Cerpen : Calon Soleh (siri akhir)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta sebab cinta itu kurniaan yang indah oleh Allah. Tapi jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sejak azali..."

"Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan.

"Tapi aku akan terlalu sedih jika kau lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah, sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.
"Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangkakan.

Malam itu lama aku bermunajat dan berteleku di atas tikar sejadah. Kalam mulia itu kembali inti dibibir. Tidak hanya sekadar meraung seperti kebiasaannya. Malam itu menyaksikan air mata lelakiku tumpah jua akhirnya biarpun ia bukan yang pertama. Tapi kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan dan kedaifan diri ini...

Serasanya, itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh, mendambakan cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku.

Dialah yang menyedarkan aku. Tapi aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyanpaikan ucapan terima kasihku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.


Benar. Kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon pada-Nya moga akulah calon soleh untuk meraih cinta-Nya yang abadi.


Kepada sepupuku, Mardhiah Alias.. terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit namun kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih buatmu kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku terus hanyut dan takkan mengenal hakikat diri.


SMS Husna kubalas...
"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t..."


...TAMAT...

Kenangan POM...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kantuk mengundang sedangkan mata masih belum mahu tertutup. Lantas laptop kubuka untuk menyudahkan mana-mana tugasan yang dirasakan perlu. Bertemankan lagu Hold My Hand Maher Zain, membuatkan diriku teringat akan Program Orientasi Mahabbah, atau singkatannya POM yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 25 Julai 2010. Ini kerana lagu tema bagi POM tahun ini ialah lagu Hold My Hand. Walaupun hampir sebulan progam tersebut telah berlalu, namun ianya masih segar di ingatan. Kenangan yang sangat manis bersama adik-adik dan sahabat-sahabat.

Barisan Urusetia dan Fasilitator/Naqibah

Tugas yang diamanahkan kepadaku sebagai unit modul dan moderator merupakan satu tugas yang agak penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya dan terkesan di hati adik-adik. Slot Muhasabah pada malam terakhir merupakan antara slot kemuncak, yang mana harapan kami para urusetia dan fasilitator supaya adik-adik terus istiqamah dengan usrah di samping hubungan ukhuwah kerana Allah antara adik-adik dengan naqibah masing-masing kukuh terjalin. Sengaja adik-adik kumarahi, agar mereka membela naqibah masing-masing yang dipersalahkan atas beberapa perkara yang langsung bukan salah mereka.


Walaupun hampir sebulan POM telah berlalu, pertanyaan "Akak marah tak?" sentiasa menyapa diriku. Kukira mungkin pernyataan "Akak marah ni...!" masih terngiang-ngiang di telinga mereka. (Itu jugak yang mereka ingat. Huhu...) Namun, alhamdulillah... paling tidak pun, ada sesuatu yang mengingatkan mereka akan diriku walaupun diriku bukanlah antara naqibah mereka. Berbanding naqibah mereka juga, diriku sangat-sangatlah jarang bersama mereka
.

Buat adik-adik tersayang yang membaca blog amaljihad dan terutamanya entri ini, harapan akak semoga pesanan yang disampaikan pada malam itu, sebelum lagu Hold My Hand dinyanyikan, kemas tersemat dalam hati adik-adik semua.


And for the last but not least...,

uhibbukum fillah abadan abada...


Monolog AJ: Moga program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Bukan buat adik-adik Jr sahaja, bahkan buat semua students, agar usrah dapat terus diimarahkan, kerana USRAH TUNJANG TARBIYAH...


Sibuk?? Peringatan Buat Diri...

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hampir tiga minggu lebih teratak ini ditinggalkan tanpa sebarang entri baru. Tapi mungkin tidak seteruk atau selama blog triogeng yang telah ditinggalkan hampir tiga bulan!!! Jangan marah adikku.. Huhu...

Tapi, sungguh! Diri ini sesungguhnya sangatlah tidak berkesempatan untuk meluahkan segala idea yang dianugerahkan untuk diabadikan di teratak ini. Hingga tidak mampu lagi untukku terus melatih motor halusku, supaya berterusan menari di keyboard laptop 1810TZ ini.



Pada waktu ini, jasadku berada di dalam kelas G12 dengan bertemankan 20 orang lagi rakan seunit. Hmm, sabtu yang dipenuhi dengan kuliah ganti, menanti kehadiran pensyarah yang entahkan masuk entahkan tidak. Ketika ini hatiku terdetik untuk mencoretkan sesuatu di sini, tetapi ketika ini jugalah ideaku hilang! Buntu!!! Lagu Maher Zain dipasang, untuk menghilangkan tekanan dan kebosanan. Aduh!! Terkenang kembali kesibukan selama ini.

Betulkah sibuk? Atau buat-buat sibuk? Entahlah. Tetapi jika difikir-fikir kembali, Allah s.w.t. telah mengurniakan 24 jam sehari kepada setiap orang hamba-Nya. Jika orang lain boleh menguruskan masa 24 jam mereka dengan baik, mengapa tidak diriku? Fikiranku teringatkan seorang senior di kampus ini yang telah menjadi graduan. Seorang yang sangat mantap hingga diriku sangat kagum dengan beliau. Jawatan yang sangat banyak atas dasar tanggungjawab, hubungan yang baik dengan semua pelajar dan pensyarah. Juga hubungannya dengan Sang Pencipta. "Hablu minAllah wa hablu min an-nas". Masyaallah, Subhanallah... Mampukah aku menjadi seperti beliau?

Menjadi sepertinya saja aku tidak mampu, apatah lagi ingin menjadi seperti Zainab al-Ghazali dan srikandi-srikandi lain yang memperjuangkan agama Allah? Hampir 21 tahun hidup di muka bumi ini dan mengecapi nikmat kurniaan Allah s.w.t., tetapi adakah ibadah yang aku kerjakan selama ini diterima..? Adakah aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai hamba-Mu dengan sebaiknya..? Dan yang paling penting, apakah sumbanganku untuk Islam..?

"Ya ALLAH, diri ini terlalu lemah dan daif. Maka, Kau kurniakanku kesempatan dan peluang untukku meningkatkan ibadahku kepada-Mu, terimalah ibadahku ya Allah. Moga diriku mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk agama-Mu. Walaupun hanya sekecil zarah, moga ianya ada nilai disisi-Mu, Ya Rahman, Ya Rahim...

Aminn..."


Monolog AJ: Madrasah Ramadan kembali lagi!! Salam Ramadan buat semua pengunjung teratak amaljihad. Selamat berpuasa. Semoga kita semua dapat tingkatkan ibadah kita dalam pesta ibadah pada tahun ini..