Adakah anda tahu, amalan meminum secawan air teh "o" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? Insyaallah jika anda rajin mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan...
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan amalan-amalan seperti:-
- Mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
- Rasulullah mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya dijauhkan daripada penyakit, Insyaallah.
- Waktu solat Subuh digalakkan untuk kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak daripada sakit kepala atau migrain. Para saintis telah menemui kesan daripada sujud di mana beberapa milimeter ruang udara di dalam kepala kita tidak dipenuhi dengan darah dan dengan bersujud, darah akan memenuhi ruang ini.
- Jangan makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti dengan sains kerana badan ayam yang mengandungi ion (+) dan ikan mengandungi ion (-). Maka, suapan ayam bercampur ikan akan menghasilkan tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
- Nabi turut mengajar umatnya makan dengan tangan dan menjilat jari sesudah makan. Ini kerana enzim yang terdapat di celah-celah jari lebih banyak 10 kali ganda daripada yang terdapat di dalam air liur dan ini akan mempercepatkan lagi proses penghadaman.
Wallahu a'lam.
Sebar-sebarkanlah...
Sebelum ini, banyak yang saya dapat tahu dari orang lain (lisan @ pembacaan), tentang bahayanya air pepsi, coca cola, 100plus dan segala macam jenis air yang berkarbonat. Kata mereka, boleh menghakis daging. Siap ada yang cakap, air coca cola tu boleh buat cuci tandas. Hmm.... hebat tul air berkarbonat!!
Berlegar-legar satu persoalan di kepala otak saya, apa yang akan terjadi kepada daging manusia kalau minum air berkarbonat? (lantaran saya begitu menggemari 100plus)... Lalu satu kajian saintifik dibuat bersama salah seorang rakan kongsi @ rakan seperjuangan, mengenai kesan pepsi twist, 100plus dan air kosong ke atas daging... Bukan daging manusia tapi daging lembu.Huhu...
Hipotesis Awal : Air berkarbonat akan menghakis daging.
Pembolehubah;
dimanipulasikan : Jenis cecair
bergerak balas : Sifat fizikal daging
dimalarkan : Kuantiti daging & isipadu cecair
Ini dia daging di awal eksperimen...
Lepas 5 jam, inilah hasil pemerhatian merangkap keputusan eksperimen...
Kesimpulan akhir:
Tengok dalam bekas B dan C. Airnya berubah menjadi keruh. Kerana apa? Kerana airnya sudah bercampur dengan cebisan daging yang terhakis. Tengok dalam bekas A pula. Memang airnya merah kerana darah tapi jernih je. Daging pula, makin cantik!!
Memang betullah air berkarbonat menghakis daging. Daripada kajian ini, isipadu air yang digunakan hanya sedikit. Boleh dikatakan seteguk sahaja. Bayangkan kalau kita minum air berkarbonat tu sebotol sehari, apa yang akan terjadi pada kita. Ish..ish..ish... Lepas ni jangan lar minum air berkarbonat. Lagipun, pepsi dengan coca-cola kan kena boikot.. tak gitu?
p/s: Kalau orang yang demam campak, doktor akan menggalakkan supaya minum dua botol besar air 100plus. Apa kandungan dalam air tu yang dapat menyembuhkan demam campak? Hmm, kena kaji lagi ni pasal 100plus. (macam tak puas hati je. Hehe....)
Dalam sepotong ayat al-Quran, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
"Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu..."(Surah al-Hijr : ayat 22)
Dalam ayat ini dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke-20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan. Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus dengan diameter sekecil satu daripada beratus milimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratanm elalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi.
Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap di sekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan hujan tidak akan wujud. Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat al-Quran, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi...
Ketika Tuhan menyatakan dalam al-Quran bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;
"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusunnya (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna."(Surah al-Qiyamah: 3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di atas muka bumi ini mempunyai satu set cap jari yang unik dan setiap orang adalah berbeza.
Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang ekslusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan diri di seluruh dunia.
Tetapi apa yang lebih penting ialah, ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir k
urun ke 19. Sebelum itu, manusia menganggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam al-Quran, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat tumpuan kita kepada kepentingannya sebagai satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini. 
Satu daripada sifat-sifat laut yang kini baru ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Quran sepertimana berikut;
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."Sekalipun larut bersama-sama, lautan mempunyai satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain seolah-olah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.(Surah ar-Rahman : 19-20)

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceonographi, fenomena ini telahpun dinyatakan ketika Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

