Mati itu Pasti, Ia Rahsia Ilahi...

Posted by: Ana Mursyidah in , ,

Bismillahirrahmanirrahim...

Mulakan segala sesuatu dengan nama ALLAH....

Dua hari yang lepas, saya sekeluarga mendapat khabar dari seorang budak yang baru balik dari solat Jumaat mengenai meninggalnya seorang Imam di kampung saya. (kebetulan ayah dan adik beradik lelaki saya solat Jumaat di masjid lain).. Ceritanya lagi, beliau pengsan usai memberi salam dan terus meninggal.

Teringat akan saya pada moyang saudara yang sakit suatu masa dahulu. Tok Wan tidak ke masjid untuk solat Jumaat kerana sangat tidak mampu untuk bergerak. Namun kewajipan untuk solat tetap diteruskan. Lantas, solat Zohor dilaksanakan di rumah dan sujud terakhirnya lama. Ya, lama yang teramat. Setelah diperiksa, ternyata Tok Wan sudah tidak bernyawa lagi......

Dari dua kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa sememangnya kita tidak mengetahui bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Pokok akan mati. Haiwan pun akan mati. Begitu juga dengan manusia, pasti akan mati suatu masa nanti..

Firman Allah s.w.t.
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya."
(Surah Qaf: 19)

MATI! Sememangnya ia rahsia Ilahi. Jika pengakhirannya baik, untungla kita.. Namun, bagaimana pula jika pengakhiran hidup kita adalah sebaliknya???

perjalanan hidup manusia di bumi Allah

Firman Allah s.w.t. lagi..
"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Munafiqun: 10-11)

PMR: Pelajar Autisme Catat Keputusan Cemerlang 9A

Posted by: Ana Mursyidah in ,

KUALA TERENGGANU: Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar penghidap penyakit austisme untuk mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan Mohd Daniel Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik itu turut dikongsi bersama adik perempuannnya Nurul Diana yang turut melakar kejayaan yang sama.

Mohd Daniel yang lewat setahun memasuki alam persekolahan, berjaya membuktikan orang kurang upaya sepertinya mampu bersaing bersama 243 calon di sekolah berkenaan sehingga sehingga muncul antara 130 pelajar cemerlang sekolah itu.

Menurutnya, dia hanya mengambil masa satu jam untuk belajar di rumah bersama adiknya yang turut belajar di sekolah yang sama, manakala selebihnya dia hanya menghabiskan masa di sekolah dengan mengikuti program dan kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

"Gembira dan bersyukur dengan keputusan yang saya dapat ini dan ini merupakan hadiah kepada kedua ibu bapa dan guru yang sanggup berkorban selama ini.

"Saya belajar sama dengan pelajar lain tapi saya sentiasa bersaing dengan adik perempuan saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan saya berjaya melakukannya," katanya kepada pemberita.

Daniel yang merupakan anak kepada wartawan sambilan New Straits Times Terengganu Zainuddin Mohamad, bercita-cita menjadi seorang pensyarah dan tidak berhasrat berhijrah ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu meneruskan pengajian di sekolah yang sama.

Ibunya Rozina Mohd Ikram, 41, yang sanggup berhenti kerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta di sini semata-mata untuk menjaga anaknya yang istimewa itu amat berbangga dengan kejayaan kedua-dua anaknya itu.

Katanya kejayaan itu merupakan hasil kerja keras guru selain sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan Daniel.

Rozina berpesan kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak berputus asa dan sentiasa beri sokongan kepada anak istimewa mereka.

Dalam pada itu, Terengganu meneruskan kecemerlangan dalam keputusan PMR

dengan seramai 1,962 calon (8.95 peratus)daripada 23,157 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperolehi keputusan semua A.

Keputusan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas apabila 1,746 (7.8 peratus) daripada 23,630 calon memperolehi semua A. - BERNAMA


nota mursyidah: Sebagai seorang bekas pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek, lebih2 lg sbg seorg bakal guru Pendidikan Khas, saya amat berbangga dgn kejayaan adik Mohd Daniel Zainudin !!! (^^,)/~

~ Bonus Hari Lahir ^^

Posted by: Ana Mursyidah in , ,

tut.. tut...

Seawal jam 2.08 pagi, bunyi ringtone memecahkan kesunyian dinihari menandakan ada mesej yang menerjah paparan telefon bimbitku. Lantas kubuka dan mesejnya kubaca......


SELAMAT HARI JADI!
Bonus akan tamat pd hari 20/12/2011.


Hehe.. lucu. Mesej dapat bonus belum kuterima, tetiba dapat mesej bonus akan tamat. Apapun, terima kasih buat celcom yang memberikan hadiah sempena hari lahir iaitu bonus panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu buat pelanggan2nya.

Ya, tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, genaplah sudah umurku 22 tahun. Sudah tua rupanya saya ni. Huhu.. Bukan nak poyo, tapi tarikh 13 Dis 2011 tu mmg tarikh yang cantik (>_<).......

13/12/11

Saya selalu mengharapkan akan ada kenangan yang manis pada tarikh yang cute ni. Ternyata, Allah makbulkan doa saya. TARBIYYAH dari-NYA!! Itulah hadiah yang terbaik dan teristimewa yang pernah saya dapat sepanjang 22 tahun sudah hidupku ini. Syukran buat individu2 yang menjadi wasilah untuk saya memperoleh tarbiyah dari-Nya...

Buat Siti Umairah Othman yang menggembar-gemburkan pada shbt2 yg lain, buat saya terharu je!! Apepun, thanks dear. Teringat kata-kata umai, "Haaa.. Birthday girl dah sampai." Mmg suprise. haha... Tak lupa buat sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih...

Hadiah dari x-rumet. Thanks ye!!
Sgt pinky. Hihi...


Terima kasih juga buat mak yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku. Anak mak ni memang keras kepala, kan?? Maaf atas segala salah silap anak mak yang seorang ni. Mohon untuk mak doakan yang terbaik untuk anak mak dalam segala macam hal dan moga anak mak ni jadi anak yang solehah.. AMINN....


Nota Mursyidah: Seronok dapat makan rambutan Johol kt umah Kak Ina dan dpt kenal umah Tia. Main bowling dan cerita Mak Cik Mazidah ttg ban pecah kat Kuala Kurau pun tetap dalam ingatan. Hihi... syukran buat semuanya, shbt2....

Dalam Sujud Cintaku

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...

Saat rasa sayu menjelma di kalbu, teringat akanku pada sebuah lagu. Lagu yang dijumpai tanpa sengaja di laman youtube. Terus hatiku tertambat seusai kali pertama mendengar lagu ni.. rasa sayu itu ditambah dengan perasaan sebak. Ya, sebak yg teramat...

[kredit]

DALAM SUJUD CINTAKU
Lagu: Abdul Halim
Lirik: Abdul Halim
munsyid: Halim Devotees



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah, dan..
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu
dalam sujud cintaku.

--> download..

~ Bermusafir.. & Kenalilah Sahabat Anda..~

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillah walhamdulillah... Moga pembaca blog amaljihad sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi sentiasa...

Pernah terfikir x, kerana apa burung terbang dlm formasi V???


Saya nampak ada mentol atas kepala seseorg. hehe.... nmpak chumil kan?? Ya, bukan setakat chumil, malah burung2 ni nmpak PANDAI..

Sebenarnya, burung terpaksa menghadapi rintangan angin yang tinggi apabila terbang di awan. Bilamana burung2 ni terbang dalam satu kumpulan, rintangan angin itu dapat dikurangkan. Burung yg berada di tengah2 dan paling depan tu pula adalah 'ketua', dan ia paling kuat menerima rintangan angin agar sahabatnya yg lain tak perlu menanggung kuatnya cabaran dan rintangan angin tu..

Huhh.. Beratnya pengorbanan seorang 'ketua'..


~ Menarik kan!! Ini salah satu perkongsian dari seorg shbt sewaktu sama-sama bermusafir, dari Bumi Hang Tuah --> Negeri Penyu.. Balik Kampung.. hoho...
Syukran, sahabat.. ^_^ ~


Errr, entry ni bukan psl burung ye, tapi nak cakap psl pengalaman bermusafir. hehe...
Pernah x bermusafir dengan shbt2? Kalu tanya saya, saya akan jawab "banyakkkk...." dari Melaka --> KL --> Perak --> Kelantan --> Trg.. Banyak la... Seronok sebenarnya bermusafir dengan sahabat2 ni. Dan dengan bermusafir bersama jgk bukan shj kita boleh buat perkongsian, malah boleh buat kita lebih kenal akan sahabat2 kita... ^^


gambar sekadar hiasan


Dalam bermusafir, kita menuju ke satu destinasi. Banyak perkara yg perlu ditempuh dan perlu diambil kira. Contohnya, minyak kereta, tol (kalau ada la) dan lain2 lagi.. Tu tak kira lagi kalau kereta rosak. huhu.. Then, kalau kita ni xblh bwk kete (mungkin xde lesen atau xpernah lagi ada pnglman memandu), ape peranan kita sewaktu shbt sdg memandu? Sanggup ke kita jadi penumpang lelap? Tidur aje sepanjang perjalanan. Bila brenti rehat, terus rehat. Bila sampai, ya.. dah sampai!!!

Tu analogi aje. Hehe.. Sori la kalu ada sape2 terasa.. Skrg, jom kita pindahkan analogi tu kepada kerja dalam suatu organisasi. hihiii... Dalam organisasi, msti ada matlamat yang kita nak capai kan?? So, nak capai matlamat tu, mcm2 kena buat.. Anjur program, pegi situ, pegi sini dan mcm2 lg lah. Nak sebut banyak pulak. Huhu... Dalam pada tu, byk cabaran dan dugaan yg datang menduga iman kita, menguji ukhuwah kita dgn shbt2. PEDIH.. PERIT..!!! Peranan kita sbg individu yg tergolong dlm organisasi tu...??? "Biarkan aja. Asal keja aku siap, sudah..." atau "Dia shbt aku. Aku kena bantu dia..." Hm.. Kita tergolong dalam golongan yg mana? <-- (sila pikir sendiri)


Berbalik kepada analogi bermusafir tadi, teringat sy pada satu cerita daripada seorg sahabat..

Ali dan Abu sama2 ke program. Ya, program penting ni..!! Ali pun tumpang kete Abu. Iye la, Ali xbeli lagi keta ;).. Lepas balik dari program tuu..........
Ali : Abu, ni duit..
Abu : Duit ape??
Ali : Duit minyak la. Aku kan dh tumpang kereta kau tadi. Tapi maaf, ni je aku mampu bagi.
Abu : Eh, tak payah la...
Ali : Mana boleh!! Kau dah sumbangkan kete. Aku nk sumbang apa???
Abu : Errr....

~ Anda tau apa kesudahannya?? Anda mampu fikirkannya sendiri.. ^^ ~


**********

Apepun, saya sayang shbt2 saya. Sayang sgt2.... Sy petik ayat uder a.k.a. amirah jaafar dari wall photos di FB

merindui teman-teman seperjuangan
bersama-sama kuat dan memperkuatkan
sinar ketenangan di kala keresahan
nyalaan kebangkitan di kala kelemahan
tiada lagi bicara panjang tentangmu
kalianlah tangga harapan
menuju puncak kebahagiaan
menggapai sakinah hakiki, RABBI..



monolog AJ: Mengarut skali skali xpe. Fikiran sedikit bercelaru.. Mungkin akibat daripada sindrom rindukan Tuti Ekolalia. huhu...

~ Wajah Baru ~

Posted by: Ana Mursyidah in

Alahai.. berhabuk!! bersawang..!!! Tiup kuat2.. sapu2...
Fuhh.. agak lama blog ni ditinggalkan.. sangat kesian.. huhu..

Bismillah walhamdulillah...
Sekian lama, menjengah tanpa di'sign in' walau sejenak.. ilham dan kekuatan untuk menggerakkan jari-jemari ini telah hilang suatu masa dulu. Namun, tetiba terdetik untuk kembali aktif menulis disini..

Kerana ape? Ada 3 sbb kenapa saya rasa nak menulis blog balik.. (3 sbb?? mcm maccaboy polkadot doughnut je. ngeh3...)

sebab yg pertama...
~Macam best je baca blog2 orang. Kita ada blog tapi bakpe la kita x aktif mcm org lain..

sebab yg ke-2
~Ada org tegur, "bila nk ber'blogging' balik..?" haha..

sebab yg ke-3
~yg plg paling penting, kita menuntut ilmu, tapi ilmu tu xbrape nak lekat, sebab kita x sampaikan pada org. Kayanya seseorg tu dgn ilmu, bila dia sampaikan dan kongsikan ilmu yg diperoleh tu dgn org lain. Huu..bahagianya jd kaya dgn ilmu...


Dgn sbb2 di ats, maka dgn rasa kembali bersemangat (moga2 istiqamah la), blog ni diperbaharui wajahnya. touch up & make up.. biar lawo sket. err.. lawo ke? huhu... boleh la..

Byk sebenarnya mahu dikongsikan.. lebih2 lagi bila dh nk jadi bdk tahun akhir ni. huhu.. Moga diriku tetap kuat dan sentiasa bertabah.. Walaupun 'mereka' telah meninggalkanku, namun Allah masih tetap bersama..

:. I Was Engaged (",) .:

Posted by: Ana Mursyidah in

"Saya dah bertunang! Saya dah bertunang!! Tapi saya tak tahu bila si dia akan mengahwini saya!! Tapi hakikatnya saya dah bertunang!!!"

"Dengan siapa saya bertunang? Adakah saya mengenalinya?? Saya tetap dah bertunang dengannya.

Untuk pengetahuan semua, saya telah bertunang dengan kematian..."

Kehidupan kita sehari-hari berlangsung dari detik ke detik tanpa kita sedari. Namun apakah kita tahu bahawa hari-hari yang telah kita lalui makin menghampirkan kita pada kematian?

Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita.. Sedetik masa berlalu, selangkah menuju maut..

Teringat saya pada firman Allah swt:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
Ini bermakna, tiap-tiap manusia yang hidup telah bertunang dengan kematian dan akan berkahwin jua dengan kematian, setiap orang!

Cuba kita imbas kembali saat seorang bayi yang baru dilahirkan dengan seorang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, kedua-dua mereka tidak mempunyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa untuk memberi nafas atau mengambilnya kembali.

Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru lahir dan seorang yang sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak punyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi nafas atau untuk mengambilnya kembali. Bilamana telah tiba saat kematian seseorang itu, maka dia tidak bolah untuk mempercepatkan atau melambatkan kematiannya walaupun sesaat atau sedetik.

Allah telah menjelaskan dalam kalam-Nya:

Katakanlah, “sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
(Surah al-Jumuah : ayat 8)

Ramai dalam kalangan kita yang ingin mengelak dari berfikir tentang kematian. Mereka lebih menyibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan dan ramai juga yang beranggapan kematian akan menjemput mereka setelah mereka tua. Oleh yang demikian, mereka masih mempunyai masa untuk berseronok sementara usia mereka masih muda. Apabila sudah tua, barulah bertaubat.. Itu yang mereka fikirkan. Ish! Ish! Betapa sempitnya pemikiran manusia sekarang. Inilah yang dikatakan ada ilmu tapi tidak mengamalkannya.

Tiada seorang pun yang tahu bila mereka akan mati. Siapa sangka malaikatul maut sedang meleretkan matanya ke arah anda sekarang!! Anda tidak boleh menjamin bahawa anda akan hidup selepas sejam dari sekarang. Bahkan siapa sangka bagaimana caranya anda akan mati. Mungkin dalam keadaan yang mengerikan, mungkin dalam keadaan husnul khatimah (insyaallah)
dan pelbagai lagi kemungkinan yang tak dapat anda bayangkan...

Seringkali kita melihat orang lain yang meninggal dunia diusung dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Namun berapa kerat saja yang mengambil iktibar dari kematian tersebut? Pernah anda fikirkan tentang ketika hari orang melihat anda yang mati dan mengusung keranda yang berisi jenazah anda ke tanah perkuburan?

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah berwaspada dan ingat bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amalannya semata-mata .

Wahai insan, bertaubatlah selagi mana pintu taubat masih terbuka luas untukmu. Kesali dan bertaubatlah atas dosa-dosamu yang telah kamu lakukan. Jangan nyawa sampai ke kerongkong baru mahu bertaubat. Kerana pada masa itu, pintu taubat telah tertutup buatmu.

Maafkan dosa-dosa saya pada kalian semua. Kiranya rohku bercerai dari jasad, mohon halalkan makan minum dan segala-galanya.