September Birthday...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua pengunjung teratak amaljihad? Moga semuanya berada dalam situasi yang luar biasa bagus dan hebat sekali.

Bulan ini bulan september... Bulan yang mana sangat ramai sahabat dan kenalan yang menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing pada bulan ini.


Munira binti Mohamad, seniorku merangkap sahabat seperjuangan di IPGM KPM. Menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 pada 9 September 2009... Lama tak jumpa akak, rindu sangat2. Sahabat2 yang lain pun rindu jgk. Insyaallah satu masa nanti kita akan dipertemukan lagi...
Kak Muni (di tengah)


My youngest aunt, Nor Saidah binti Mohd Zain who had celebrated her 21st birthday on 9 September 2009. May Allah bless you. Study hard and smart. All the best in everything what you do.... Sorry, candid picture. Hehe...

Classmate, Atiqah Rashidah Abu Samah, dah makin tua bila mengijak ke 13 September 2009. Selamat Hari Lahir yang ke-20.. Ceria2 selalu....

Siti Nur Muhaini Maznaan, yang dilahirkan pada 14 September 1988. Umurnya bertambah lagi setahun apabila tibanya tarikh 14 September 2009. Tahniah! Moga dengan pertambahan umur ini akan mematangkan lagi akak dalam menempuhi kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini...

Sahabat seperjuangan di SHAMS, Nurul Asmaq Mazalan yang sekarang menuntut di DQ. Genap 20 tahun pada 16 September 2009. Moga perkenalan dan ukhuwah kita yang terbina hampir 7 tahun ini hanya akan diakhiri dengan lafaz innalillah... Sanah Helwa ya ukhti..
Asmaq (berjubah kelabu)


My big and biggest brother, Ahmad Syameel Zakaria. Dilahirkan pada
18 September 1988
dan kini usianya sudah 21 tahun. Dah besar panjang dah. Berlagak
macho agi! Huargh3...

Sorang lagi classmateku yang menyambut Hari Lahir pada bulan ini, Nazirah Ismail. 25 September 2009 genaplah umurnya 20 tahun. Dah tua ye! Hehe... Jangan marah Na!


P/s: pada siapa2 yang turut menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan september ini, SELAMAT HARI LAHIR. Maaf kiranya kalian tidak tersenarai dalam list ini. Saya juga hanya manusia biasa yang lupa dan banyak khilafnya. Asif Jiddan...

BBQ Kambing Pusing @ Raya...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Salam Idulfitri....
Salam ukhuwah dan salam mahabbah seluas lautan...

Tanggal 21 September 2009 bersamaan 2 Syawal 1430H, projek raya yang dirancangkan oleh saudara mara (sebelah mak) pada tahun ini berjaya dilaksanakan. Projek apa? Projek 'BBQ Kambing Pusing'. Hehe.... Projek yang julung kali diadakan dalam kalangan saudara terdekat, juga julung kali dalam hidupku, membuatkanku sedikit teruja.


buat ape tuh? hm, kite zoom skit...



Hah, tengah bakar kambing rupenya...



Che' Teh (mak saudara) dan Pak Alang (pak saudara)..
sedang asyik melapah kambing...



program lepas kenyang...
menyenyapkan budak-budak...



Sememangnya hubungan antara sanak saudara perlu dijaga, tidak kira dimana kita berada. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan... Begitu juga hubungan kita dengan sahabat-sahabat dan kenalan kita yang lain. Moga, sempena Syawal yang menjelang selepas kita meninggalkan madrasah Ramadhan ini mampu membuatkan kita lembut hati dan memaafkan saudara dan sahabat kita. Lupakan sengketa lama.


Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tidak halal bagi seorang muslim yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari..."



P/s: Tahniah buat pengajur dan semua yang menjayakan projek ni (walau hanya sekadar makan).



Kembali ke Melaka....

Posted by: Ana Mursyidah in

Salam ukhuwah seluas mahabbah.
Moga berada di bawah lembayung rahmat Ilahi sentiasa...



Sementara menanti dan menunggu masa untuk keluar dari rumah buat kesekian kalinya, sempat saya melancarkan satu lagi entri yang tak seberapa ni. Almaklumlah, rindu sangat nak mencoretkan sesuatu di sini. Huhu...

Seminggu sudah bercuti dan beraya. Tak cukup rasanya seminggu tu. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kini, tiba masa untuk kembali ke Melaka, meneruskan perjuangan di medan ilmu.



Takut rasanya bila memikirkan dan terkenangkan berada di hujung semester. UAK dan exam. Tu tak kira
assignment yang belum dihantar. Ada lagi tiga. Mujur amali PJ dan oral BI dah lepas.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini untuk hadapi semuanya. Moga semuanya lancar untuk semester ini dan masa-masa yang mendatang, insyaallah.. Aminn.



P/S: balik melaka beraya nge kawan-kawan plak. Kek coklat menunggu.....

Salam Eidulfitri

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t...


Tika ini saya masih diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit waktu, untuk menambah bilangan posting di teratak yang telah kian lama ditinggalkan. Alhamdulillah, saya juga masih dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan islam serta masih diberi kesempatan untuk menyambut 1 Syawal pada tahun ini.

Sempena Syawal 1430H ni, saya ingin dedikasikan u
capan raya kepada sanak-saudara, sahabat, kenalan dan sape2 je yang kenal saya ni. Huhu...



Pertama-tamanya, Selamat Hari Raya buat
mak dan ayah. Ampunkan segala salah dan silap anakmu ini, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan minum dan semuanya.

Tak lupa buat semua
adik beradikku, abang, Ina, Salam, Deli dan adik. Selamat Hari Raya...

Juga buat
semua saudara mara yang berada di Bangi, Shah Alam, Pulau Pinang, Kelantan, dan tak kira di mana saja kalian berada di atas muka bumi ni.




Seterusnya buat semua
sahabat2 SHAMS Terengganu, especially Long, Teaha, Sakinah, Ummi, Pipah, Aqma, Mirah, Qilah, Yana, Asmaq, Ana, Zahidah, Kak Poh, Amni dan Shieda... serta semua yang mengenali diri ini... SALAM AIDILFITRI. Maaf atas segala silap dan salah. Maaf juga kerana sekian lama menyepi, tanpa khabar berita..


Buat semua
kenalan di KMK jua, Ainun, Fasiha, Shahida, Shukriah, Emang, Na... serta semua classmate H3T3 2007 dan sabahat2 PI... Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Walaupun hanya dua bulan bersama kalian, namun ukhwah yang terjalin umpama dua tahun kita berkenalan. Huhu... Tak lupa buat Raudhah, walaupun kita hanya kenal secara maya dan semuanya kebetulan.. Jeng..jeng..jeng...

(masjid KMK, di sini kenangan yang indah pernah tercipta)




Classmate PK5 ambilan Januari 2009 (husni, meah, anis, moe, na, ti-a, dilla, imah, min, temah, yati, ekin, shira, tikah, miah, idah, huda, ita, irah dan tini) SELAMAT HARI RAYA semua... nanti bawa kuih raya banyak2, kita buat jamuan dalam kelas. Ngeh3..



Tidak lupa buat sahabat2 seperjuangan di IPGM KPM, Kak Bida, Kak Sal, Kak Ijah, Kak Elyss, Kak Jaja, Kak Ila, Kak Huda, Kak Muni, Kak Ina, Kak Eni, Kak Fifi, Kak Sarah, Kak Azy, Kak Rahmah & Zati my geng.. Juga akak2 di UIA (Kak Una, Kak Lela, Kak Tikash & Kak Tikah)
Selamat Hari Raya, moga ukhuwah berpanjangan meniti jalan perjuangan...




Buat semua rakan2 seperjuangan JPP, selamat hari raya. Moga lepas raya ni, gerak kerja akan bertambah mantap...




Tidak ketinggalan jua buat semua AJK BISA , Salam Aidilfitri... Kerja ikhlas kerana Allah.



"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salahku belum berakhir, harap diampun dengan rasa bersyukur..."
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya..."
"Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih. Diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih..."