Cerpen : Calon Soleh (siri 3)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Aah, biarkan saja apa kata perempuan itu..!!! Bukan awak yang merasa pedihnya hati ini. Mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu. Cuba kena pada batang hidung sendiri, meraung dibuatnya...!

"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut. Tengok keadaan awak, konon-konon bercita u
ntuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang! Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah Opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hamburan kata-kata itu.


"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali Penciptamu, benar bukan? Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu benar-benar berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!!!"

Aku mencebik dan tersenyum sinis.


"Kau tidak percaya!? Lihat sahaja dirimu itu.. Mengalahkan ayam mati bini!!"


Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sahlah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Setahun aku mengayam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku pad
anya. Alasan yang cukup pasif pada bicaraku, menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar bagi aku untuk menerima hakikat itu. Dan inilah habuan yang aku terima. Pelajaran yang entah kemana, kehidupan yang tidak terurus. STAM yang bakal menyapa tidak kurang dari dua bulan lagi dan aku tidak menjanjikan pada keluargaku bahawa kejayaan bakal kuraih. "Kau terlalu naif!" Aku tersentak. Benarkah???

"Lihatlah wajah-wajah abahmu, ummimu dan lihatlah dengan mata hatimu... ISLAM!! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka sangat takutkan semangat dan roh jihad yang ada pada kita orang Islam! Tapi lihatlah jihadmu sudah terkulai layu. Kau takkan mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu.." mendatar kalimah itu.


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan kalamuLLAH itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhluk-Nya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu."

Aku meneliti bait-bait kata yang terlontar...



...BERSAMBUNG...

Minggu Syoknya Cinta..

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tahniah buat semua AJK BISA yang bertungkus-lumus menjayakan MINGGU SYOKNYA CINTA. Program yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Julai 2010 hingga 8 Julai 2010 ini menggunakan tema 'Cinta: Fitrah vs Fitnah'. Minggu Syoknya Cinta... Nama yang unik dengan tema yang sangat menarik.


Bermula dengan perasmian pembukaan di Dewan Besar oleh timbalan pengarah, program ini sudah menampakkan kemewahannya. Bukan mewah kerana bajet yang banyak tetapi mewah kerana kesungguhan jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Minggu Syoknya Cinta ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan. Di sini saya sertakan antara tentatif program sepanjang Minggu Syoknya Cinta...

ISNIN
Pagi : Perasmian Pembukaan dan MONTAJ (video drama Syoknya Cinta)
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Batu Seremban & ....)
Malam : Choral Speaking & Sambungan drama 'Syoknya Cinta' (live)

SELASA
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Catur & Lompat Tali)
Malam : Forum-Apa yang Kau Panggil Cinta

RABU
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Congkak & Galah Panjang)
Malam : Ceramah-Magnet Cinta oleh Ustazah Mahani Othman Basir
: Tayangan Video TERJAH!
: Majlis Penutup

KHAMIS
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Explorace)


Dalam banyak-banyak aktiviti Nisa' Games, dua je sempat saya sertai iaitu catur dan congkak. Main untuk suka-suka, unwind sementara assignment tak banyak. Hehe.. Pada setiap petang juga ada DJ yang akan memenuhi permintaan dedikasi lagu. Alhamdulillah, program selama seminggu ini berjalan dengan lancar. Selain student dan pensyarah, guard pun bagi sokongan. =p

Tak lupa, lagu tema program Minggu Syoknya Cinta iaitu ATAS NAMA CINTA nyanyian UNIC. Lagu mungkin dah biasa dengar tapi tengok dan hayatilah video ni ye! Video yang sangat menarik...




Monolog AJ: Seronok lihat kesungguhan adik2 PA dan sahabat2 yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Alangkah bahagianya jika kesungguhan itu berkekalan untuk program2 lain yang lepas dan akan datang yang mungkin lebih penting.
Hmmmm.....



Cerpen : Calon Soleh (siri 2)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya, dia pasti akan kembali kepadaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan..."
. Ya, aduhai! kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih!! Nak kata ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu! Disapa oleh sepupu yang kukira paling 'bengkeng', garang dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.

Ini semua Angah punya pasal! Dicanangkan seluruh family ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat! Mahu rasanya disumpah Angah menjadi katak yang paling hodoh!!! "Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ke? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana."

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untukku menjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya, kau menang!!! Akurkah aku dengan setiap patah kata-kata yang begitu melukakan hati... Tapi sukar untukku nafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar, aku insan dhaif yang lemah... Lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu....


"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata."


"Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo dan Juliet, atau Laila dan Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?"


"Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati!!? Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal bin Rabah dan seindah kasihnya Handzalah."


Bisa benar kata-kata mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati!!? Benarkan telahan gadis itu?


...BERSAMBUNG...

Warna dan Kehidupan

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum w.b.t. buat semua pengunjung blog amaljihad. Sejak semester baru bermula, ini adalah kali pertama saya merajinkan diri untuk memenuhkankan lagi ruangan teratak ini. Bukan malas tapi memang tak sempat. Huhu...

Minggu pertama ini memang agak sibuk. Tanggungjawab sebagai JPP tidak dapat melepaskan diri dari menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) ambilan Jun 2010. Jika tahun sebelumnya, pelajar baru akan mendaftar pada bulan Julai namun tahun ini diperawalkan. Kenapa? Wallahu a'lam... Lantaran itu jugalah, agak banyak kelas yang terpaksa ditinggalkan, termasuk hari pertama kuliah!! Dan kelas pertama yang saya tinggalkan adalah kelas 'Seni dalam Pendidikan'. Macam menarik subjek semester ini, termasuk yang ini.


Alhamdulillah, kelas 'Seni dalam Pendidikan' berikutnya dapat saya ikuti. Memang sangat menarik. Kami diminta untuk melukis! Arahan yang sangat umum daripada pensyarah. "Kamu pejam mata dan dengar bunyi di sekeliling kamu. Kemudian terjemahkan dan lukis di atas kertas lukisan."


Mulanya memang agak tergamam dengan arahan yang diberikan. Iyalah, kalau p
elukis profesional mungkin mudah saja. Tapi bagi saya dan rakan sekelas? Alahaiii... Namun, tugasan tetap tugasan. Hentam saja.... Hehehe. Tapi hasilnya boleh tahan lar kot. Hahh, ini dia lukisanku... Ntah apa terjemahannya. Tapi masa saya melukis lukisan ini, saya dengar bunyi orang main alat muzik. Piano kot... Merdu dan asyik sekali alunan melodinya. Ewahh!! Ditambah pula dengan hati saya yang gembira. Kerana apa gembira? Entahlarrr.... Mungkin teruja dengan kelas ni kot. Haha..


Haaa... Yang dua lukisan di bawah ni pula adalah antara hasil lukisan sahabat-sahabat sekelas saya. Agak cantik dan menarik. Saya suka!

Ni macam vilus je. Lukisan gembira dalam sedih kot. Huhu...


Macam ganas. Hmm, kenapa agaknya dengan jiwa sahabat saya ni.. =p

Macam-macam lagi jenis lukisan yang ada. Kata pensyarah saya, Lukis je apa-apa pun. Semua betul. Kalau tak lukis pun betul. Tapi, lukisan ni kadang-kadang menggambarkan perasaan kita pada masa tu. Warna pun memainkan peranan yang penting.

Bila sebut pasal warna, teringat saya pada 'Ceramah Kenali Warna Anda' pada semester lepas, pada minggu terakhir sebelum cuti semester. Warna memainkan peranan yang penting dalam membentuk seseorang individu.
Apa yang saya ingat daripada ceramah tu warna ungu adalah untuk otak/minda. Kerana itu kismis itu warnanya ungu! Dan kismis itu baik untuk otak. Bila kita melihat apa sahaja yang berwarna ungu, ucapkanlah, 'mindaku hebat'. Insyaallah dengan izin Allah, kita akan hebat dan minda kita akan cerdas... Selain itu, warna biru pula adalah warna untuk tekak. Sebab itulah, bila di bahagian bawah pipi kita bengkak (kalau orang terengganu panggil bekok keng=p), orang-orang tua biasanya akan letakkan nila yang dicampurkan dengan cuka. Dan nila itu berwarna biru!!

Selain itu, warna hijau adalah untuk jantung. Tapi saya dah lupa sikit penerangan tentang warna ini. Nanti saya dah ingat saya bgtau balik. Huhu... OK, warna kuning pula untuk perut. Contoh yang diberikan, losyen mustajab pati halia. Halia kan warna kuning. Hehe.. Ada faham??? Seterusnya, warna oren untuk sistem peranakan. Contoh yang ni, seingat saya penceramah tu ada bagitau pasal kahwin dan kaitannya dengan pakai inai. Hmm, fikir-fikirkanlah... Dan yang terakhir warna merah yang baik untuk sistem saraf dan otot kita. Katanya, buah tembikai itu baik untuk saraf. Jangan lupa bila makan tembikai, gigit sekali bijinya. Baru berkhasiat!!


Subhanallah!! Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT kerana setiap apa yang dijadikan di atas muka bumi ini ada peranannya. Kepelbagaian warna pun tidak terkecuali. Tanda-tanda kekuasaan Allah itu sudah jelas terbukti di depan mata. Jadi apa lagi yang kamu ingin pertikaikan?


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Cerpen : Calon Soleh (siri 1)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku semenjak bergelar mahasiswa IPTA utara ini. Bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini.

Malah bukan perkara yang ajaib jika tidur pun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai... Tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1 minit sehari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami.


Serabut??!!! Tapi, berkat kesabaran, ketidak jemuan menapak ke aras
3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyumku tanda puas. Syukur ya Allah...

Menerima SMS tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan lewat 2 hari lalu, sedikit sebanyak membuatku terganggu.

"Apa khabar Zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNYA. Maaf, sekiranya SMS ini mengganggu. Masih ingatkah Zaid pada Husna?"

Husna. Mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, Maahad Johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas ku atur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.


"Zaid, maafkan Husna. Husna masid menyayangi Zaid. Perasaan Husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas....."


Aku tersenyum membaca SMS yang kedua. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang!



...BERSAMBUNG...


Bacalah Wahai Umat Islam yang Berminat

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini ingin sekali saya kongsikan satu artikel dari emel yang saya terima dari seorang sahabat. Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Bacalah wahai umat Islam yang berminat. (nyata tiada paksaan).


**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun
saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… Janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “Saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."

"Bagus. Hm, suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”


“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”


“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.


“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”


Winston from America?” bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.


“Sakit-sakit Pak Cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”


“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka Pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”


“Kita mesti sanggup memikul senjata.”


“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”


“Saya tak faham.”


“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”


“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”


“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain,” hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.


“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”


“Awak sindir saya?”


“Pak Cik, saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” Lagi-lagi ke situ fikirnya.


“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”


“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”


“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”


“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”


“Contoh?”


“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”


Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “Mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”


“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”


“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”


Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”


“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”


“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”


“Lagi?”


“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”


“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”


Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya

Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”


“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”


“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi,arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”


“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allahu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allahu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”


Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup

Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?

Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu
mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allahu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

**********

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Ada rasa terpukul di dahi sendiri? Sekadar peringatan buat diri dan sahabat-sahabat. Wallahu a'lam... Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...

Rintihanku

Posted by: Ana Mursyidah in


Salam alaik buat semua pengunjung blog amaljihad. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya sentiasa.

Lama teratak ini ditinggalkan, maka lama jugalah saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Kerana apa? Biarlah semuanya rahsia. Huhu... Kali ini ingin sekali berkongsi lirik lagu 'Rintihanku' nyanyian As-Saufee ini dengan semua. Best sangat! Dengar dan hayatilah...



RINTIHANKU

Lagu: Fadzli FarEast
Lirik: Fadzli FarEast
munsyid: As-Saufee


Jauh perjalanan telahku jelajahi
Membawa seribu impian berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah menuju satu daerah
Masihkah ada sinar yang menanti

Masa dijanji pasti tiba, ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkahku terhenti, ku terpaut dipersimpangan
Tak inginku mengingati detik hitam semalam
Tinggallah semua menjadi kenangan

Kerana-Mu kan kugagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa

Leraikanlah resah hatiku
Padaku hanya Engkau yang Satu
Belum pernah ku terasa
Hebatnya cinta-Mu

Sesungguhnya Engkau mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku pohon rasa
Kasih yang abadi

Jujur ikhlaskan diri ini
Menyintai-Mu sepenuh hati
Ataukah sekadar bila diuji
Rahmat dan kasih-Mu tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan


Nak download? Hehe...
Download di sini