Tips Nak Maintain Badan dan Sihat

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Adakah anda tahu, amalan meminum secawan air teh "o" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? Insyaallah jika anda rajin mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan...

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan amalan-amalan seperti:-

  • Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  • Rasulullah mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya dijauhkan daripada penyakit, Insyaallah.
  • Waktu solat Subuh digalakkan untuk kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit kepala atau migrain. Para saintis telah menemui kesan daripada sujud di mana beberapa milimeter ruang udara di dalam kepala kita tidak dipenuhi dengan darah dan dengan bersujud, darah akan memenuhi ruang ini.
  • Jangan makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti dengan sains kerana badan ayam yang mengandungi ion (+) dan ikan mengandungi ion (-). Maka, suapan ayam bercampur ikan akan menghasilkan tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
  • Nabi turut mengajar umatnya makan dengan tangan dan menjilat jari sesudah makan. Ini kerana enzim yang terdapat di celah-celah jari lebih banyak 10 kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur dan ini akan mempercepatkan lagi proses penghadaman.

Wallahu a'lam.
Sebar-sebarkanlah...

This entry was posted on Sunday, June 07, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Tukang Komen

alhamdulillah...terbukti setiap ap y tkandung dlm al-Quran dan sunnah mendahului zaman dan sains..perumpamaannya,agama tanpa sains tempang..tetapi sains tanpa agama BUTA...

betul tu serikandi mujahidah. sains dan agama harus seiring..

Post a Comment