PMR: Pelajar Autisme Catat Keputusan Cemerlang 9A

Posted by: Ana Mursyidah in ,

KUALA TERENGGANU: Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar penghidap penyakit austisme untuk mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan Mohd Daniel Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik itu turut dikongsi bersama adik perempuannnya Nurul Diana yang turut melakar kejayaan yang sama.

Mohd Daniel yang lewat setahun memasuki alam persekolahan, berjaya membuktikan orang kurang upaya sepertinya mampu bersaing bersama 243 calon di sekolah berkenaan sehingga sehingga muncul antara 130 pelajar cemerlang sekolah itu.

Menurutnya, dia hanya mengambil masa satu jam untuk belajar di rumah bersama adiknya yang turut belajar di sekolah yang sama, manakala selebihnya dia hanya menghabiskan masa di sekolah dengan mengikuti program dan kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

"Gembira dan bersyukur dengan keputusan yang saya dapat ini dan ini merupakan hadiah kepada kedua ibu bapa dan guru yang sanggup berkorban selama ini.

"Saya belajar sama dengan pelajar lain tapi saya sentiasa bersaing dengan adik perempuan saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan saya berjaya melakukannya," katanya kepada pemberita.

Daniel yang merupakan anak kepada wartawan sambilan New Straits Times Terengganu Zainuddin Mohamad, bercita-cita menjadi seorang pensyarah dan tidak berhasrat berhijrah ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu meneruskan pengajian di sekolah yang sama.

Ibunya Rozina Mohd Ikram, 41, yang sanggup berhenti kerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta di sini semata-mata untuk menjaga anaknya yang istimewa itu amat berbangga dengan kejayaan kedua-dua anaknya itu.

Katanya kejayaan itu merupakan hasil kerja keras guru selain sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan Daniel.

Rozina berpesan kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak berputus asa dan sentiasa beri sokongan kepada anak istimewa mereka.

Dalam pada itu, Terengganu meneruskan kecemerlangan dalam keputusan PMR

dengan seramai 1,962 calon (8.95 peratus)daripada 23,157 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperolehi keputusan semua A.

Keputusan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas apabila 1,746 (7.8 peratus) daripada 23,630 calon memperolehi semua A. - BERNAMA


nota mursyidah: Sebagai seorang bekas pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek, lebih2 lg sbg seorg bakal guru Pendidikan Khas, saya amat berbangga dgn kejayaan adik Mohd Daniel Zainudin !!! (^^,)/~

This entry was posted on Friday, December 23, 2011 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment