Buku Oh Buku...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Sasaran dah tercapai. Empat jam berada di dalam bangunan yang serba indah PWTC, akhirnya sepuluh (10) buah buku berjaya menjadi milik saya. Walaupun agak banyak buku-buku lain yang menjadi sasaran yang tidak ditemui, namun cukuplah setakat sepuluh (10) buah ini dulu. Lagipun, faktor kewangan sememangnya menjadi faktor utama. Lagipun, mana mungkin saya boleh menghabiskan kesemua buku-buku ini dalam masa yang singkat. Sememangnya akan mengambil masa. Antara buku-buku yang berjaya menjadi milikku pada hari ini:

  • Abu Ubaidah Penakluk Parsi
  • Salahuddin Al-Ayubi Penakluk Jerusalem
  • Haji Muda
  • Turki: Negara Dua Wajah
  • Aku Terima Nikahnya
  • Bercinta Hingga Ke Syurga
  • Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada
  • Ketika Cinta Berbuah Syurga
  • Kisah Cinta Dalam Al-Quran
  • Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Statistik mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia membaca hanya dua (2) helai buku setahun. Jika nak dibandingkan dengan rakyat Amerika yang membaca sebuah buku dalam masa dua (2) hari. Apa faktornya? Adakah kerana nilai buku di Amerika jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia? Ahh!! Wang bukan menjadi alasan dan halangan. Yang penting keinginan dan kemahuan. Ilmu mesti dicari, bukannya datang bergolek sendiri atau jatuh dari langit. "Tepuk dada tanya iman".

Sekadar peringatan buat pengunjung terutamanya sebagai motivasi kepada diri sendiri.



P/S: Teruja dapat bertemu dengan penulis novel 'Ayat-Ayat Cinta', Habiburrahman El-Shirazy dan A. Samad Said. Hmm, lepas ni nak habiskan semua buku-buku tu. Tapi kena lar pulun assignment dulu. Huhu...

This entry was posted on Sunday, April 26, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Tukang Komen

bagus Aisyah...
saya hanya membeli 9 buah buku sahaja.
Nanti boleh lah membuat entri tentang salah satu drpd buku2 tersebut dlm blog ini.
Selamat menyiapkan tugasan kerja kursus :)

terima kasih kak farhana.. Insyaallah dalam proses buat tugasan.

pasal buku tu, kuantiti tak penting. tapi yang penting pembacaan dan tahap kefahaman.
Insyaallah ada masa, aisyah buat entri ttg buku2 tu..

Syukran kathira atas sokongan akak.

Post a Comment