Antara Sabar dan Mengeluh

Posted by: Ana Mursyidah in

Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar kata-kata Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apa katamu wahai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang aku menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"


Lalu wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan aku mempunyai dua orang anak yang boleh bermain dan yang satu masih menyusu. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu."

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya hingga habis melecur kulitnya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lai
n. Maka, dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.

" Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimana kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun dengan mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianla
h cerita di atas, suatu cerita yang dapat dijadikan contoh tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan dalam agama dalam segala macam perkara dan ianya harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah apabila setiap kali ditimpa musibah dan dugaan oleh Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith Qudsi:

"Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah bersabda:
"Tiga macam tanda kekafiran terhadap Allah iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabda baginda lagi:
"Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan Jahiliyyah dan orang yang mengeluh jika mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah, Insyaallah...

SABARLAH DALAM MENUNTUT ILMU
SEMENTARA USIA MASIH MUDA
SEMENTARA HIDUP MASIH BERNYAWA...


This entry was posted on Sunday, March 14, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment