan mereka. Dah 50%....

Lepas jalan-jalan dan jumpa barang yang nak dibeli tu kat Samudera, kami meneruskan perjuangan kami ke MP. On the way nak gi MP tu, lalu lar kat Taming Sari.. Huhu... Bila lagi saya nak naik Taming Sari ni.. Duk kat Melaka ni dah dekat 2 tahun!!! Nanti dulu lar. Ada lagi 4 tahun kat sini.

Masa jalan-jalan kat dalam MP tu (gi MPH & Thai Kuang, hajatnya nak cari buku tapi tak jumpa buku yang dicari-cari),
saya menerima mesej dari roomate Idah, yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Apa kes!!! Hari ni bukan birthday saya! Mesti ingat saya hairan kan? Tapi saya tak hairan pun... Malah, saya makin yakin yang mereka semua ni ada plan. Hmm, dah 90%.

Saya pun buat-buat tak tahu sebab masa tu depan Ita. Saya terus je lar bermesej dengan
roomate Idah tu. mesej punyer mesej, akhirnya dia bagitau lar bahawasanya Idah ada bagitau, outing sebab nak celebrate birthday saya. Hehe.. dah 99.99%.....

Ita pulak ajak gi makan. Hmm, saya agak lar, mesti tiga orang lagi tu dah
order makanan. Sampai je, nampak lar mereka bertiga ni.. Ha!!! kan betul telahan saya. Tapi buat-buat suprise lar. Kesian kat mereka, susah-susah plan untuk saya. Ngeh3.. Apa-apa pun, terima kasih buat Ita, Huda, Idah dan Temah sebab belanja saya makan. Walaupun birthday saya dah berlalu sebulan dan 22 hari yang lalu, tapi masih jugak celebrate, nak gembirakan hati saya lar tu.. Huhu...


sempat jugak cari publisiti. hehe...
sekadar bergambar kenangan.

Angin Penyuburan

Posted by: Ana Mursyidah in

Dalam sepotong ayat al-Quran, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;


"Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu..."
(Surah al-Hijr : ayat 22)

Dalam
ayat ini dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke-20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan. Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;

Pada permuk
aan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus dengan diameter sekecil satu daripada beratus milimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratanm elalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi.

Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap di sekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.

Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berse
rakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.

Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan hujan tidak akan wujud. Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat al-Quran, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi...