Kesan Pepsi & 100plus Ke Atas Daging

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Sebelum ini, banyak yang saya dapat tahu dari orang lain (lisan @ pembacaan), tentang bahayanya air pepsi, coca cola, 100plus dan segala macam jenis air yang berkarbonat. Kata mereka, boleh menghakis daging. Siap ada yang cakap, air coca cola tu boleh buat cuci tandas. Hmm.... hebat tul air berkarbonat!!

Berlegar-legar satu persoalan di kepala otak saya, apa yang akan ter
jadi kepada daging manusia kalau minum air berkarbonat? (lantaran saya begitu menggemari 100plus)... Lalu satu kajian saintifik dibuat bersama salah seorang rakan kongsi @ rakan seperjuangan, mengenai kesan pepsi twist, 100plus dan air kosong ke atas daging... Bukan daging manusia tapi daging lembu.Huhu...


Hipotesis Awal : Air berkarbonat akan menghakis daging.

Pembolehubah;
dimanipulasikan : Jenis cecair
bergerak balas : Sifat fizikal daging
dimalarkan : Kuantiti daging & isipadu cecair


Ini dia daging di awal eksperimen...




Lepas 5 jam, inilah hasil pemerhatian merangkap keputusan eksperimen...



Kesimpulan akhir:
Tengok dalam bekas B dan C. Airnya berubah menjadi keruh. Kerana apa? Kerana airnya sudah bercampur dengan cebisan daging yang terhakis. Tengok dalam bekas A pula. Memang airnya merah kerana darah tapi jernih je. Daging pula, makin cantik!!

Memang betullah air berkarbonat menghakis daging. Daripada kajian ini, isipadu air yang digunakan hanya sedikit. Boleh dikatakan seteguk sahaja. Bayangkan kalau kita minum air berkarbonat tu sebotol sehari, apa yang akan terjadi pada kita. Ish..ish..ish... Lepas ni jangan lar minum air berkarbonat. Lagipun, pepsi dengan coca-cola kan kena boikot.. tak gitu?



p/s: Kalau orang yang demam campak, doktor akan menggalakkan supaya minum dua botol besar air 100plus. Apa kandungan dalam air tu yang dapat menyembuhkan demam campak? Hmm, kena kaji lagi ni pasal 100plus. (macam tak puas hati je. Hehe....)

This entry was posted on Wednesday, April 29, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 Tukang Komen

uih...bahaye nye minuman berkarbonat ni...

[+] bila Aisyah buat eksperimen ni?

baru je..

28 April 2009. Masa malam Ceramah Astronomi tu. Berpakat dengan Kak Muhaini.

100 plus ni minuman isotonik.
*Isotonik-kepekatannya sama/hampir sama dgn kepekatan bendalir badan.

Bila diminum, kadar penyerapannya ke dalam badan lebih cepat berbanding air kosong. Sbb tu dr sarankan minum bila demam. Skrg dah ada 100 plus edge. xda karbonat.

saya mang gemar 100plus ngan air aquarius..

Post a Comment