
Relakah kita bilamana wang kita disumbangkan kepada musuh-musuh Islam? Relakah kita bilamana saudara seaqidah kita ditembak dan dibedil akibat dari sumbangan kita? Relakah kita???
Jadi, jom kita pakat boikot barang-barang keluaran Israel dan USA.
Link untuk barang-barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk rujukan semua...
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..
Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.
Palestin adalah ujian Allah
Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya (tanah haram) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.
Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing-masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga-tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.
Cinta Palestin tanda iman dan taqwa
Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.
Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak-anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.
Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.
Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.
Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.
Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.
Cerita yang panjang
Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.
Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.
Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.
Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?
Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.
Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.
Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.
Allah terima taqwa di dalam dada
RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.
Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.
Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.
100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.
Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.
Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.
Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing-masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.
Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.
Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?
sumber : Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
Assalamualaikum...
Apa khabar? Harap semuanya dalam situasi luar biasa bagus dan hebat sekali. Insyaallah...
Hari ini, 5 Januari 2009. Maka genaplah umur mak saya 45 tahun. Buat ibuku yang tersayang, selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-45. Terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini serta menjaga dan mendidik diri ini dengan penuh kasih sayang. Jasamu ibu tidak dapat dibalas dengan apa jua sekalipun.
Myspace Happy Birthday Comments
Tidak lupa juga pada sahabatku yang kini belajar di UiTM Jengka, Nor Ayu binti Ab. Ghani yang turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20. Selamat Hari Lahir, long.
Semalam, tanggal 4 Januari 2009... Seorang lagi sahabat saya yang sedang menuntut nun jauh disana (kat Mesir), Syarifah Amirah turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20. Sanah Helwa 20 ya ukhti.. (cakap arab sket sebab wish ke orang 'mesir'. Heh..)
Buat Long nge Kak Poh, selamat join KELAB 20. Tua dah..(gura je, jangan amik hati..hihi...). Moga pertambahan usia ini berkadar langsung dengan amalan sebagai hamba Allah s.w.t.. Aminn..
Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Redupnya pagi ini, seredup hatiku sebab satu-satunya adik perempuanku akan kembali ke asrama pagi ni. Maka tinggallah diri ini tiada teman disisi... (eceh, buat sedih plok)
Seawal jam 7 pagi dah berangkat menaiki kereta Toyota Unser merah yang dipandu oleh mak, menghantar Ina ke asrama SHAMS.. Gi awal katanya terlibat dengan pendaftaran penghuni asrama (nak buat gane, ngawas asrama lar katekan)..
Lepas tu terus pergi sekolah tempat mak saya mengajar, SK Bukit Sawa.. sebab mak pun terlibat dengan pendaftaran pelajar jugak, tahun 2 (tu pun cikgu lain mintak tolong. kita ni sesama manusia harus saling tolong-menolong). Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya jadi lar assistant mak saya. Tapi kali ni lagi advance.. Bukan assistant tapi macam dah jadi guru kelas betul ni sebab mak terpaksa control satu lagi kelas tahun3. Nak buat camne, dah guru kelas tu yang sepatutnya tak datang.. dah lar tak maklumkan pada mana-mana guru termasuk lar Guru Besar. (lepas ni bila saya dah jadi guru, saya kene bertanggungjawab pada keje2 yang telah diamanahkan pada saya)... Huisshh!!! Nervous sangat ni.. kalau ada mesin penghitung denyutan nadi, mesti kadar denyutan nadi saya waktu itu sangat dahsyat. Mungkin 37x sedetik. Hmm...
Nak dijadikan cerita, banyak jugak lar kerenah dan ragam para ibu bapa yang saya terpaksa hadapi. Yang lucunya, ada sorang bapa tu yang marahkan mesin fotostat sebab borang yang harus diisi tu dicetak dengan kurang jelas. (apalah dosa mesin fotostat tu. ish...ish...ish...).
Tak kurang ada jugak ibu bapa yang bertanya adakah pemakaian tudung itu wajib untuk pelajar tahun 2.. Huhu... Kadang-kadang bila teringat balik rasa nak menangis. Wahai ibu bapa sekalian, didiklah anakmu dengan ajaran Islam sedari kecil. Bila besar nanti baru jadi muslim dan mukmin yang mantap aqidahnya, yang tinggi akhlaknya.. Kita sebagai ibu bapa juga yang beruntung.. Tak gitu???
Satu yang buat saya bangga.. Semua ibu bapa yang datang daftar anak mereka tu, panggil saya 'CIKGU'... ada jugak lar perasaan bangga skit. Tapi sikit je lar. Tak banyak. (walhal nak jadi cikgu betu-betul tu kene tunggu lagi 4 tahun. Nge....)
Yang paling gua tabik spring ialah kat Guru Besar SK Bukit Sawa tu, Cikgu Ishak bin Salleh, PJK. (Pingat Jasa dan Keberanian.. bukan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Huhu...). Beliau sangat bagusl!!! Dia ronda satu sekolah lar kot, pantau keadaan hari ni.. Lancar ke tak.. Sekali masuk kelas yang saya jaga pendaftaran tu. Nasib baik dan kebetulan mak ada sekali dalam kelas tu. Kalau tak ape gua nak jawab kalau dia tanya (Saya buat salah apa nak takut-takut ni?? Hmmm...). Cikgu Ishak tu tengok semacam je kat saya ("Aku tak pernah tengok pun dia ni. Cikgu baru kot," kata Cg Ishak dalam hatinya..) (saya teka je.. lalala...). Lepas Cikgu Ishak tu tanya kat mak saya, saya ni siapa.. barulah mak saya bagitau siapa saya yang sebenarnya. (Ewahhh) Lepas tu siap gurau-gurau lagi. Mesra alam jugak Cikgu Ishak ni...
Bila dah abis waktu pendaftaran tu, baru saya tau yang Cikgu Ishak ni pun jaga pendaftaran pelajar, tahun 3 kot kalau tak silap (ganti guru kelas yang terpaksa gi jual barang kat koperasi). Wah!! Tabik spring gua pada Cikgu Ishak makin berspring. Hehe... Inilah dia Guru Besar dan pemimpin yang harus kita semua contohi dan teladani, terutamanya sape-sape yang bakal jadi guru tu... (mana tau nanti dilantik jadi guru besar).
So, banyakkan belajar dari pengalaman sebab pengalaman adalah guru yang paling bagus. Pengalaman juga mematangkan kita. Hurmm, tak tau dah nak ngepek mende. Fikir lar ape yang korang rasa patut fikir..
by : WESTLIFE
Goodbye to you, my trusted friend.
We've known each other since we're nine or ten.
Together we climbed hills or trees.
Learned of love and ABC's,
skinned our hearts and skinned our knees.
Goodbye my friend, it's hard to die,
when all the birds are singing in the sky,
Now that the spring is in the air.
Pretty girls are everywhere.
When you see them I'll be there.
We had joy, we had fun, we had seasons in the sun.
But the hills that we climbed
were just seasons out of time.
Goodbye, Papa, please pray for me,
I was the black sheep of the family.
You tried to teach me right from wrong.
Too much wine and too much song,
wonder how I get along.
Goodbye, Papa, it's hard to die
when all the birds are singing in the sky,
Now that the spring is in the air.
Little children everywhere.
When you see them I'll be there.
We had joy, we had fun, we had seasons in the sun.
But the wine and the song,
like the seasons, all have gone.
Goodbye, Michelle, my little one.
You gave me love and helped me find the sun.
And every time that I was down
you would always come around
and get my feet back on the ground.
Goodbye, Michelle, it's hard to die
when all the bird are singing in the sky,
Now that the spring is in the air.
With the flowers ev'rywhere.
I whish that we could both be there.
We had joy, we had fun, we had seasons in the sun.
But the stars we could reach
were just starfishs on the beach
Teringat Sir Amri yang bagi lirik dan ajar lagu ni masa form 2. Tu sebab suka jugak lar lagu ni.. Kepada semua kawan-kawan 2 Ummu Salamah 2003, tentu kalian masih ingat waktu tu..
Hmm, saje je.. Mengimbau kenangan lama.. Hihi...
Tiba-tiba matanya berkaca. Akhirnya gugusan permata jernih yang ditahannya gugur membasahi pipi mulusnya. Tatkala sanubarinya teringatkan lagu itu, jiwanya pasti terkenangkan Aina... Ini kerana lagu itu turut mengiringi pemergian Aina dari sisinya. Aina Syahirah... Namamu subur di mindaku. Akhlakmu menjadi perintis untukku berubah..
Seperti biasa, apabila pulangnya Farah dari asrama, telefon di rumah pasti menjadi temannya yang setia. Tidak ada orang lain yang dihubunginya melainkan Aina, teman yang amat istimewa buatnya.
Kata orang, kawan, sahabat dan teman memberikan istilah dan erti yang berbeza. Farah mengimbau kembali semua 'student' perempuan dalam kelasnya. Baginya, kesemua adalah setakat kawan. Hatinya bermonolog sendirian.. Siapa pula yang akan dianggapnya sahabat. Mungkin Aqilah, Farhanis, Atikah dan juga Mira. Mereka sentiasa mengucapkan kata-kata semangat serta merungkaikan segala permasalahan yang bertakhta di jiwanya. Dan.. teman.. siapa pula yang bakal menjadi ratu dalam sukma hatinya. Dia memandang bingkai gambar yang terletak di atas meja beralaskan kain sutera berwarna biru kehijauan itu..
Hatinya dirundung pilu. Dia menunduk mukanya memandang lantai mozek berbunga milik biliknya. Gugusan permata jernih makin lebat mengalir di pipinya. Dia menyeka air matanya dan menuju ke arah jendela. Ditongkatnya dagu sambil memandang hamparan laut yang biru, pepasir di pantai yang memutih, pohon kelapa dan pohon rhu yang hijau melambai-lambai serta awan putih yang berarak di langit dengan riangnya. Dia mentafsir semua itu sendirian...
Akukah yang bersalah...??
Assalamualaikum wbt...
Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana kedatangan awal tahun bagi takwim hijrah 1430 dan takwim masihi 2009 bersenggang dengan jarak yang sedikit sahaja iaitu 3 hari. Maka, dalam tempoh ini, berbondong-bondonglah datangnya mesej dalam bentuk sms mahupun YM yang dihantar oleh teman-teman dan saudara-mara.
Setiap kali datangnya tahun baru, soalan yang sudah sinonim dalam kalangan masyarakat kita ialah ‘apakah azam tahun baru?’… Biarlah kita mempunyai azam dan target kita tersendiri untuk tahun ini. Supaya kita mempunyai tujuan dalam hidup kita. Namun, janganlah pula kita berazam untuk tidak berazam… Bahaya banget tuh!!
Menjelang tahun 2009 ini, saya yang bakal menjejakkan kaki ke peringkat ijazah sarjana muda dalam profesyen perguruan. Sebagai elemen bakal guru yang akan mengajar dan mendidik generasi akan datang, saya harus memupuk minda kelas pertama (seperti yang sering dikatakan oleh Puan Fatimah Mustaffa) dalam pembangunan modal insan untuk menjadikan Malaysia sebuah tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Insyaallah…
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mulakan azam kita untuk berkorban demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Buat adikku, Sarah Amalina... Study smart not only study hard. Moga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM tahun ini. Tak lupa juga pada adik-adik SHAMS semua especially aspurians.. Jangan jadikan taklifan sebagai penghalang untuk kalian beroleh kejayaan. Buktikan pada orang ramai bahawa kita mampu seiring antara kedua-duanya.
All the best for you all..
Ma'at taufik wan najah...
