Mati itu Pasti, Ia Rahsia Ilahi...
Posted by: Ana Mursyidah in Kisah Tauladan, Peringatan buat diri, tazkiyatun nafsBismillahirrahmanirrahim...
Mulakan segala sesuatu dengan nama ALLAH....
Teringat akan saya pada moyang saudara yang sakit suatu masa dahulu. Tok Wan tidak ke masjid untuk solat Jumaat kerana sangat tidak mampu untuk bergerak. Namun kewajipan untuk solat tetap diteruskan. Lantas, solat Zohor dilaksanakan di rumah dan sujud terakhirnya lama. Ya, lama yang teramat. Setelah diperiksa, ternyata Tok Wan sudah tidak bernyawa lagi......
Dari dua kisah di atas, dapat disimpulkan bahawa sememangnya kita tidak mengetahui bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Pokok akan mati. Haiwan pun akan mati. Begitu juga dengan manusia, pasti akan mati suatu masa nanti..
Firman Allah s.w.t.
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya."(Surah Qaf: 19)
Firman Allah s.w.t. lagi..
"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Munafiqun: 10-11)

Di sebuah kampung, tinggal seorang tua bersama tiga anak lelakinya. Isteri beliau telah lama meninggal dunia. Anak yang pertama bernama ANIS, kedua bernama HARBEN dan yang bongsu bernama AMSAL. Harben, anak yang paling disayangi hingga tidak dibenarkan keluar rumah. Lelaki tua ini pun sayang kepada si Anis dan kadang-kadang dibawanya keluar rumah, ke pekan, ke penambang dan sekitar kampung. Tetapi anak bongsunya, Amsal, langsung tidak diendahkan sehingga anak itu terbiar dan merayau ke merata kampung. Tubuhnya kurus dan tidak terurus kerana tidak mendapat makanan yang berkhasiat.
Suatu hari, raja yang memerintah jajahan itu mengarahkan agar si tua menghadap di istana. mendengar perintah itu, lelaki tua berkenaan berasa susah hati melihat keadaan dirinya yang uzur. Beliau terpaksa mengayung penambang untuk ke istana raja. Kerisauan itu turut bertambah disebabkan tidak mengetahui kehendak sebenar raja itu.
Maka, beliau pun mendapatkan bantuan dari anak sulungnya, Harben. "Tolong hantarkan ayah ke pulau seberang kerana raja memerintahkan ayah menghadap, boleh nak?"
Harben menjawab, "Minta maaflah ayah, Harben tidak tahu jalan ke istana. Harben boleh hantar ayah sampai ke pintu rumah sahaja, ayah!"
Sedih hati si ayah mendengar jawapan anak kesayangannya itu. Si ayah pun meluahkan hajatnya kepada si Anis. "Tolong hantar ayah ke pulau seberang, Tuanku nak ayah menghadap. Boleh kan?"
Jawab si Anis, "Minta maaf ayah, Anis tak pernah keluar dari kampung ini dan tidak tahu bagaimana caranya untuk ke sana. Anis boleh hantar ayah sampai hujung kampung ini saja."
Bertambah sedih hati si ayah mendengar jawapan seorang lagi anak kesayangannya itu. Oleh kerana tiada pilihan lain, lelaki tua itu menemui si Amsal.
"Hei, Amsal! Tolong hantarkan ayah ke pulau seberang, ayah nak menghadap Tuanku."
Amsal menjawab tanpa alasan. "Baiklah, ayah." 
Harben menghantar ayahnya sampai ke pintu pagar rumah. Anis pula menghantar ayahnya hingga ke penambang. Kemudian, si Amsal yang menemani ayahnya menaiki perahu menuju istana raja.
Malangnya, ribut taufan melanda dalam perjalanan itu. Si ayah ketakutan melihat keadaan dirinya yang tidak sekuat dulu dan si Amsal pula kurus kering. Maka, dengan takdir Tuhan, mereka karam dan tenggelam dalam lautan itu.
***************
Oleh itu, dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini, jangan abaikan bekalan untuk kehidupan akhirat. Laksanakan apa yang wajib diikuti amalan sunat dan tinggalkan larangan Allah sepenuhnya. Berusahalah menjadikan diri kita sebagai hamba yang benar-benar bersedia menemui Allah Rabbul Jalil, suatu saat nanti...
~Sekadar Peringatan~
Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ini ingin sekali saya kongsikan satu artikel dari emel yang saya terima dari seorang sahabat. Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Bacalah wahai umat Islam yang berminat. (nyata tiada paksaan).
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun
saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… Janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “Saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Hm, suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak Cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka Pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain,” hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik, saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “Mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“Lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya
Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi,arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allahu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allahu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup
Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?
Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu
mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allahu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
Apa itu April Fool? Herm... Budaya barat? Practical Jokes? Ntah laa.. Tapi bukan sedikit yang turut meraikan April Fool's Day iaitu pada 1 April setiap tahun.
Pernah suatu ketika, seorang suami yang jahil tentang agama telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3 kepada isterinya dengan niat untuk melawak'. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool'! Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah jatuh!!!
Agaknya apalah sejarah April Fool nie hingga ada di antara masyarakat kita yang memberikan sambutan hangat terhadap hari April Fool ini? Herm.. Mari kita sama-sama renungkan kisah di bawah ini...

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya.. Lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, kita sebagai umat Islam turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari kita sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam kita sendiri..!!
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Amin....
Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar kata-kata Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apa katamu wahai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang aku menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Lalu wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan aku mempunyai dua orang anak yang boleh bermain dan yang satu masih menyusu. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu."
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya hingga habis melecur kulitnya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain. Maka, dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.
" Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimana kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun dengan mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, suatu cerita yang dapat dijadikan contoh tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan dalam agama dalam segala macam perkara dan ianya harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah apabila setiap kali ditimpa musibah dan dugaan oleh Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith Qudsi:
"Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah bersabda:
"Tiga macam tanda kekafiran terhadap Allah iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda baginda lagi:
"Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan Jahiliyyah dan orang yang mengeluh jika mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."(Riwayat Imam Majah)
Koreksi Diri : Mesti Baca Nihhh....
Posted by: Ana Mursyidah in Kisah lawak dan lucu, Kisah Tauladan
Kali ni saya nak bercerita tentang satu kisah lawak kepada semua pengunjung
setia dan tak setia yang berkunjung ke teratak amaljihad ni. Kalau kalian fikir kalian masih Islam, teruskanlah pembacaan anda. Kalau tidak, Allah swt saja yang tahu...
Tolonglah ambil masa 5 minit untuk membaca kisah ni. Kalau lebih lima minit tu bukan membaca lar tu, tapi mengeja... heheh ;-)
Bayangkan perkara ni terjadi pada diri anda... Suatu hari di sebuah masjid yang gah, besar, cantik, indah dan bergemerlapan dengan cahaya, pada waktu solat Isya' yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang jemaah. Sedang para jemaah mula bersiap-siap untuk mendirikan solat Isya' berjemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa pun, cuma dua biji mata mereka sahaja dan mereka berdua tu membawa senjata mesin-gun. Lalu salah seorang daripada dua lelaki itu bertempik...
"SESIAPA YANG SANGGUP MATI KERANA ALLAH SILA BERDIRI DI TEMPAT KAMU!!!"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka topeng yang menutupi mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam seraya berkata, "OK Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Isya'."
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah yang kembali membuat saf untuk meneruskan solat Isya' seperti sediakala... Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur anda fikirkanlah...
- Memang lawak, kan? Dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul membuktikan mereka beriman...
- Lawak, kan... Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh jemaah tu. Tapi iman mereka amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang-pukang. Dah lupa dia tak solat Isya' lagi...
Sahabat sahabiah, muslimin dan muslimat sekalian,
Dalam kehidupan kita memang banyak perkara yang lawak kita lakukan. Barangkali melucukan kita. Tapi sebenarnya perkara itulah yang merugikan ISLAM. Lemahnya belia Islam sekarang kerana rapuhnya iman dan ruh Islam dalam jiwa mereka. Kita bagaimana? Adakah sama sahaja seperti jemaah yang cabut lari tu???
there is no word for surrender...
There are only two things;
WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID...
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.
Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam magkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur dan kopi," jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu, dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa ertinya semua ini, ayah?"
Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang sangat panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau manghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?" tanya ayahnya
Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita adalah lobak yang
kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan?
Atau apaka
h kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang
menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
---> Cerita ini mengingatkan saya pada Cikgu Normi, cikgu Fizik yang pernah mengajar saya ketika di menengah atas suatu masa dahulu. Pesan beliau,
"Jadilah seperti biji kopi, apabila masuk dalam air panas, biji kopi yang mengubah air panas tersebut. Tapi jangan jadi seperti telur, bila masuk dalam air panas, telur berubah menjadi keras."
Terima kasih cikgu. Kata-kata cikgu ini akan saya pegang sampai bila-bila, Insyaallah.
Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak.. "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan.. "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya, "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."
Semoga menjadi teladan buat semua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Teringat saya pada sebuah kisah yang entah di mana, bila dan dengan siapa saya membacanya... Sebuah kisah yang agak menarik dan kisah ini menunjukkan sifat umat Islam sekarang. Jika anda semua masih mampu untuk meneruskan pembacaan anda, bacalah tengan teliti dan fahami betul-betul apa yang yang ingin disampaikan sebenarnya...
Begini kisahnya...
Tersebut alkisah 20 tahun duluuuu... Kisah seekor chief setan yang merayau-rayau untuk melihat para-para setan gondol membuat kerja. Sampai di suatu tempat, chief setan ini bertemu dengan setan junior lalu bertanya lar ia kepada setan junior ini.
Chief setan : "Lo, amacam kerjo kamu?"
Setan junior : "Kene kerja kuat kat sini, boss. Semua orang kuat agama, semua orang kuat sembahyang, puasa pun diaorang rajin..."
Chief setan : "Ok, aku mau kamu kerja lagi.. Mesti mau kerja keras lagi..."
Setan junior : "OK boss, arahan diterima."
Lalu chief setan itu pulang ke istananya...



