Kursus Bina Negara Mahasiswa @ Kursus Kepimpinan JPP?

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemankan 'roomate' yang lena diulit mimpi. Jari-jemariku masih rancak menari-nari di 'keyboard laptop' kesayanganku ini. Sesekali terkejut dengan igauan 'roomate'. Mungkin agak letih dan penat.

Penat dan letih... Itu juga yang saya rasakan sekarang ini. Ditambah pula dengan sakit-sakit di badan pula masih menyucuk-nyucuk diri ini. Namun, kerja-kerja biro yang tertangguh harus diselesaikan supaya perjalanan program yang dirancangkan tetap berjalan lancar. Inilah tarbiyah. Melatih mental dan fizikal supaya tetap segar walaupun perasaan ingin berehat akibat kepenatan menguasai diri.

3 hari 3 malam berada di Taman Negeri Endau-Rompin. Macam-macam peristiwa yang dialami, bermula dari pemergian hingga kepulangan dari sana. Selasa, 22 April 2009 merupakan perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Agak ramai yang mabuk... Mabuk bas yang begitu teruk. Entah kenapa. Mungkin stuktur bas yang 'longgar' atau m
ungkin juga kerana kedudukan mereka yang berada di atas tayar. Walaupun begitu, tiada apa dan siapa yang perlu dipersalahkan.

Di sana, diri ini mula keliru... Mana satu yang betul? Ini Kursus Kepimpinan JPP atau Kursus Bina Negara Mahasiswa BTN? Apepun, pesan kak huda a.k.a. YDP JPP, ambil apa yang berkaitan dengan kepimpinan saja sepanjang kursus ni. Yang lain tu, tinggalkan je. Hmm, faham-faham aje lar...


Namun, sepanjang kursus ini, apa yang paling berbekas dalam diri ini ialah aktiviti berkayak. Sememangn
ya menguji mental, fizikal dan emosi. Melawan arus... Itulah faktor utama yang menyukarkan perjalanan untuk tiba ke destinasi. Kalau fizikal, mental dan emosi tak kuat dan tak stabil, agaknya tak sampai lar kot. Inilah yang penting bagi seorang pemimpin untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Perlu kekuatan fizikal, mental dan emosi apabila berhadapan dengan masalah, bukannya lari daripada masalah.

Kursus Kepimpinan @ Bina Negara Mahasiswa...


Apepun, terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kursus ini... Buat pihak BTN iaitu Kak Nadia, Kak Hanum, Pak Abu, Pak Nasir, dan semua fasilitator terutama Kak Sabrina selaku fasilitator kumpulan 1. Tidak lupa pada pensyarah penasihat iaitu Ustaz Salam dan Cikgu Noryani, Kak Husna serta semua JPP IPGM-KPM.



p/s: perkataan glemer kursus kali ni... 'dan sebagai dia'. Hehe...

This entry was posted on Friday, April 24, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment