Salam Maal Hijrah : Sanah Jadid 1431H

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk mengecapi tahun baru 1431H ini.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita baca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib dan baca doa awal tahun setelah masuknya waktu maghrib, pada hari ini...


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua pengunjung amaljihad.blogspot serta seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


.:Kullu 'am wa Antum Bikhoir:.

Khasiat Pisang : Untuk Kesihatan Badan

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Ada sesetengah orang yang memandang rendah pada buah pisang. Malah, ada yang tidak mengetahui khasiat pisang. Tahukah anda, pisang mampu memberi tenaga kepada kita secara berterusan?

Bagi mereka yang sangat m
ementingkan kecantikan kulit, makan pisang boleh membuatkan kulit muka tidak berminyak dan bersih.


Antara khasiat-khasiat pisang yang lain ialah:


1) Mengurangkan tekanan dan kemurungan
Prote
in di dalam pisang boleh mengembalikan mood baik. Individu yang murung pula akan lebih cepat ceria apabila makan pisang. Kandungan protein yang terdapat di dalam pisang membantu seseorang menjadi lebih tenang.

2) Mengatasi keletihan dan mengantuk

Kekurangan oksigen boleh menyebabkan seseorang mengantuk. Tetapi, dengan memakan pisang, seseorang boleh mengelakk
an rasa letih dan mengantuk kerana di dalamnya terkandung bahan yang membantu untuk melancarkan perjalanan oksigen ke otak.

3) Menangani anemia

Anemia ialah sejenis penyakit akibat kekurangan sel darah merah. Zat besi yang tinggi dalam pisang merangsang pembentukan sel darah merah dalam darah.


4) Menstabilkan tekanan darah tinggi
Kandungan garam yang ren
dah dalam pisang dapat menstabilkan tekanan darah.

5) Membantu pembelajaran

Memudahkan proses pembelajaran dengan meningkatkan kecekapan, mencerdaskan otak dan menambah tenaga untuk berfikir.


6) Membantu penghadaman

Kandungan fiber yang tinggi dalam pisang membantu menstabilkan fungsi usus kecil dan usus besar. Seterusnya melawaska
n proses pembuangan air besar.

7) Mengawal berat badan

Pisang boleh dijadikan sumber karbohidrat untuk menggantikan nasi. Pisang mengandungi gula semulajadi yang tidak memudharatkan tubuh badan.


8) Mencegah ulser

Teksturnya yang lembut tidak mencederakan organ dalaman perut. Pisang juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.


9) Mengurangkan ketagihan nikotin

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang merupakan seorang perokok, ajak mereka makan pisang. Pisang mampu mengatasi ketagihan nikotin, seterusnya membantu mereka mengurangkan tabiat merokok.


10) Gigitan nyamuk
Selain buahnya yang berkhasiat, kulit pisang juga digunakan untuk mengurangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk. Jadi, anda tidak perlu membeli krim penyembuh gigitan nyamuk lagi!


Subhanallah..!! Hebatnya ciptaan ALLAH. Segala apa yang DIA ciptakan itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi, hatta sekecil-kecil benda. Kita sebagai hamba-NYA mestilah mengkaji, bukan mengaji jerr...


Hmmm... Satu pesanan saya, dengan kulit pisang ni kena hati-hati jugak... Terpijak? Boleh membawa padah!!! Haru-biru jadinya... Huhu...

Sedetik Masa Berlalu....

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.


Yang dikasihi, semua pengunjung yang sudi menjengah ke sini. Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah s.w.t.. (Macam nak bagi ucapan pulak! Macam nak tulis surat pun ada!!!)

"Adakalanya getir melanda ruang perjuangan. Adakalanya perit menemani langkah ke medan. Ada masanya kepayahan menghiasi laman dakwah ini. Biar apapun musibah, segalanya bersulam rahmat. Biar apapun dugaan, hikmah disebaliknya janji Tuhan. Dalam tarbiyah kita bersatu. Jangan terlerai dek hawa nafsu. Satukan jari-jemari, rapatkan saf dan moga Allah memandang usaha kita.
Selamat Hari Lahir ke-20 sahabatku=)"
~Ummi Aqilah~

"Muslimah itu anugerah terindah dunia. Ia lembut namun tidak lemah. Mempesona namun bersahaja. Ia tahu bagaimana menjaga izzah dirinya. Ia mengerti bagaimana menjaga akhlaq dan kemuliaan. Itulah yang membuatnya istimewa dibandingkan wanita lain. Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata terindah di dunia. Semoga itu adalah kamu, aku dan kita semua...
Selamat Hari Lahir yang ke-20 buat sahabatku. Kepada roomate yang disayangi dan diingati, moga panjang umur dan murah rezeki serta mendapat keberkatan dalam hidup. Aminn.."
~Nur Atikah~

"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah.. Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, memerlukan air mata dan kesabaran.. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, jangan kita gusar pada anugerah Allah swt.. Anggaplah sesekali dugaan itu datang sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan... Renungkanlah wahai sahabatku..
Selamat Hari Lahir yang ke-20.. Moga panjang umur dan murah rezeki.."
~Sharifah Nur Wahidah~


Maka, yang diatas itu adalah antara sms2 yang telah saya terima pada hari ini. (Maaf tak tulis semua, sebab memang tak tertulis lantaran banyak sangat!! Huhu). Dan dengan itu, tujuan entri yang ingin diposting pada kali ini adalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih, thank you very much, dan syukran kathira kepada semua sahabat handai, rakan taulan, adik beradik, sanak-saudara, jiran tetangga dan semua kenalan yang sudi menge'wish' happy birthday kepada saya pada hari ini (Apa punya ayat daa.. ni nak kena dgn cikgu BM ni!! Huhu..) Terima kasih juga kerana mendoakan saya.


Ya Allah, masuk hari ini maka genaplah sudah umurku 20 tahun. Bertambah lagi umurku, maka selangkah lagi menuju maut.

Teringat akanku pada kata-kata sahabat yang amat terkesan dan berbekas dalam hati saya:
"Kita ni umur dah 20 lebih tapi masih 'terkinja-kinja'... Tengok Sultan Muhammad al-Fateh, umur 19 tahun dah takluk 20 buah negara, umur 23 dah dapat membebaskan konstantinople.."

Ayatnya mungkin melucukan.. (terkinja-kinja? huhu.. hebat sahabat saya ni ber'balaghah'), tapi sangat mendalam maksudnya... Apapun, saya seru pada diri saya sendiri dan orang lain, kita refleksi balik diri kita... Dan kita fikir kembali, apa sumbangan yang telah kita lakukan untuk ISLAM sepanjang hayat kita ni...

ALLAHU A'LAM

Koreksi Diri : Mesti Baca Nihhh....

Posted by: Ana Mursyidah in ,


Kali ni saya nak bercerita tentang satu kisah lawak kepada semua pengunjung
setia dan tak setia yang berkunjung ke teratak amaljihad ni. Kalau kalian fikir kalian masih Islam, teruskanlah pembacaan anda. Kalau tidak, Allah swt saja yang tahu...

Tolonglah ambil masa 5 minit untuk membaca kisah ni. Kalau lebih lima minit tu bukan membaca lar tu, tapi mengeja... heheh ;-)


Bayangkan perkara ni terjadi pada diri anda...
Suatu hari di sebuah masjid yang gah, besar, cantik, indah dan bergemerlapan dengan cahaya, pada waktu solat Isya' yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang jemaah. Sedang para jemaah mula bersiap-siap untuk mendirikan solat Isya' berjemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa pun, cuma dua biji mata mereka sahaja dan mereka berdua tu membawa senjata mesin-gun. Lalu salah seorang daripada dua lelaki itu bertempik...

"SESIAPA YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH SILA BERDIRI DI TEMPAT KAMU!!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka topeng yang menutupi mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam seraya berkata, "OK Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Isya'."


Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah yang kembali membuat saf untuk meneruskan solat Isya' seperti sediakala... Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur anda fikirkanlah...
  • Memang lawak, kan? Dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul membuktikan mereka beriman...
  • Lawak, kan... Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh jemaah tu. Tapi iman mereka amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang-pukang. Dah lupa dia tak solat Isya' lagi...

Sahabat sahabiah, muslimin dan muslimat sekalian,

Dalam kehidupan kita memang banyak perkara yang lawak kita lakukan. Barangkali melucukan kita. Tapi sebenarnya perkara itulah yang merugikan ISLAM. Lemahnya belia Islam sekarang kerana rapuhnya iman dan ruh Islam dalam jiwa mereka. Kita bagaimana? Adakah sama sahaja seperti jemaah yang cabut lari tu???


In ISLAM there is no word for hands up,
there is no word for surrender...
There are only two things;
WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID...


Jalan Ku Pulang

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah...

Masih ingat pada post sebelum ni? Langkah Tercipta... Ni lagi satu lagu yang adik saya suruh cari. Dah lama cari tapi lupa nak dengar. Sekali dengar best jugak lagu nasyid ni. Melodi yang baik dan mood yang mantap, Insya-Allah...

Dengarlah dengan pendengaran hati..semoga mendapat manfaat. =) Di sini saya sertakan sekali lirik lagunya...



Jalan Ku Pulang
Munsyid: UNIC
Album: Langkah Tercipta

Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling

Kubersyukur hanya padaMu Tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala kiasan indah cintaMu

Kubersyukur hanya padaMu Tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Kubersyukur hanya padaMu Tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak kutemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu


Tengok lirik pun dah menarik. Kalu dengar lagi lar. huhu... Nak download lagu best ni? sila2...

Antara Lobak, Telur & Kopi... Kita yang Mana???

Posted by: Ana Mursyidah in


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.


Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam magkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur dan kopi," jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu, dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa ertinya semua ini, ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang sangat panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau manghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?" tanya ayahnya

Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan?



Atau apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?


Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


---> Cerita ini mengingatkan saya pada Cikgu Normi, cikgu Fizik yang pernah mengajar saya ketika di menengah atas suatu masa dahulu. Pesan beliau,

"Jadilah seperti biji kopi, apabila masuk dalam air panas, biji kopi yang mengubah air panas tersebut. Tapi jangan jadi seperti telur, bila masuk dalam air panas, telur berubah menjadi keras."

Terima kasih cikgu. Kata-kata cikgu ini akan saya pegang sampai bila-bila, Insyaallah.

Ukhuwah Itu Indah Jika...

Posted by: Ana Mursyidah in

Salam ukhuwah buat semua teman-teman, sahabat sahabiah serta pengunjung teratak amaljihad.

Kali ini ingin sekali saya terbitkan posting ni. Mungkin ianya ringkas dengan hanya gambar dan beberapa patah perkataan tapi sangat memerlukan penghayatan yang sedalam-dalamnya...

Ukhuwah itu indah bilamana....


...kita jauhi prasangka buruk dan menolong sahabat kita yang dalam kesulitan


...kita sentiasa memberi serta menerima pemberian sahabat dengan hati yang terbuka


...kita rela mengalah demi memelihara persahabatan


...sentiasa bekerja secara berkumpulan/berjemaah


...sentiasa menegur kesilapan sahabat dan menerima teguran sahabat dengan hati yang lapang


...saling membantu dalam pelajaran

Imam Shafie pernah berkata:
"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."

Oleh itu, ingatlah... 'Orang yang tidak mempunyai SAHABAT ialah orang yang MALANG, tetapi orang yang tidak menghargai SAHABAT ialah orang yang PALING MALANG..."

HARGAILAH SAHABAT

Kenapa Allah Menciptakan Syurga dan Neraka...?

Posted by: Ana Mursyidah in

Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf da
n dapat mematuhi peraturan.. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak.. "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

"Dik, kalau Tuh
an tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan.. "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi di
uji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya, "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."


Semoga menjadi teladan buat semua.

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Posted by: Ana Mursyidah in

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini disebut serba ringkas tentang wanita, warna serta tafsiran perwatakannya...


MERAH

  • Berani
  • Beremosi
  • Tegas
  • Tamak
  • Tahan melarat
  • Suka bersenang-senang
BIRU
  • Setia pada pasangan
  • Pandai menyimpan wang
  • Kuat kemahuan
  • Suka berterus-terang
  • Jujur dan cekap
  • Suka memberi maaf
  • Tegas
HIJAU
  • Subur
  • Suka pada kebahagiaan
  • Tidak suka bertekak atau bergaduh
  • Patuh pada pegangan agama
  • Suka berhias
  • Teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot
HITAM
  • Suka menyendiri
  • Prihatin
  • Kuat menghadapi dugaan dunia
  • Tidak mudah dipengaruhi
  • Kuat berfikir
  • Setia pada pasangan
  • Baik hati
  • Cepat tersinggung
COKLAT
  • Kaya dengan sifat keibuan
  • Suka merendah diri
  • Sopan-santun
  • Halus budi pekerti
  • Hati mudah merasa was-was
  • Takut berbuat salah
UNGU
  • Pemurah dan merdeka hatinya
  • Tidak suka diperintah
  • Berinisiatif
  • Bijak tetapi agak beremosi
  • Keinginannya tidak meluap-luap
KELABU
  • Suka merendah diri
  • Tenang
  • Suka mengalah
  • Suka berkorban
  • Cerdas dan bijak
KUNING
  • Menyukai ilmu
  • Gemar membaca
  • Tekun
  • Cerdas
  • Tabah menghadapi cabaran
PUTIH
  • Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka)
  • Berkata benar dan jujur
  • Rendah hati
  • Sopan-santun
  • Ramah
  • Kuat menerima ilmu
  • Sentiasa tenteram hatinya
  • Suka menolong
  • Hidup bertawakal
Jadi, anda di bahagian mana??


p/s: Ini hanyalah kajian. Jangan ada yang terasa hati pulak. Huhu...

Rileks Jap : Kisah Sedih

Posted by: Ana Mursyidah in

Ali, Samy dan Ah Chong merupakan rakan sekerja yang tinggal serumah di pangsapuri 60 tingkat. Ketika mereka pulang dari pejabat, lif pangsapuri mereka tidak berfungsi.

Ali: Nampak gayanya terpaksa lar kita naik tangga.

Samy dan Ah Chong: Larat ke nak naik tangga ni? Dah lar rumah kita tu paling atas!

Ali: Aku
ada idea. Apa kata setiap seorang cerita perkara yang menyedihkan. Kalau cerita lawak pula, nafas kita cepat semput.

(Samy dan Ah Chong pun bersetuju)


Ali: Ayah aku meninggal semasa aku dalam kandungan. Tanpa kasih sayang seorang ayah bla... bla.. bla...


(Samy dan Ah Chong terasa sedih mendengar cerita Ali sehingga tidak sedar menangis dan sampai ke tingkat 20)


Samy: Masa aku umur 3 tahun, ibu dan bapa aku meninggal dalam kemalangan jalan raya bla.. bla.. bla..


(Ali dan Ah Chong terlalu sedih mendengar cerita Samy dan menangis sehingga tidak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55)


Sambil mela
ngkah ke tingkat 56, Ah Chong menyampuk...

Ah Chong: Alaaaaa.... Cerita korang tak sedih lagi.. Cerita aku lagi sedih.


Samy dan Ali: Cerita je laa.. Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi ni.

Ah Chong: Aku sedih sebab... kunci rumah kita, aku tertinggal dalam kereta...



What is the moral of this story???

Menjawab Kepada Persoalan...

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa khabar buat semua pengunjung amaljihad? Moga berada dalam keadaan luar biasa hebatnya. Alhamdulillah, pada saat dan detik ini, jari-jemariku masih kuat untuk menekan keyboard laptopku ini.

Di sini saya terpanggil untuk menjawab persoalan seorang hamba Allah yang menamakan dirinya sebagai 'lelaki IPIS'. Soalannya:

"knapa budk IPG mls n takde Intelktual..n ape prnn BISA utk tgkatkan glgn pakar pendidikan dlm negara..lbih amaln kerohanian je nmpaknya"

Soalan di atas tu, saya 'copy & paste dari shoutmix kat sebelah ni. Tanpa di'edit' walau sedikit pun. Hmmm, sebenarnya saya masih keliru, apa maksud lelaki IPIS sebenarnya? Budak IPG malas dan takde intelektual... Maknanya ditujukan kepada semua guru pelatih di semua IPG kat Malaysia ni termasuk dirinya sekali. Dan saya sebagai salah seorang guru pelatih di IPGM turut terasa pedasnya!

Bagi saya, nak jadikan diri kita ni rajin dan berintelektual, tu atas inisiatif individu tu
sendiri. Kalau dah tahu kita ni kurang ilmu, banyak-banyakkan baca buku, berguru dan cari ilmu. Bukannya ilmu tu boleh datang bergolek kepada kita atau senang-senang boleh jatuh dari langit je.. Tak gitu?



Mengenai ape peranan BISA, (bagi yang belum tahu, BISA adalah singkatan dari Balai Islam Saidatina Aisyah), rasanya lelaki IPIS sedia maklum bahawa BISA adalah surau di IPG KPM. Jadi tak perlu menjawab kepada persoalan "mengapa lebih kepada amalan kerohanian".

Saya setuju dengan pendapat merpati :
jangan cakap sebelum kaji betul2.. kalau budak ipg malas dan tiada intelektual? apa puncanya? kerana masalah rohani.. x sedar tjawab sbg hamba.amalan rohani tu bagus apa??bila rohani kita dah diperbaiki,secara automatik kita akan sedar..dan scra autommatik kita kejar akhirat dan dunia x kan bisa nak buat kelas tambahan sains pula utk tingkatkan keintelektualan guru pelatih? bisa tu pula surau..mestila lebih kpd amalan kerohanian.xkan siang malam nak kejar dunia? siang kami belajar dikelas,malam kami belajar ttg agama dan kerohanian di bisa..rasa mcm sdikit kterlaluan kalau kata cg xda intelektual.. kalau saya salah,perbetulkan la..saya bgtahu pendapat saya je..
(di'copy' dan 'paste' dari yang asli. Tiada sebarang penambahan atau pengurangan)

Terima kasih kepada merpati. Dan rasanya, lelaki IPIS juga sudah sedia maklum mengenai kewujudan blog BISA IPG-KPM. Jadinya sudah tentu anda sedia maklum mengenai program-program kerohanian di BISA.

Sudah menjadi rutin sebagai guru pelatih, lima hari dalam seminggu di siang hari, sememangnya diperuntukkan untuk belajar ilmu duniawi. Jadi, kena seimbangkanlah. Hati pun macam manusia jugak. Kalau manusia, kita perlukan gizi yang seimbang seperti protein, karbohidrat, vitamin dan sebagainya. Kalau tak cukup gizi, sakitlah kita. Macam tu jugak hati, kalau ada makanan duniawi je, sakitlah hati. Sebab tu kena ada makanan ukhrawi/rohani untuk seimbangkan hati manusia ni. Dan itu peranan BISA!

Saya sedikit hairan dengan anda. 'lebih amalan kerohanian je nampaknya'. Itu yang dipersoalkan oleh lelaki IPIS, kan? Hmm, kalau tiada asas kerohanian dalam diri, macam mana nak tingkatkan golongan pakar pendidikan di negara kita dalam kejahilan? Kalau gitu, akan lahirlah generasi yang jahil. Kerana apa? Kerana kalau cikgu tak pakai tudung, anak murid murid apatah lagi! Bak kata pepatah, 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari.'

Kita kembali ke zaman kegemilangan Islam dahulu kala, di mana ilmuwan-ilmuwan Islam yang merupakan pelopor ilmu dalam pelbagai bidang. Contohnya seperti Ibnu Sina (geometri, logik matematik, sains, fiqh, perubatan), Al-Khawarizmi (matematik, astronomi), Jabir Ibn Haiyan (perubatan, kimia), Ibnu al-Baithar (perubatan, botani, farmakologi moden), Abu al-Qasim al-Zahrawi (pembedahan, perubatan) dan ramai lagi yang saya pun dah tak larat nak sebut dan taip... Persoalan saya...Ilmu-ilmu tu semua ilmu dunia kan? Macam mana ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu boleh jadi hebat dalam bidang tu? Tengok pada asas kerohanian mereka... Mantap kan?


Saya tinggalkan dengan persoalan yang rasanya anda tahu jawapannya. Tapi tak pasti adakah jawapan ini memuaskan hati anda atau tidak. Namun inilah hakikatnya. Anda sebagai seorang bakal guru mungkin sebenarnya lebih hebat dan lebih pakar dari saya yang serba kekurangan ni... Tepuk dada tanya iman...


WALLAHU A'LAM

Salam Eidul Adha

Posted by: Ana Mursyidah in


"Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail.. Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan.."


Ambillah pengajaran dari Sirah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Moga kita sentiasa bersedia untuk melakukan segala apa pengorbanan.



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan...

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutamanya pengunjung setia teratak amaljihad.blogspot ni.

Siapakah Pasangan Wanita Di Syurga?

Posted by: Ana Mursyidah in

Semua orang tahu sekiranya lelaki masuk syurga, mereka akan mendapat bidadari sebagai pasangannya. Apakah jika wanita masuk syurga mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan Syurga:

"...di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta sebagai hidangan dari Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Fushshilat : 31)


"...dan di dalam Syurga terdapat segala yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata, serta kamu kekal di dalamnya."
(az-Zukhruf : 71)

Mempunyai pasangan adalah hal yang didambakan di samping keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni Syurga akan dipenuhi baik lelaki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dikahwinkan oleh Allah di Syurga dengan orang yang telah dinikahinya di dunia.

Allah berfirman:
"Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga dan apa yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan keturunan mereka..."
(al-Mukmin : 8)


Jika seorang perempuan pernah mengahwini dua lelaki di dunia, dia akan memilih salah seorang dari kedua-keduanya di Syurga. Jika perempuan itu tidak berkahwin di dunia, Allah akan mengahwinkannya dengan lelaki yang disukainya di Syurga. Kurnia Allah di Syurga bukan hanya untuk lelaki melainkan untuk lelaki dan perempuan, masing-masing mempunya pasangan.

Seseorang mungkin berkata,
"Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-ain) sebagai pasangan bagi lelaki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan".


Jawapannya ialah

"Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana suamilah yang biasa mencari dan menginginkan isteri..."


Wallahu a'lam..

Langkah Tercipta

Posted by: Ana Mursyidah in

Dulu, adik saya suruh saya cari lagu 'Langkah Tercipta' ni. Ye kata lagu ni best. Dia suruh saya download kot internet. Tapi masa tu saya dok dang nak cari sebab memang dok dang r. Huhu... Saya buat reminder kot handset je.

Lama reminder tu duk dalam handset. Nak wat gane, skrin handset pecoh. Haha.. Lepas gi ato bekki, duk belek-belek handset tu, ternapok reminder tu terus buke internet sebab nak download lagu ni. Hmm, dengor2 best jugok r...


LANGKAH TERCIPTA

UNIC

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Mimpi yang sering kuharapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah...
Ingin kuhentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untukku bertahan
Semangat tenggelam, lemah daya
Haruskah aku mengalah
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan
Tak dilontarkan-NYA ujian
Diluar kekuatan setiap diri insan

Allah..
Pimpinlah diriku
Tuk bangkit semula
Meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan smangatku
Kurniakan ketabahamn
agar mimpi jadi nyata
pada-MU kumeminta

Daku mohon Agung kudrat-MU
Wahai Tuhan yang satu
Segalanya dari-MU


Saya suka sangat-sangat dengan lagu ni. Ulang 100 kali pun rasa nak ulang agi. Kak Fi kate, "kalu kito suko sesebuah lagu tu, maknonyo lagu tu keno denge idup kito..." Hmmm..,

ye kot Kak fi..

Apa pendapat anda? Huhu.. Kalu nok download lagu ni, klik di sini..


p/s: tubek doh bahase ganu. Mentang-mentang r sekarang duk ganu. Haha...

Imtihan...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Ukhuwah dan Salam Perjuangan...

Tika dan saat ini, sudah semestinya sahabat-sahabat semua sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi exam yang akan menjelang. Ada yang study, dan tentunya ada yang masih bertanyakan soalan spot. Huhu...

Begitu juga dengan diri ini. Study smart dan cuba untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk semester ini. Pesanan mak disematkan dalam hati.

Buat semua sahabat-sahabat PISMP sem2 especially PK5, akak-akak PISMP sem4, sem6 dan sem8, adik-adik PPISMP sem1 dan sem3, semua sahabat-sahabat se'IPG' dan sahabat-sahabat di seluruh IPT dan yang berada di 'overseas'... Bittaufik wan najah fil imtihan...




Pagi tadi, saya dikejutkan dengan satu SMS daripada salah seorang sahabat saya yang berada di UDM.

"Slm shbt2, skdr mkluman tok shbt2, shbt kte ____ skt tulang n kerap msuk hsptal je skang..jd sme2lah kte sntiasa btye kbo n mendoakan kshtn beliau dlm menempuh imtihn dunia ini... Sbarkn.."

Astaghfirullah... Saya agak terkejut dengan berita ini. Saya sangkakan beliau semakin sembuh setelah 'operation' tempoh hari. Masyaallah, nampak sangat sekarang saya amat jarang 'contact' sahabat-sahabat saya lantaran kesibukan dan kekangan yang dihadapi.

Teringat saya pada kata-kata salah seorang sahabat saya:
"walau saya sibuk mana pun, saya akan cari jugak masa untuk sahabat2 saya, walaupun masing-masing duk jauh. Saya akan cuba jugak sms ke, 'call' ke..."

Hebatnya ukhuwah sahabat saya ini. Bilakah saya akan menjadi sepertinya???



Ya Allah, apapun, sembuhkanlah sahabatku. Berikanlah peluang padanya untuk meneruskan perjuangan dakwah yang belum selesai ini... Dan tabahkanlah hatinya dalam menempuh ujian di dunia ini...

Rehlah dan Jamuan Akhir Tahun JK BISA 2009

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Pada 27 Oktober 2009 yang lalu, JK BISA 2009 telah mengadakan Rehlah dan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di BISA. Biro TUGAS-Tugas Khas telah diberi amanah untuk melaksanakan dan menjayakan program ini.

Pada sebelah petang, semua JK BISA dikehendaki berkumpul di perkarangan BISA setelah selesai solat Asar dan membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Kami semua dikehendaki menyertai sedikit aktiviti yang dikendalikan oleh biro TTK ini dan penyertaan adalah mengikut biro. Tujuannya, untuk mengeratkan ukhuwah sesama JK BISA 2009 selain penghargaan kepada semua JK BISA yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas dan amanah sepanjang tahun ini.


Bacaan al-Ma'thurat selepas solat Asar berjemaah


Taklimat permainan dari Naib Pengerusi TTK, Nadirah Mohd Basir


Aktiviti 1 : Serasi Bersama
Nak uji ukhuwah sesama JK BISA nih...



Aktiviti 2 : Wacana
Camne dengan kepekaan JK BISA nih..


Aktiviti 3 : Tongkat Si Buta
Ni pulak uji ukhuwah+kerjasama+kepekaan.. Lagi mantopp!!



Pada sebelah malamnya, berlangsungnya majlis jamuan yang rasmi dengan kehadiran tiga orang pensyarah iaitu Ustaz Puad Johar (hard core BISA), Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh dan Ustaz Ariffin Hj. Salleh. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mat Nawi selepas ucapan oleh Pengerusi BISA saudari Norzarina Kamarudin. Kemudian, keputusan permainan diumumkan memperlihatkan Biro Ekonomi sebagai juara dan Biro Kegiatan Luar sebagai Naib Johan manakala Biro Usrah & Tarbiyyah berjaya merangkul tempat ketiga.


Ucapan oleh Ustaz Mat Nawi selaku penasihat JK BISA


JK BISA yang khusyuk mendengar ucapan dari Ustaz Mat Nawi...


Johan : Biro Ekonomi yang dipengerusikan oleh Siti Sarah Yusoff


Masa yang ditunggu-tunggu...
Makannnn.... Hehe..



Moga objektif yang ingin dicapai oleh pihak penganjur mencapai sasarannya. Lagi pula, mungkin ini adalah aktiviti terakhir untuk JK BISA sesi 2009. MPPJB akan berlangsung tak lama lagi. Maknanya tampuk pimpinan JK BISA akan berubah. Moga yang mendatang akan lebih mantap, Insyaallah...



P/S: Biro2 lain jangan sedih. Kalah menang bukan ukuran. Yang penting UKHUWAH dan KERJASAMA... No. 7 pun dapat hadiah gak kan...Hehe..

What Is Type of Your Blood?

Posted by: Ana Mursyidah in

Did you know that your blood type reveal you personality?

According to a Japanese Institute that does research on blood types, there are certain personality trait that seem to match up with certain blood types. How do you rate?


Type O
You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.


Type A
You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.


Type B
You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.


Type AB
Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.


And, did you know that there are many people in this world that have blood type of 'O+'? Just look below...

Blood Type & Rh and How many people have it?
O+ : 40%
O- : 7%
A+ : 34%
A- : 6%
B+ : 8%
B- : 1%
AB+ : 3%
AB- : 1%


So, what is type of your blood???