Planner 2011 kembali

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam 'alaik..

Hari ini, tanggal 31 Disember 2010 merupakan hari terakhir dalam kalendar 2010. Detik 12.00 malam semakin menghampiri dan 01 Januari 2011, tahun baru masihi akan menjelma. Seeloknya, rancanglah tahun baru ini dengan sebaik-baiknya.

Oleh yang demikian, meh sini, AJ nak promote satu barang...

Tadaaa...

Hehehe... ini dia planner 2011. Promote muka depan je... Huhu... Bagi yang dah pernah dapatkan planner 2010, tentu akan ternanti-nanti kemunculan planner 2011. (poyonya)

Dapatkan planner 2011 (keluaran sape ntah ni) supaya anda dapat merancang tahun 2011 dengan lebih baik. Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..


Jika anda berminat, boleh hubungi kami melalui e-mail berikut:
citypah88@gmail.com
itqannajah@yahoo.com
aina_su89@yahoo.com

Menanti Hikmah

Posted by: Ana Mursyidah in

Salam 'alaik...

Hmmm... kali ni AJ suka nak kongsi satu lagu, tajuknya Menanti Hikmah, vokal Asmawi Ani. Hehe.. Lagu tema untuk satu drama baru, Seruan Pulau Nami. Sekali dengar lagu ni, best jugak. Jom layan..



Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang dicipta oleh Pencipta
Siang dan malam silih berganti
Entahkan berhenti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui
Hanyalah berserah pada-Nya
Kerna Dia Maha Segalanya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Ooooh, kita berdoa
Agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini... yeay
Kasihku...

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak megenal siapa
Redha dengan apa takdir-Nya
Pasti ada tersirat hikmahnya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oooh, kita berdoa
Agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini... yeay
Kasihku...


Nak download, klik sini

Antara HARBEN, ANIS dan AMSAL...

Posted by: Ana Mursyidah in


Di sebuah kampung, tinggal seorang tua bersama tiga anak lelakinya. Isteri beliau telah lama meninggal dunia. Anak yang pertama bernama ANIS, kedua bernama HARBEN dan yang bongsu bernama AMSAL. Harben, anak yang paling disayangi hingga tidak dibenarkan keluar rumah. Lelaki tua ini pun sayang kepada si Anis dan kadang-kadang dibawanya keluar rumah, ke pekan, ke penambang dan sekitar kampung. Tetapi anak bongsunya, Amsal, langsung tidak diendahkan sehingga anak itu terbiar dan merayau ke merata kampung. Tubuhnya kurus dan tidak terurus kerana tidak mendapat makanan yang berkhasiat.

Suatu hari, raja yang memerintah jajahan itu mengarahkan agar si tua menghadap di istana. mendengar perintah itu, lelaki tua berkenaan berasa susah hati melihat keadaan dirinya yang uzur. Beliau terpak
sa mengayung penambang untuk ke istana raja. Kerisauan itu turut bertambah disebabkan tidak mengetahui kehendak sebenar raja itu.

Maka, beliau pun mendapatkan bantuan dari anak sulungnya, Harben. "Tolong hantarkan ayah ke pulau seberang kerana raja memerintahkan ayah menghadap, boleh nak?"


Harben menjawab, "Minta maaflah ayah, Harben tidak tahu jalan ke istana. Harben boleh hantar ayah sampai ke pintu rumah sahaja, ayah!"


Sedih
hati si ayah mendengar jawapan anak kesayangannya itu. Si ayah pun meluahkan hajatnya kepada si Anis. "Tolong hantar ayah ke pulau seberang, Tuanku nak ayah menghadap. Boleh kan?"

Jawab si Anis, "Minta maaf ayah, Anis tak pernah keluar dari kampung ini dan tidak tahu bagaimana caranya untuk ke sana. Anis boleh hantar ayah sampai hujung kampung ini saja."


Bertambah sedih hati si ayah mendengar jawapan seorang lagi anak kesayangannya itu. Oleh kerana tiada pilihan lain, lelaki tua itu menemu
i si Amsal.

"Hei, Amsal! Tolong hantarkan ayah ke pulau seberang, ayah nak menghadap Tuanku."


Amsal menjawab tanpa alasan. "Baiklah, ayah."

Harben menghantar ayahnya sampai ke pintu pagar rumah. Anis pula menghantar ayahnya hingga ke penambang. Kemudian, si Amsal yang menemani ayahnya menaiki perahu menuju istana raja.

Malangnya, ribut taufan melanda dalam perjalanan itu. Si ayah ketakutan melihat keadaan dirinya yang tidak sekuat dulu dan si Amsal pula kurus kering. Maka, dengan takdir Tuhan, mereka karam dan tenggelam dalam lautan itu.



***************


Demikianlah kisah si lelaki tua bersama tiga anaknya. Sebenarnya, tiga anak lelaki dalam cerita di atas adalah realiti kehidupan kita. 'Harben' ialah HARTA BENDA, 'Anis' ialah ANAK DAN ISTERI manakala 'Amsal' ialah AMAL SOLEH. Lazimnya, manusia akan lebih sayang kepada 'Harben' dan 'Anis', sebaliknya mengabaikan 'Amsal'. Sedangkan apabila manusia itu mati (menghadap raja), yang hanya dibawa dan menjadi teman ialah 'Amsal'. 'Harben' tinggal di pintu pagar sementara 'Anis' setakat di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu, dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini, jangan abaikan bekalan untuk kehidupan akhirat. Laksanakan apa yang wajib diikuti amalan sunat dan tinggalkan larangan Allah sepenuhnya. Berusahalah menjadikan diri kita sebagai hamba yang benar-benar bersedia menemui Allah Rabbul Jalil, suatu saat nanti...


~Sekadar Peringatan~

Jom Relakss

Posted by: Ana Mursyidah in ,

LAMPU ISYARAT
Cikgu:
Apakah yang dimaksudkan apabila lampu isyarat bertukar warna hijau?

Arif:
Cepat jalan.

Cikgu:
Bagaimana pula jika lampu isyarat wa
rna hijau sedang berkelip?
Arif: Berjalan sambil berlari.
Cikgu: Kalau lampu isyarat bertukar warna merah?
Arif:
Lihat sama ada di situ ada polis atau tidak, kalau tiada jalan sajalah!


PENULISAN AYAH

Cikgu: Arif, tahap penulisan kamu terlalu lemah. Saya terpaksa beritahu ibu bapa kamu dan suruh mereka belikan buku rujukan untuk kamu.
Arif: Jangan, jangan beritahu ayah saya! Dia akan marah nanti!
Cikgu: Ini tanggungjawab saya, saya perlu beritahu ayah kamu.
Arif: Tapi... semua penulisan saya selama ni, ayah yang tulis!

BERJIMAT
Arif: Ayah, saya dah bantu ayah berjimat.
Ayah: Berjimat apa?
Arif: Berjimat duit buku.

Ayah: Kenapa pula?
Arif: Saya dibuang sekolah.




Buat semua guru-guru, jadilah guru yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.
Buat ibu bapa sekalian, jadilah contoh teladan yang baik buat anak-anak.

Dan yang penting, setiap insan perlu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri...

Sekian, pesanan dari AJ!!! (",)


Menjahit.... KAUB oh KAUB

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam 'alaik buat semua pengunjung blog amaljihad.. Pertamanya, nak minta maaf banyak2 sebab dah lama tinggalkan teratak ini tanpa sebarang entri. Namun, amaljihad ada juga pantau blog ini, dan nampaknya masih ada pengunjung yang setia menantikan entri terbaru dari amaljihad... (dengan kepoyoan yang extravaganza ;-p)

Sebulan dua ni, amaljihad terlalu banyak kerja2 yang perlu diaulakan. Tu yang tak sempat nak update blog. Lantaran itu, banyak juga laa komen yang amaljihad dapat. Contohnya, Rifhan ada komen kat shoutbox kat sebelah ni, "ait, bile nak update nih.." Ude pun dah start jalan-jalan kat blog sahabat2. Ude kata, "teruskan usaha dakwah penamu.." Ada juga sorang sahabat yang komen, "update blog.. tulis blog pun kene istiqomah jugak.." Wah, memang amaljihad terkesan. So, try jugak lar cari masa2 terluang untuk coretkan sesuatu di sini.

Jadi kali ni amaljihad nak kongsi satu pengalaman exam. Haha.. Exam Amali Jahitan. Semester ni amaljihad ada belajar subjek KAUB.. KAUB...??? Apa tu KAUB?? KAUB tu adalah singkatan daripada Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Dan jahitan adalah sub-topik dalam subjek ini yang mana amali jahitan merupakan salah satu penilaian untuk markah subjek major bagi semester ini.

Tempoh masa yang diberikan adalah selama 3 jam. Maka, dengan masa yang diberikan, kami perlu mengaplikasikan dan menterjemahkan segala jenis jahitan yang telah dipelajari. Paling tidak pun lima jenis jahitan. Hehe.. Dan selepas 3 jam, ini dia hasil-hasilnya....


Ni dilla punye.
AJ suka corak cawan tu. Tapi tak tau la dalam cawan tu air kopi ke, teh ke, ape ke...
Huhu...



Yg ni Anis punye..
Nice.. AJ suka bunga dan rama2 tu. Macam pemandangan kat taman...
"Dalam hati ada taman" rupanya si Anis ni..



Ni pulak Huda punya...
Cantik dan kreatif dengan penggunaan butang cina di bahagian bawah..
Tapi tak nak komen lebih2.. Tak berani..
Haha..



Ni Tikah punye.. Gambar pemandangan di tepi sawah...
Biasa la orang kedah.. Sawah & padi je yang hang ingat.
Ngee..


Ni pula yang tia punya...
AJ sangat2 la tertawan dengan itik yang comel tu, dijahit dengan jahitan suji bilang.
Tia ni pun kreatif la..



Lastly, ni AJ punya..
Agak kelam kabut masa nak buat. Ntah kenapa.. Huhu....



Maaf ye kawan2 yang lain, ni je yang sempat AJ candid. Tu pun sembunyi2, kot la pensyarah tak bagi. Apepun, tak kesah cantik ke tak. Tu nombor dua... Yang penting kita dah usaha dan aplikasikan semua yang telah dipelajari. Harap kekal buat masa yang akan datang.

Buat adik2 junior yang akan ambik subjek ni pada tahun depan, moga apa yang telah kami buat ni sedikit sebanyak dapat bagi inspirasi dan idea pada adik2, moga dapat buat yang lebih baik dalam amali jahitan adik2 pada tahun depan.. Chaiyok!!


Monolog AJ: Doakan AJ sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menulis di sini..

Cerpen : Calon Soleh (siri akhir)

Posted by: Ana Mursyidah in ,

"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta sebab cinta itu kurniaan yang indah oleh Allah. Tapi jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sejak azali..."

"Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan.

"Tapi aku akan terlalu sedih jika kau lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah, sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.
"Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangkakan.

Malam itu lama aku bermunajat dan berteleku di atas tikar sejadah. Kalam mulia itu kembali inti dibibir. Tidak hanya sekadar meraung seperti kebiasaannya. Malam itu menyaksikan air mata lelakiku tumpah jua akhirnya biarpun ia bukan yang pertama. Tapi kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan dan kedaifan diri ini...

Serasanya, itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh, mendambakan cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku.

Dialah yang menyedarkan aku. Tapi aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyanpaikan ucapan terima kasihku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.


Benar. Kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon pada-Nya moga akulah calon soleh untuk meraih cinta-Nya yang abadi.


Kepada sepupuku, Mardhiah Alias.. terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit namun kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih buatmu kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku terus hanyut dan takkan mengenal hakikat diri.


SMS Husna kubalas...
"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t..."


...TAMAT...

Kenangan POM...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kantuk mengundang sedangkan mata masih belum mahu tertutup. Lantas laptop kubuka untuk menyudahkan mana-mana tugasan yang dirasakan perlu. Bertemankan lagu Hold My Hand Maher Zain, membuatkan diriku teringat akan Program Orientasi Mahabbah, atau singkatannya POM yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 25 Julai 2010. Ini kerana lagu tema bagi POM tahun ini ialah lagu Hold My Hand. Walaupun hampir sebulan progam tersebut telah berlalu, namun ianya masih segar di ingatan. Kenangan yang sangat manis bersama adik-adik dan sahabat-sahabat.

Barisan Urusetia dan Fasilitator/Naqibah

Tugas yang diamanahkan kepadaku sebagai unit modul dan moderator merupakan satu tugas yang agak penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya dan terkesan di hati adik-adik. Slot Muhasabah pada malam terakhir merupakan antara slot kemuncak, yang mana harapan kami para urusetia dan fasilitator supaya adik-adik terus istiqamah dengan usrah di samping hubungan ukhuwah kerana Allah antara adik-adik dengan naqibah masing-masing kukuh terjalin. Sengaja adik-adik kumarahi, agar mereka membela naqibah masing-masing yang dipersalahkan atas beberapa perkara yang langsung bukan salah mereka.


Walaupun hampir sebulan POM telah berlalu, pertanyaan "Akak marah tak?" sentiasa menyapa diriku. Kukira mungkin pernyataan "Akak marah ni...!" masih terngiang-ngiang di telinga mereka. (Itu jugak yang mereka ingat. Huhu...) Namun, alhamdulillah... paling tidak pun, ada sesuatu yang mengingatkan mereka akan diriku walaupun diriku bukanlah antara naqibah mereka. Berbanding naqibah mereka juga, diriku sangat-sangatlah jarang bersama mereka
.

Buat adik-adik tersayang yang membaca blog amaljihad dan terutamanya entri ini, harapan akak semoga pesanan yang disampaikan pada malam itu, sebelum lagu Hold My Hand dinyanyikan, kemas tersemat dalam hati adik-adik semua.


And for the last but not least...,

uhibbukum fillah abadan abada...


Monolog AJ: Moga program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Bukan buat adik-adik Jr sahaja, bahkan buat semua students, agar usrah dapat terus diimarahkan, kerana USRAH TUNJANG TARBIYAH...