Sedetik Masa Berlalu....

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.


Yang dikasihi, semua pengunjung yang sudi menjengah ke sini. Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah s.w.t.. (Macam nak bagi ucapan pulak! Macam nak tulis surat pun ada!!!)

"Adakalanya getir melanda ruang perjuangan. Adakalanya perit menemani langkah ke medan. Ada masanya kepayahan menghiasi laman dakwah ini. Biar apapun musibah, segalanya bersulam rahmat. Biar apapun dugaan, hikmah disebaliknya janji Tuhan. Dalam tarbiyah kita bersatu. Jangan terlerai dek hawa nafsu. Satukan jari-jemari, rapatkan saf dan moga Allah memandang usaha kita.
Selamat Hari Lahir ke-20 sahabatku=)"
~Ummi Aqilah~

"Muslimah itu anugerah terindah dunia. Ia lembut namun tidak lemah. Mempesona namun bersahaja. Ia tahu bagaimana menjaga izzah dirinya. Ia mengerti bagaimana menjaga akhlaq dan kemuliaan. Itulah yang membuatnya istimewa dibandingkan wanita lain. Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata terindah di dunia. Semoga itu adalah kamu, aku dan kita semua...
Selamat Hari Lahir yang ke-20 buat sahabatku. Kepada roomate yang disayangi dan diingati, moga panjang umur dan murah rezeki serta mendapat keberkatan dalam hidup. Aminn.."
~Nur Atikah~

"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah.. Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, memerlukan air mata dan kesabaran.. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, jangan kita gusar pada anugerah Allah swt.. Anggaplah sesekali dugaan itu datang sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan... Renungkanlah wahai sahabatku..
Selamat Hari Lahir yang ke-20.. Moga panjang umur dan murah rezeki.."
~Sharifah Nur Wahidah~


Maka, yang diatas itu adalah antara sms2 yang telah saya terima pada hari ini. (Maaf tak tulis semua, sebab memang tak tertulis lantaran banyak sangat!! Huhu). Dan dengan itu, tujuan entri yang ingin diposting pada kali ini adalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih, thank you very much, dan syukran kathira kepada semua sahabat handai, rakan taulan, adik beradik, sanak-saudara, jiran tetangga dan semua kenalan yang sudi menge'wish' happy birthday kepada saya pada hari ini (Apa punya ayat daa.. ni nak kena dgn cikgu BM ni!! Huhu..) Terima kasih juga kerana mendoakan saya.


Ya Allah, masuk hari ini maka genaplah sudah umurku 20 tahun. Bertambah lagi umurku, maka selangkah lagi menuju maut.

Teringat akanku pada kata-kata sahabat yang amat terkesan dan berbekas dalam hati saya:
"Kita ni umur dah 20 lebih tapi masih 'terkinja-kinja'... Tengok Sultan Muhammad al-Fateh, umur 19 tahun dah takluk 20 buah negara, umur 23 dah dapat membebaskan konstantinople.."

Ayatnya mungkin melucukan.. (terkinja-kinja? huhu.. hebat sahabat saya ni ber'balaghah'), tapi sangat mendalam maksudnya... Apapun, saya seru pada diri saya sendiri dan orang lain, kita refleksi balik diri kita... Dan kita fikir kembali, apa sumbangan yang telah kita lakukan untuk ISLAM sepanjang hayat kita ni...

ALLAHU A'LAM

This entry was posted on Sunday, December 13, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 Tukang Komen

salam sanah helwa..buat adik yg tersayang..maaf la tak dapat nak message...kredit xde...apa pun kak ina sntiasa doakan aisyah dlm keredhaan ALLAH...ketahuilah yag 1..iaitu aku sentiasa bersama mu...selamat hari lahir ke-20

Post a Comment