Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 3

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...


Apa khabar buat semua sahabat, kawan dan pengunjung setia amaljihad. Harap baik semuanya. Iman apa khabar. Moga kita semua sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman dalam diri kita, Insyaallah...

Kali ni ingin sekali saya kongsikan pengalaman
School Based Experienced (SBE) atau dalam Bahasa Melayunya, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) siri 3 yang telah saya lalui selama seminggu bermula 7 Mac hingga 11 Mac 2010.

Jika siri 1 dan siri 2 saya berteman, maka kali ni saya cuba untuk berdikari. Ye lar, sorang-sorang je. Yang menariknya, buat kat sekolah tempat mak saya mengajar, SK Bukit Sawa. Hehe. Memang 'berdikari'.

Ni pagar depan SKBS

Kali ni tugasan PBS yang diberikan adalah berdasarkan subjek Pendidikan Jasmani, kena observe cikgu-cikgu yang mengajar subjek ni termasuklah mak saya sendiri. Tapi, awal-awal lagi mak saya dah pesan, jangan tengok dia mengajar PJ, tengok cikgu lain. Cikgu Amir ke, Cikgu Radillah ke, Cikgu Marzuki ke... Almaklumlah, bukan bidang dia. Sebagai seorang anak, saya akur. Huhu...


Memang satu cabaran apabila pada hari pertama saya ke SKBS, saya dimaklumkan oleh PK1, Puan Hajah Nor Afdzan bahawa hari Selasa hingga Khamis adalah hari untuk ujian bulanan. Maknanya saya cuma punya dua hari untuk selesaikan tugasan saya. Alhamdulillah, bagi saya dua hari tersebut cukup untuk saya mengumpul maklumat untuk tugasan saya.

Aktiviti yang menarik
Sesi P&P PJ bersama Cikgu Radillah Mustaffa


Sesi warming up
bersama Cikgu Amir dan murid2 tahun 1


Hari Selasa, saya dah terfikir-fikir apa yang perlu saya buat. Agak bosan tiada apa yang perlu dilakukan. Tapi best jugak rehat je. Tidur kat library ke. Huargh3... Namun akhirnya saya dipanggil oleh PK1. Kerana apa? Kerana beliau minta tolong ambil alih kelas beliau untuk mengawas peperiksaan. Huhu.. Tak kesampaian hajatku nak tidur =P


Kelas tahun 6. OK je lar. Budak-budak tiada masalah sangat. Kelas depan... Habis je jaga exam, PK1 panggil lagi. Beliau minta tolong untuk ambil alih semua kelas beliau sepanjang 3 hari berturut-turut lantaran kesibukan beliau yang teramat dan kerja yang bertimbun. Saya terima dengan redha dan bulat hati aje. Takkan nak bantah pulak. Ini bermakna semua sekali 5 kelas yang perlu saya masuk. Tengok jugak kelas, kot kena masuk kelas adik sendiri. Hmm, nasib baik tak ada!!


Murid tahun 5


Murid tahun 6 yang suka bergambar =p
All the best untuk UPSR tahun ni


Kadang-kadang bila fikir balik, seronok juga sebenarnya. Benarlah kata-kata 'Experience is The Best Teacher'. Baru saya dapat rasakan realiti sebenar di sekolah, dengan kerenah budak-budaknya dan macam mana saya sendiri nak control kelas. Paling tidak pun, saya dapat kenal generasi budak-budak sekarang. Sedikit sebanyak bagi motivasi untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun ni dan tidak lupa juga untuk murid-murid tahun 4 dan 5 yang tetap akan menempuhi UPSR pada tahun akan datang.

Buat semua pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang banyak membantu saya sepanjang saya menjalani PBS di SKBS, terima kasih banyak-banyak. Apapun, saya mengharapkan agar SKBS terus cemerlang dalam pencapaian akademik, Insyaallah.


amaljihad: Nekad, PBS siri 4 semester depan nak cari pengalaman di sekolah kat selatan pulak. Jom kawan-kawan!!!

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 2

Posted by: Ana Mursyidah in , ,


Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t....

Lima hari sudah berlalu, menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Tidak banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan PBS siri 1 dahulu di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing, Pendang, Kedah. Nama depan sekolah pun sama-sama ada 'padang'. Huhu...

pintu depan SKPM, Marang


Dari pentadbir sekolah, guru-guru hinggalah ke staf sokongan... semuanya OK, semuanya baik dan semuanya mesra alam serta banyak membantu.


Namun, dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada jugak masalah yang kami hadapi, iaitu murid-murid PKBP yang tak bermasalah sangat dari aspek tingkahlaku. Ini mendatangkan masalah kepada saya dan tiga lagi sahabat saya dalam mencari dan menganalisis tingkahlaku murid yang perlu kami kaji untuk tugasan PBS dan tugasan KKBI kami! Alahai....

Bergambar dengan sebahagian daripada murid PKBP...


Sepanjang lima hari ni juga, kami turut diamanahkan untuk menggantikan kelas aliran perdana berikutan terlalu ramai guru yang tiada di dalam sekolah termasuklah guru besar SKPM, Encik Abdul Raki bin Abdullah (Hari Khamis baru jumpa beliau). Dari darjah satu hinggalah darjah lima. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk menggantikan kelas tahun enam. Almaklumlah, UPSR kan dah dekat. Kami ni pulak baru guru pelatih tahun pertama!

Murid tahun 3


Agak mengejutkan bila 12 orang yang melaksanakan PBS di SKPM kali ni. Enam orang dari IPGM KPM, dua orang dari IPGM Kampus Ipoh, dua orang dari IPGM Kampus Perlis, seorang dari IPGM Kampus Raja Melewar dan lagi seorang dari IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Kalau dulu di SKPP hanya lima orang sahaja. Empat orang dari IPGM KPM dan lagi seorang dari IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Bakal guru PKBP. Insyaallah....


Secara keseluruhannya, PBS kali ni best. Lepas ni kena mengadap assaignment pulak. Huhu...



P/s: PBS siri 1 kat utara, PBS siri 2 kat timur. PBS siri 3 nak buat kat mane pulak? Hmmm...

Saya Nak Jugak!!!

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum buat semua pengunjung...
Moga kalian berada di bawah lembayung Ilahi sentiasa, AMINN...

Pada 11 Febuari yang lalu, Biro Kebajikan JPP telah mengadakan Kempen Menderma.. Derma apa??? Derma Darah.... Jadi, 'orang-orang' Hospital Besar Melaka pun datang lar ke kampus ni...


Pada mulanya, saya saja-saja je pergi Dewan Serikandi. Pergi menyibuk... Biasalar, sape tak kenal saya. Hehe.. Tak sangka semua pelajar sini sangat bermurah hati untuk mendermakan darah masing-masing. Kalau ikut anggaran penderma 100 orang. Tapi saya tak pasti berapa orang yang menderma darah pada hari tu..

Agak ramai yang ambil borang untuk derma darah. Saya pun ambik jugak. Asalnya nak cek darah jenis ape je... Nak derma tak cukup syarat. Hehe... Bila dah dapat tahu jenis darah dan hemoglobin, hatiku bagai ditarik-tarik supaya turut menderma. Nampak macam best je derma darah ni.. Darah ok... Hemoglobin pun cukup, 12.8 (kalau 12.5 mmg sah xboleh dah)..

Pastu ingat saje-saje je jumpa doktor, nak gi cek tekanan darah. Walaupun tekanan darah normal, tapi doktor tu tak menggalakkan saya derma darah.. sebabnya...... tak cukup syarat lar!!! Tapi kalau nak derma jugak, doktor pesan supaya terus balik dan berehat lepas derma. Huhu...

OK lar.. lepas dapat nasihat dari doktor, tanya pendapat kawan-kawan dan senior-senior pulak. Mereka pun nasihatkan agar saya derma lain kali je. Saya pun ikut lar nasihat mereka. Duduk-duduk tunggu Huda (classmate saya) yang sedang menunggu giliran untuk menderma. Ketika itu, hati saya masih berkira-kira. Saya bermonolog sendirian, "Apa salahnya kalau aku menderma sekarang? Susah nak dapat peluang ni... Hmmm...."

Jam sekarang dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aku menukar fikiran selepas hampir semua orang yang menasihati saya supaya tak menderma tadi, pulang ke kelas masing-masing. Saya tekad. Saya nak jugak derma!!!

Akhirnya, jadik juga saya menderma darah hari tu.. Walaupun agak pening-pening, takpe lar.. ni lar yang dikatakan pengalaman.

Kesimpulannya, experience is the best teacher. Yang lain-lain tu, fikir-fikirkanlah sendiri... Ngeh3...

Sekian dulu untuk hari ni...

Sekitar Kem Profesionalisme Pemimpin Pelajar SHAMS 09

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 8 hingga 10 Januari yang lalu, MPP dengan kerjasama alumni SHAMS telah berjaya mengadakan Kem Profesionalisme Pemimpin Pelajar SHAMS 2009. Kem yang dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli bin Abdul Rahman ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang.

Tak sangka rupa-rupanya sekarang SHAMS dah wujudkan lima badan pengawas iaitu Pengawas Disiplin Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Asrama Sekolah, Pengawas Koperasi Sekolah dan Pengawas Siber Sekolah selain Majlis Perwakilan Pelajar SHAMS.

Di sini saya sertakan beberapa gambar sekadar untuk kenangan.

Sebahagian daripada fasilitator muslimat



Peserta muslimat ketika slot riadhah


LDK ikut badan pengawas


"Aduh, kena penalti lagi," sesi treasurer hunt


syura, syura.. jangan tak syura...


"Waduh, kak.. malu lar saya. Takkan saya cari cacing pun nak ambik gambar."


sesi muhasabah


majlis penutupan. huhu..sedih nak abis dah...


Tahniah kepada semua pihak MPP SHAMS dan alumni kerana menjayakan kem ini. Tidak lupa pada pihak pentadbiran sendiri kerana memberi kepercayaan kepada kami pihak alumni SHAMS. Moga lepas ni kepimpinan di SHAMS akan lebih mantap, Insyaallah...

HIDUP SHAMS!!!

Ngepek Jap...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Redupnya pagi ini, seredup hatiku sebab satu-satunya adik perempuanku akan kembali ke asrama pagi ni. Maka tinggallah diri ini tiada teman disisi... (eceh, buat sedih plok)

Seawal jam 7 pagi dah berangkat menaiki kereta Toyota Unser merah yang dipandu oleh mak, menghantar Ina ke asrama SHAMS.. Gi awal katanya terlibat dengan pendaftaran penghuni asrama (nak buat gane, ngawas asrama lar katekan)..


---- Atas tu muqaddimah je. Wat sedap crite.. ke guane?? ---


Lepas tu terus pergi sekolah tempat mak saya mengajar, SK Bukit Sawa.. sebab mak pun terlibat dengan pendaftaran pelajar jugak, tahun 2 (tu pun cikgu lain mintak tolong. kita ni sesama manusia harus saling tolong-menolong). Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya jadi lar assistant mak saya. Tapi kali ni lagi advance.. Bukan assistant tapi macam dah jadi guru kelas betul ni sebab mak terpaksa control satu lagi kelas tahun3. Nak buat camne, dah guru kelas tu yang sepatutnya tak datang.. dah lar tak maklumkan pada mana-mana guru termasuk lar Guru Besar. (lepas ni bila saya dah jadi guru, saya kene bertanggungjawab pada keje2 yang telah diamanahkan pada saya)... Huisshh!!! Nervous sangat ni.. kalau ada mesin penghitung denyutan nadi, mesti kadar denyutan nadi saya waktu itu sangat dahsyat. Mungkin 37x sedetik. Hmm...

Nak dijadikan cerita, banyak jugak lar kerenah dan ragam para ibu bapa yang saya terpaksa hadapi. Yang lucunya, ada sorang bapa tu yang marahkan mesin fotostat sebab borang yang harus diisi tu dicetak dengan kurang jelas. (apalah dosa mesin fotostat tu. ish...ish...ish...).

Tak kurang ada jugak ibu bapa yang bertanya adakah pemakaian tudung itu wajib untuk pelajar tahun 2.. Huhu... Kadang-kadang bila teringat balik rasa nak menangis. Wahai ibu bapa sekalian, didiklah anakmu dengan ajaran Islam sedari kecil. Bila besar nanti baru jadi muslim dan mukmin yang mantap aqidahnya, yang tinggi akhlaknya.. Kita sebagai ibu bapa juga yang beruntung.. Tak gitu???

Satu yang buat saya bangga.. Semua ibu bapa yang datang daftar anak mereka tu, panggil saya 'CIKGU'... ada jugak lar perasaan bangga skit. Tapi sikit je lar. Tak banyak. (walhal nak jadi cikgu betu-betul tu kene tunggu lagi 4 tahun. Nge....)

Yang paling gua tabik spring ialah kat Guru Besar SK Bukit Sawa tu, Cikgu Ishak bin Salleh, PJK. (Pingat Jasa dan Keberanian.. bukan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Huhu...). Beliau sangat bagusl!!! Dia ronda satu sekolah lar kot, pantau keadaan hari ni.. Lancar ke tak.. Sekali masuk kelas yang saya jaga pendaftaran tu. Nasib baik dan kebetulan mak ada sekali dalam kelas tu. Kalau tak ape gua nak jawab kalau dia tanya (Saya buat salah apa nak takut-takut ni?? Hmmm...). Cikgu Ishak tu tengok semacam je kat saya ("Aku tak pernah tengok pun dia ni. Cikgu baru kot," kata Cg Ishak dalam hatinya..) (saya teka je.. lalala...). Lepas Cikgu Ishak tu tanya kat mak saya, saya ni siapa.. barulah mak saya bagitau siapa saya yang sebenarnya. (Ewahhh) Lepas tu siap gurau-gurau lagi. Mesra alam jugak Cikgu Ishak ni...

Bila dah abis waktu pendaftaran tu, baru saya tau yang Cikgu Ishak ni pun jaga pendaftaran pelajar, tahun 3 kot kalau tak silap (ganti guru kelas yang terpaksa gi jual barang kat koperasi). Wah!! Tabik spring gua pada Cikgu Ishak makin berspring. Hehe... Inilah dia Guru Besar dan pemimpin yang harus kita semua contohi dan teladani, terutamanya sape-sape yang bakal jadi guru tu... (mana tau nanti dilantik jadi guru besar).


So, banyakkan belajar dari pengalaman sebab pengalaman adalah guru yang paling bagus. Pengalaman juga mematangkan kita. Hurmm, tak tau dah nak ngepek mende. Fikir lar ape yang korang rasa patut fikir..