Mati itu Pasti, Ia Rahsia Ilahi...

Posted by: Ana Mursyidah in , ,

Bismillahirrahmanirrahim...

Mulakan segala sesuatu dengan nama ALLAH....

Dua hari yang lepas, saya sekeluarga mendapat khabar dari seorang budak yang baru balik dari solat Jumaat mengenai meninggalnya seorang Imam di kampung saya. (kebetulan ayah dan adik beradik lelaki saya solat Jumaat di masjid lain).. Ceritanya lagi, beliau pengsan usai memberi salam dan terus meninggal.

Teringat akan saya pada moyang saudara yang sakit suatu masa dahulu. Tok Wan tidak ke masjid untuk solat Jumaat kerana sangat tidak mampu untuk bergerak. Namun kewajipan untuk solat tetap diteruskan. Lantas, solat Zohor dilaksanakan di rumah dan sujud terakhirnya lama. Ya, lama yang teramat. Setelah diperiksa, ternyata Tok Wan sudah tidak bernyawa lagi......

Dari dua kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa sememangnya kita tidak mengetahui bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Pokok akan mati. Haiwan pun akan mati. Begitu juga dengan manusia, pasti akan mati suatu masa nanti..

Firman Allah s.w.t.
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya."
(Surah Qaf: 19)

MATI! Sememangnya ia rahsia Ilahi. Jika pengakhirannya baik, untungla kita.. Namun, bagaimana pula jika pengakhiran hidup kita adalah sebaliknya???

perjalanan hidup manusia di bumi Allah

Firman Allah s.w.t. lagi..
"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Munafiqun: 10-11)

This entry was posted on Sunday, December 25, 2011 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment