Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...

Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye la, nak jadi da'ie kena sihat. hehehe....

Kalau sebelum ni saya kongsikan mengenai khasiat dan kelebihan taugeh, kali ni jom sama-sama kita selongkar dan selidik khasiat dan kelebihan sayur sawi. Mungkin tak ramai yang suka makan sawi. Macam-macam persepsi orang. Ada yang kata sawi ni pahit, ada yang memang alergi dengan sayur hijau dan pelbagai lagi pandangan dan alasan mereka untuk tidak memakan sayur sawi!!
HIJAU..
Sejujurnya warna sawi memang cantik..
[kredit]


Sebelum kita tahu khasiat dan kelebihan sawi, jom kita berkenalan dengan sayur ini dulu. Hihi.. Dalam Bahasa Inggeris, sawi dikenal dengan istilah mustard. Dalam perdagangan internasional, sawi dikenal dengan beberapa istilah, iaitu green mustard, Chinese mustard, Indian mustard, ataupun sarepta mustard. Sawi termasuk dalam kategori genus Brassica, spesies Brassica juncea.

Secara umumnya, sawi biasa dimasak dengan cara goreng atau dibuat sup. Di Indonesia, sawi yang sememangnya merupakan sayur utama digunakan sebagai pelengkap pada mi ayam, bakso, dan gado-gado.

Sedapkah???
[kredit]



Sekarang, jom teruskan pembacaan, kita tengok apa yang lebihnya sayur sawi ni pada kesihatan kita... ^^,... Antaranya ialah...

1. Mengandungi vitamin K
  • membantu pembekuan darah
  • mencegah penyakit serius seperti penyakit jantung & stroke
  • menjaga tulang dari proses osteoporosis
  • menangani kanser
  • mencegah penyakit alzheimer
  • mengawal kadar gula dalam darah

2. Kandungan vitamin A yang tinggi
  • menjaga kornea mata agar sentiasa sihat.

3. Mempunyai vitamin C
  • berperanan dalam pembentukan kolagen interselular.
  • Penting dalam penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi dan stres.

4. Mengandungi Asam Folat
  • mengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil
  • koenzim untuk beberapa sistem enzim.

5. Kaya dengan serat dan mineral
  • menurunkan kadar kolesterol dan gula darah
  • mencegah diabetesdan kanser kolon.

Fuhhh, memang mantop la sayur sawi ni. Banyak betul khasiatnya. Sebenarnya banyak lagi, tapi ni je dulu setakat ni. Kalau mahu dapatkan maklumat yang lebih banyak lagi mengenai kandungan dan khasiat sayur sawi ni, boleh layari laman sesawang http://enidra.multiply.com/



nota mursyidah: Sememangnya kejadian Allah itu tidak sia-sia.. pada org yg tak suka makan sayur, sila renung-renungkan...

~ owhhh kereta ..../~

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah..
Syukur kerana jariku masih mampu menari-nari di layar keyboard..

tapi kali ni post saje2 je, nk upload gambo kete.. (uboh slang ganu sket)
sebab skrg seme anok branok duk cakak pasal kete..

Cuti raye cine seminggu, dang gok juppe abang ambe, biar r shari je pung..
ye keje koho sedak napok..
lening duk brangan nk beli kete pulok..


ni kete idamang ye hok pertame..
FORD FIESTA


yang kedua hok ye minat...
SATRIA NEO CPS


pahtu, ni pilihang ye hok ketige...
PRIUS C


sedak2 napok kete hok ye minat.
dakpe r, dok lama ye nok jadi org kaye.
tapi beng workaholic ngat....
huhuhuhuhu...
(pesanan utk my only abang)



AMBE???
masih setia dengan kete ni..

banyok jase kete ni..
sapa mlake doh pung kete ni..

Khasiat Taugeh

Posted by: Ana Mursyidah in

Taugeh; atau cammboh (sila baca dengan sa'du dan nada yang betul. hehe..) selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun taugeh kurus melidi tapi ianya kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit.


gambar sekadar hiasan
[kredit]


Berikut merupakan beberapa khasiat yang terdapat pada taugeh;

  • mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan
  • mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia
  • mencegah kerapuhan tulang
  • terhindar daripada kanser payudara
  • menghalang tubuh daripada sel perosak DNA
  • menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL)
  • membantu membuang kotoran dalam usus besar

untuk maklumat dan huraian yang lebih lanjut, boleh layari laman sesawang http://blog.hpa-online.net/

Mati itu Pasti, Ia Rahsia Ilahi...

Posted by: Ana Mursyidah in , ,

Bismillahirrahmanirrahim...

Mulakan segala sesuatu dengan nama ALLAH....

Dua hari yang lepas, saya sekeluarga mendapat khabar dari seorang budak yang baru balik dari solat Jumaat mengenai meninggalnya seorang Imam di kampung saya. (kebetulan ayah dan adik beradik lelaki saya solat Jumaat di masjid lain).. Ceritanya lagi, beliau pengsan usai memberi salam dan terus meninggal.

Teringat akan saya pada moyang saudara yang sakit suatu masa dahulu. Tok Wan tidak ke masjid untuk solat Jumaat kerana sangat tidak mampu untuk bergerak. Namun kewajipan untuk solat tetap diteruskan. Lantas, solat Zohor dilaksanakan di rumah dan sujud terakhirnya lama. Ya, lama yang teramat. Setelah diperiksa, ternyata Tok Wan sudah tidak bernyawa lagi......

Dari dua kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa sememangnya kita tidak mengetahui bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Pokok akan mati. Haiwan pun akan mati. Begitu juga dengan manusia, pasti akan mati suatu masa nanti..

Firman Allah s.w.t.
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya."
(Surah Qaf: 19)

MATI! Sememangnya ia rahsia Ilahi. Jika pengakhirannya baik, untungla kita.. Namun, bagaimana pula jika pengakhiran hidup kita adalah sebaliknya???

perjalanan hidup manusia di bumi Allah

Firman Allah s.w.t. lagi..
"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Munafiqun: 10-11)

PMR: Pelajar Autisme Catat Keputusan Cemerlang 9A

Posted by: Ana Mursyidah in ,

KUALA TERENGGANU: Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar penghidap penyakit austisme untuk mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan Mohd Daniel Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik itu turut dikongsi bersama adik perempuannnya Nurul Diana yang turut melakar kejayaan yang sama.

Mohd Daniel yang lewat setahun memasuki alam persekolahan, berjaya membuktikan orang kurang upaya sepertinya mampu bersaing bersama 243 calon di sekolah berkenaan sehingga sehingga muncul antara 130 pelajar cemerlang sekolah itu.

Menurutnya, dia hanya mengambil masa satu jam untuk belajar di rumah bersama adiknya yang turut belajar di sekolah yang sama, manakala selebihnya dia hanya menghabiskan masa di sekolah dengan mengikuti program dan kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

"Gembira dan bersyukur dengan keputusan yang saya dapat ini dan ini merupakan hadiah kepada kedua ibu bapa dan guru yang sanggup berkorban selama ini.

"Saya belajar sama dengan pelajar lain tapi saya sentiasa bersaing dengan adik perempuan saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan saya berjaya melakukannya," katanya kepada pemberita.

Daniel yang merupakan anak kepada wartawan sambilan New Straits Times Terengganu Zainuddin Mohamad, bercita-cita menjadi seorang pensyarah dan tidak berhasrat berhijrah ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu meneruskan pengajian di sekolah yang sama.

Ibunya Rozina Mohd Ikram, 41, yang sanggup berhenti kerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta di sini semata-mata untuk menjaga anaknya yang istimewa itu amat berbangga dengan kejayaan kedua-dua anaknya itu.

Katanya kejayaan itu merupakan hasil kerja keras guru selain sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan Daniel.

Rozina berpesan kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak berputus asa dan sentiasa beri sokongan kepada anak istimewa mereka.

Dalam pada itu, Terengganu meneruskan kecemerlangan dalam keputusan PMR

dengan seramai 1,962 calon (8.95 peratus)daripada 23,157 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperolehi keputusan semua A.

Keputusan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas apabila 1,746 (7.8 peratus) daripada 23,630 calon memperolehi semua A. - BERNAMA


nota mursyidah: Sebagai seorang bekas pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek, lebih2 lg sbg seorg bakal guru Pendidikan Khas, saya amat berbangga dgn kejayaan adik Mohd Daniel Zainudin !!! (^^,)/~

~ Bonus Hari Lahir ^^

Posted by: Ana Mursyidah in , ,

tut.. tut...

Seawal jam 2.08 pagi, bunyi ringtone memecahkan kesunyian dinihari menandakan ada mesej yang menerjah paparan telefon bimbitku. Lantas kubuka dan mesejnya kubaca......


SELAMAT HARI JADI!
Bonus akan tamat pd hari 20/12/2011.


Hehe.. lucu. Mesej dapat bonus belum kuterima, tetiba dapat mesej bonus akan tamat. Apapun, terima kasih buat celcom yang memberikan hadiah sempena hari lahir iaitu bonus panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu buat pelanggan2nya.

Ya, tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, genaplah sudah umurku 22 tahun. Sudah tua rupanya saya ni. Huhu.. Bukan nak poyo, tapi tarikh 13 Dis 2011 tu mmg tarikh yang cantik (>_<).......

13/12/11

Saya selalu mengharapkan akan ada kenangan yang manis pada tarikh yang cute ni. Ternyata, Allah makbulkan doa saya. TARBIYYAH dari-NYA!! Itulah hadiah yang terbaik dan teristimewa yang pernah saya dapat sepanjang 22 tahun sudah hidupku ini. Syukran buat individu2 yang menjadi wasilah untuk saya memperoleh tarbiyah dari-Nya...

Buat Siti Umairah Othman yang menggembar-gemburkan pada shbt2 yg lain, buat saya terharu je!! Apepun, thanks dear. Teringat kata-kata umai, "Haaa.. Birthday girl dah sampai." Mmg suprise. haha... Tak lupa buat sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih...

Hadiah dari x-rumet. Thanks ye!!
Sgt pinky. Hihi...


Terima kasih juga buat mak yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku. Anak mak ni memang keras kepala, kan?? Maaf atas segala salah silap anak mak yang seorang ni. Mohon untuk mak doakan yang terbaik untuk anak mak dalam segala macam hal dan moga anak mak ni jadi anak yang solehah.. AMINN....


Nota Mursyidah: Seronok dapat makan rambutan Johol kt umah Kak Ina dan dpt kenal umah Tia. Main bowling dan cerita Mak Cik Mazidah ttg ban pecah kat Kuala Kurau pun tetap dalam ingatan. Hihi... syukran buat semuanya, shbt2....

Dalam Sujud Cintaku

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...

Saat rasa sayu menjelma di kalbu, teringat akanku pada sebuah lagu. Lagu yang dijumpai tanpa sengaja di laman youtube. Terus hatiku tertambat seusai kali pertama mendengar lagu ni.. rasa sayu itu ditambah dengan perasaan sebak. Ya, sebak yg teramat...

[kredit]

DALAM SUJUD CINTAKU
Lagu: Abdul Halim
Lirik: Abdul Halim
munsyid: Halim Devotees



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah, dan..
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu
dalam sujud cintaku.

--> download..