Ada sesetengah orang yang memandang rendah pada buah pisang. Malah, ada yang tidak mengetahui khasiat pisang. Tahukah anda, pisang mampu memberi tenaga kepada kita secara berterusan?
Bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan kulit, makan pisang boleh membuatkan kulit muka tidak berminyak dan bersih.
Antara khasiat-khasiat pisang yang lain ialah:
1) Mengurangkan tekanan dan kemurungan
Protein di dalam pisang boleh mengembalikan mood baik. Individu yang murung pula akan lebih cepat ceria apabila makan pisang. Kandungan protein yang terdapat di dalam pisang membantu seseorang menjadi lebih tenang.
2) Mengatasi keletihan dan mengantuk
Kekurangan oksigen boleh menyebabkan seseorang mengantuk. Tetapi, dengan memakan pisang, seseorang boleh mengelakkan rasa letih dan mengantuk kerana di dalamnya terkandung bahan yang membantu untuk melancarkan perjalanan oksigen ke otak.
3) Menangani anemia
Anemia ialah sejenis penyakit akibat kekurangan sel darah merah. Zat besi yang tinggi dalam pisang merangsang pembentukan sel darah merah dalam darah. 4) Menstabilkan tekanan darah tinggi
Kandungan garam yang rendah dalam pisang dapat menstabilkan tekanan darah.
5) Membantu pembelajaran
Memudahkan proses pembelajaran dengan meningkatkan kecekapan, mencerdaskan otak dan menambah tenaga untuk berfikir.
6) Membantu penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi dalam pisang membantu menstabilkan fungsi usus kecil dan usus besar. Seterusnya melawaskan proses pembuangan air besar.
7) Mengawal berat badan
Pisang boleh dijadikan sumber karbohidrat untuk menggantikan nasi. Pisang mengandungi gula semulajadi yang tidak memudharatkan tubuh badan.
8) Mencegah ulser
Teksturnya yang lembut tidak mencederakan organ dalaman perut. Pisang juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.
9) Mengurangkan ketagihan nikotin
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang merupakan seorang perokok, ajak mereka makan pisang. Pisang mampu mengatasi ketagihan nikotin, seterusnya membantu mereka mengurangkan tabiat merokok.
10) Gigitan nyamuk
Selain buahnya yang berkhasiat, kulit pisang juga digunakan untuk mengurangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk. Jadi, anda tidak perlu membeli krim penyembuh gigitan nyamuk lagi!
Subhanallah..!! Hebatnya ciptaan ALLAH. Segala apa yang DIA ciptakan itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi, hatta sekecil-kecil benda. Kita sebagai hamba-NYA mestilah mengkaji, bukan mengaji jerr...
Hmmm... Satu pesanan saya, dengan kulit pisang ni kena hati-hati jugak... Terpijak? Boleh membawa padah!!! Haru-biru jadinya... Huhu...
Menjadi ibu Part 1
7 years ago