Cerpen : Calon Soleh (siri 3)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Aah, biarkan saja apa kata perempuan itu..!!! Bukan awak yang merasa pedihnya hati ini. Mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu. Cuba kena pada batang hidung sendiri, meraung dibuatnya...!

"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut. Tengok keadaan awak, konon-konon bercita u
ntuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang! Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah Opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hamburan kata-kata itu.


"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali Penciptamu, benar bukan? Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu benar-benar berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!!!"

Aku mencebik dan tersenyum sinis.


"Kau tidak percaya!? Lihat sahaja dirimu itu.. Mengalahkan ayam mati bini!!"


Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sahlah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Setahun aku mengayam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku pad
anya. Alasan yang cukup pasif pada bicaraku, menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar bagi aku untuk menerima hakikat itu. Dan inilah habuan yang aku terima. Pelajaran yang entah kemana, kehidupan yang tidak terurus. STAM yang bakal menyapa tidak kurang dari dua bulan lagi dan aku tidak menjanjikan pada keluargaku bahawa kejayaan bakal kuraih. "Kau terlalu naif!" Aku tersentak. Benarkah???

"Lihatlah wajah-wajah abahmu, ummimu dan lihatlah dengan mata hatimu... ISLAM!! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka sangat takutkan semangat dan roh jihad yang ada pada kita orang Islam! Tapi lihatlah jihadmu sudah terkulai layu. Kau takkan mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu.." mendatar kalimah itu.


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan kalamuLLAH itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhluk-Nya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu."

Aku meneliti bait-bait kata yang terlontar...



...BERSAMBUNG...

Minggu Syoknya Cinta..

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tahniah buat semua AJK BISA yang bertungkus-lumus menjayakan MINGGU SYOKNYA CINTA. Program yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Julai 2010 hingga 8 Julai 2010 ini menggunakan tema 'Cinta: Fitrah vs Fitnah'. Minggu Syoknya Cinta... Nama yang unik dengan tema yang sangat menarik.


Bermula dengan perasmian pembukaan di Dewan Besar oleh timbalan pengarah, program ini sudah menampakkan kemewahannya. Bukan mewah kerana bajet yang banyak tetapi mewah kerana kesungguhan jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Minggu Syoknya Cinta ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan. Di sini saya sertakan antara tentatif program sepanjang Minggu Syoknya Cinta...

ISNIN
Pagi : Perasmian Pembukaan dan MONTAJ (video drama Syoknya Cinta)
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Batu Seremban & ....)
Malam : Choral Speaking & Sambungan drama 'Syoknya Cinta' (live)

SELASA
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Catur & Lompat Tali)
Malam : Forum-Apa yang Kau Panggil Cinta

RABU
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Congkak & Galah Panjang)
Malam : Ceramah-Magnet Cinta oleh Ustazah Mahani Othman Basir
: Tayangan Video TERJAH!
: Majlis Penutup

KHAMIS
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Explorace)


Dalam banyak-banyak aktiviti Nisa' Games, dua je sempat saya sertai iaitu catur dan congkak. Main untuk suka-suka, unwind sementara assignment tak banyak. Hehe.. Pada setiap petang juga ada DJ yang akan memenuhi permintaan dedikasi lagu. Alhamdulillah, program selama seminggu ini berjalan dengan lancar. Selain student dan pensyarah, guard pun bagi sokongan. =p

Tak lupa, lagu tema program Minggu Syoknya Cinta iaitu ATAS NAMA CINTA nyanyian UNIC. Lagu mungkin dah biasa dengar tapi tengok dan hayatilah video ni ye! Video yang sangat menarik...




Monolog AJ: Seronok lihat kesungguhan adik2 PA dan sahabat2 yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Alangkah bahagianya jika kesungguhan itu berkekalan untuk program2 lain yang lepas dan akan datang yang mungkin lebih penting.
Hmmmm.....



Cerpen : Calon Soleh (siri 2)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya, dia pasti akan kembali kepadaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan..."
. Ya, aduhai! kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih!! Nak kata ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu! Disapa oleh sepupu yang kukira paling 'bengkeng', garang dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.

Ini semua Angah punya pasal! Dicanangkan seluruh family ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat! Mahu rasanya disumpah Angah menjadi katak yang paling hodoh!!! "Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ke? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana."

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untukku menjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya, kau menang!!! Akurkah aku dengan setiap patah kata-kata yang begitu melukakan hati... Tapi sukar untukku nafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar, aku insan dhaif yang lemah... Lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu....


"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata."


"Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo dan Juliet, atau Laila dan Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?"


"Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati!!? Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal bin Rabah dan seindah kasihnya Handzalah."


Bisa benar kata-kata mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati!!? Benarkan telahan gadis itu?


...BERSAMBUNG...

Warna dan Kehidupan

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum w.b.t. buat semua pengunjung blog amaljihad. Sejak semester baru bermula, ini adalah kali pertama saya merajinkan diri untuk memenuhkankan lagi ruangan teratak ini. Bukan malas tapi memang tak sempat. Huhu...

Minggu pertama ini memang agak sibuk. Tanggungjawab sebagai JPP tidak dapat melepaskan diri dari menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) ambilan Jun 2010. Jika tahun sebelumnya, pelajar baru akan mendaftar pada bulan Julai namun tahun ini diperawalkan. Kenapa? Wallahu a'lam... Lantaran itu jugalah, agak banyak kelas yang terpaksa ditinggalkan, termasuk hari pertama kuliah!! Dan kelas pertama yang saya tinggalkan adalah kelas 'Seni dalam Pendidikan'. Macam menarik subjek semester ini, termasuk yang ini.


Alhamdulillah, kelas 'Seni dalam Pendidikan' berikutnya dapat saya ikuti. Memang sangat menarik. Kami diminta untuk melukis! Arahan yang sangat umum daripada pensyarah. "Kamu pejam mata dan dengar bunyi di sekeliling kamu. Kemudian terjemahkan dan lukis di atas kertas lukisan."


Mulanya memang agak tergamam dengan arahan yang diberikan. Iyalah, kalau p
elukis profesional mungkin mudah saja. Tapi bagi saya dan rakan sekelas? Alahaiii... Namun, tugasan tetap tugasan. Hentam saja.... Hehehe. Tapi hasilnya boleh tahan lar kot. Hahh, ini dia lukisanku... Ntah apa terjemahannya. Tapi masa saya melukis lukisan ini, saya dengar bunyi orang main alat muzik. Piano kot... Merdu dan asyik sekali alunan melodinya. Ewahh!! Ditambah pula dengan hati saya yang gembira. Kerana apa gembira? Entahlarrr.... Mungkin teruja dengan kelas ni kot. Haha..


Haaa... Yang dua lukisan di bawah ni pula adalah antara hasil lukisan sahabat-sahabat sekelas saya. Agak cantik dan menarik. Saya suka!

Ni macam vilus je. Lukisan gembira dalam sedih kot. Huhu...


Macam ganas. Hmm, kenapa agaknya dengan jiwa sahabat saya ni.. =p

Macam-macam lagi jenis lukisan yang ada. Kata pensyarah saya, Lukis je apa-apa pun. Semua betul. Kalau tak lukis pun betul. Tapi, lukisan ni kadang-kadang menggambarkan perasaan kita pada masa tu. Warna pun memainkan peranan yang penting.

Bila sebut pasal warna, teringat saya pada 'Ceramah Kenali Warna Anda' pada semester lepas, pada minggu terakhir sebelum cuti semester. Warna memainkan peranan yang penting dalam membentuk seseorang individu.
Apa yang saya ingat daripada ceramah tu warna ungu adalah untuk otak/minda. Kerana itu kismis itu warnanya ungu! Dan kismis itu baik untuk otak. Bila kita melihat apa sahaja yang berwarna ungu, ucapkanlah, 'mindaku hebat'. Insyaallah dengan izin Allah, kita akan hebat dan minda kita akan cerdas... Selain itu, warna biru pula adalah warna untuk tekak. Sebab itulah, bila di bahagian bawah pipi kita bengkak (kalau orang terengganu panggil bekok keng=p), orang-orang tua biasanya akan letakkan nila yang dicampurkan dengan cuka. Dan nila itu berwarna biru!!

Selain itu, warna hijau adalah untuk jantung. Tapi saya dah lupa sikit penerangan tentang warna ini. Nanti saya dah ingat saya bgtau balik. Huhu... OK, warna kuning pula untuk perut. Contoh yang diberikan, losyen mustajab pati halia. Halia kan warna kuning. Hehe.. Ada faham??? Seterusnya, warna oren untuk sistem peranakan. Contoh yang ni, seingat saya penceramah tu ada bagitau pasal kahwin dan kaitannya dengan pakai inai. Hmm, fikir-fikirkanlah... Dan yang terakhir warna merah yang baik untuk sistem saraf dan otot kita. Katanya, buah tembikai itu baik untuk saraf. Jangan lupa bila makan tembikai, gigit sekali bijinya. Baru berkhasiat!!


Subhanallah!! Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT kerana setiap apa yang dijadikan di atas muka bumi ini ada peranannya. Kepelbagaian warna pun tidak terkecuali. Tanda-tanda kekuasaan Allah itu sudah jelas terbukti di depan mata. Jadi apa lagi yang kamu ingin pertikaikan?


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...