Lawatan Aspirasi Muhibbah ke IPGM Zon Tengah

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Salam Ukhuwah Seluas Mahabbah...

Pada 26 hingga 28 Jun 2009, IPGM Kampus Perempuan Melayu melebarkan sayapnya ke lima buah IPGM Zon Tengah, sebagai wadah untuk percambahan idea, perkongsian maklumat, dan juga penanda aras untuk meningkatkan mutu kerja antara JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu dan kelima-lima IPGM Zon Tengah.

Lima IPGM yang dimaksudkan adalah:

  • IPGM Kampus Pendidikan Islam
  • IPGM Kampus Bahasa Melayu
  • IPGM Kampus Ilmu Khas
  • IPGM Kampus Teknik
  • IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa


Barisan peserta dan guru pengiring
yang mengikuti Lawatan Aspirasi Muhibbah



Bergambar kenangan bersama JPP IPGM Kampus Pendidikan Islam


Di hadapan bangunan pentadbiran
IPGM Kampus Bahasa Melayu

(Tempat ayah saya menimba ilmu suatu masa dahulu. Huhu....)


Bergambar kenangan di padang IPGM Kampus Ilmu Khas


Sesi diskusi di IPGM Kampus Teknik


Kenangan bersama JPP IPGM Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa


Kepada semua JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu, moga perkongsian idea bersama lima IPGM Zon Tengah dapat diaplikasikan di Kampus Perempuan Melayu dan gerak kerja kita akan menjadi lebih mantap. Insyaallah...



JUJUR, PROAKTIF, PRODUKTIF

Abu Ubaidah Al-Jarrah Penakluk Parsi

Posted by: Ana Mursyidah in

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah al-Jarrah."
- Nabi Muhammad SAW -


Abu Ubaidah al-Jarrah, atau nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fahri al-Quraisy. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. adalah di antara orang yang terawal memeluk Islam. Seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang lain, beliau turut banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam menegakkan dan menyebarkan agama Islam.

Semasa menyertai perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa membunuh Abdullah, bapanya sendiri. Walaupun beliau cuba untuk mengelakkan diri dari terserempak dan bertarung dengan bapanya, namun sikap bapanya yang nekad untuk membunuh Abu-Ubaidah menyebabkan beliau terpaksa juga membunuh bapanya. Beliau bersedih dengan kejadian itu sehinggalah turunnya ayat dari surah al-Mujadalah...

"Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang Allah dan Rasulullah, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara ataupun keluarga mereka. Allah sudah menetapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-NYA. Merekalah penyokong agama Allah, ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."
(Surah al-Mujadalah: ayat 22)

Abu Ubaidah turut menyertai perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Kemudian, beliau menyertai tentera Islam dalam perang Yarmuk pada tahun 13 hijrah yang dipimpin oleh Khalid bin Walid. Semasa perang ini tercetus, khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia dan Umar al-Khattab diangkat menjadi khalifah yang kedua. Kemudian, Khalifah Umar al-Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai Ketua Panglima untuk tentera Islam.

Seterusnya, beliau bersama angkatan tenteranya menakluk Kota Damsyik, Kota Fihl, Kota Baisan dan Kota Hims. Kemudian, perjuangan untuk menakluk Rom dan Parsi yang merupakan episod perjuangan yang dirancang semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi disambung pada zaman Khalifah Abu Bakar dan disempurnakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ini diteruskan dengan menakluk Kota Aleppo, Antakiah, Kota Ilia (pintu utama memasuki Al-Quds), dan akhirnya Baitulmuqaddis. Maka, Kota Syam terbentuk di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Tidak lama kemudian, wabak taun melanda Syam. Ramai penduduk yang meninggal dunia. Abu Ubaidah al-Jarrah memaklumkan berita itu kepada Khalifah Umar al-Khattab yang berada di Madinah dan Khalifah Umar meminta Abu Ubaidah berpindah ke Madinah dengan harapan untuk melantik Abu Ubaidah sebagai khalifah selepasnya. Namun, permintaan itu ditolak oleh Abu Ubaidah berikutan lahirnya perasaan sayang kepada penduduk Syam. Pada tahun 640 masihi bersamaan 18 Hijrah, Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia kerana turut dijangkiti wabak taun tersebut.

Tips Nak Maintain Badan dan Sihat

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Adakah anda tahu, amalan meminum secawan air teh "o" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? Insyaallah jika anda rajin mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan...

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan amalan-amalan seperti:-

  • Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  • Rasulullah mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya dijauhkan daripada penyakit, Insyaallah.
  • Waktu solat Subuh digalakkan untuk kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit kepala atau migrain. Para saintis telah menemui kesan daripada sujud di mana beberapa milimeter ruang udara di dalam kepala kita tidak dipenuhi dengan darah dan dengan bersujud, darah akan memenuhi ruang ini.
  • Jangan makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti dengan sains kerana badan ayam yang mengandungi ion (+) dan ikan mengandungi ion (-). Maka, suapan ayam bercampur ikan akan menghasilkan tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
  • Nabi turut mengajar umatnya makan dengan tangan dan menjilat jari sesudah makan. Ini kerana enzim yang terdapat di celah-celah jari lebih banyak 10 kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur dan ini akan mempercepatkan lagi proses penghadaman.

Wallahu a'lam.
Sebar-sebarkanlah...

Sepetang Bersama Keluarga...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Moga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan di bawah rahmat-NYA sentiasa...
AMINNN....

Petang semalam, mak dan ayah mengajak anak-anaknya berjalan-jalan di pantai. Wah, bagus ni.. Dapat tenangkan jiwa yang kacau ni! huhu... Agak jauh, gi Pantai Mengabang Telipot, sekaligus mak nak belanja makan sotong celup tepung. Kat sana memang 'glamour' dengan makanan laut celup tepung, lebih-lebih lagi sotong. Yummy....

Empat orang adikku..


Berlatar belakangkan pantai nan indah...
tenangnyerrr...



Jauh merenung masa depan...

"Dah, dah... Jom balik," ayah mengajak anak-anaknya pulang...



Negara digemparkan dengan keruntuhan Stadium Sultan Mizan pada pagi 2 Jun yang lalu. So, on the way balik tu, ayah ikut jalan Stadium Sultan Mizan. Mak yang ajak, mak suruh tengok dengan mata kepala sendiri keruntuhan tu.


Agak teruk runtuhnya...

Mengapa ianya boleh berlaku?


Sama-sama kita ambil pengajaran...


Cuma lebih kurang setahun je mampu bertahan. Kalau Allah dah tetapkan macam tu, tak siapa boleh halang. Kun Fayakun... Hurmm, saya tak nak komen lebih-lebih pasal ni.


p/s: Nama je orang terengganu. Saya pun tak pernah masuk lagi Stadium Sultan Mizan ni.. Alahai..


Happy Birthday, April & May Gurlz!!!

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillah Walhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jutaan kemaafan buat sahabat-sahabat dan kenalan kerana sekian lama menyepi. Hampir sebulan teratak ini ditinggalkan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan, hampir usang dibuatnya.. Mesti rindu dengan 'posting2' saya, kan? Hehe... Namun begitu, saya pasti tetap akan mengabadikan nama sahabat-sahabat dan kenalan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan April dan Mei.







Selamat Hari Lahir buat sahabat dan kenalan yang menyambut Ulangtahun Kelahiran dalam bulan April yang lalu:

Fatin Natrah binti Mohd Salleh
3 April 1989

Aqma Zulaikha binti Roslan
10 April 1989

Zamarita binti Zakaria
10 April 1989

Nurul 'Ashikin binti Mohd Zambri
10 April 1989

Nurul Afifah binti Musameh
11 April 1989

Nur Syafawati binti Abdul Halim
20 April 1987

Nor Hidayah binti Rafie
24 April 1990

Nurul Ain Syazana binti Mohd Sidek
25 April 1989

Fatini binti Shahril
25 April 1989

Nurul Huda binti Mohamad Zain
27 April 1989

Nurul Atikah binti Mahadzir
29 April 1990


Tidak lupa juga bagi yang menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan Mei:

Amir Asyraf bin Zakaria a.k.a. adik
9 Mei 1999

Ummi Kalthum binti Mohamad
11 Mei 1986

Nur Shahira Aiza binti Zulkifli
11 Mei 1989

Nor Atikah binti Yaacob @ Yahya
25 Mei 1988

Nur Salsabila binti Isa
31 Mei 1986

Basirah binti Ahmad
31 Mei 1989


zwani.com myspace graphic comments




Moga pertambahan umur ini berkadar langsung dengan amalan sebagai hamba Allah SWT. Semoga setiap apa yang didoakan dan dicita-citakan dimakbulkan oleh-NYA dan tercapai. AMINN...

Sayang korang semua!!