"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta sebab cinta itu kurniaan yang indah oleh Allah. Tapi jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sejak azali..."
"Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan.
"Tapi aku akan terlalu sedih jika kau lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah, sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."
Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangkakan.
Malam itu lama aku bermunajat dan berteleku di atas tikar sejadah. Kalam mulia itu kembali inti dibibir. Tidak hanya sekadar meraung seperti kebiasaannya. Malam itu menyaksikan air mata lelakiku tumpah jua akhirnya biarpun ia bukan yang pertama. Tapi kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan dan kedaifan diri ini...
Serasanya, itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh, mendambakan cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku.
Dialah yang menyedarkan aku. Tapi aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyanpaikan ucapan terima kasihku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.
Benar. Kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon pada-Nya moga akulah calon soleh untuk meraih cinta-Nya yang abadi.
Kepada sepupuku, Mardhiah Alias.. terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit namun kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih buatmu kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku terus hanyut dan takkan mengenal hakikat diri.
SMS Husna kubalas... "Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t..."
Aah, biarkan saja apa kata perempuan itu..!!! Bukan awak yang merasa pedihnya hati ini. Mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu. Cuba kena pada batang hidung sendiri, meraung dibuatnya...!
"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut. Tengok keadaan awak, konon-konon bercita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang! Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"
Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah Opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hamburan kata-kata itu.
"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali Penciptamu, benar bukan? Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu benar-benar berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!!!"
Aku mencebik dan tersenyum sinis.
"Kau tidak percaya!? Lihat sahaja dirimu itu.. Mengalahkan ayam mati bini!!"
Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sahlah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Setahun aku mengayam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif pada bicaraku, menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar bagi aku untuk menerima hakikat itu. Dan inilah habuan yang aku terima. Pelajaran yang entah kemana, kehidupan yang tidak terurus. STAM yang bakal menyapa tidak kurang dari dua bulan lagi dan aku tidak menjanjikan pada keluargaku bahawa kejayaan bakal kuraih. "Kau terlalu naif!" Aku tersentak. Benarkah???
"Lihatlah wajah-wajah abahmu, ummimu dan lihatlah dengan mata hatimu... ISLAM!! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musuh Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka sangat takutkan semangat dan roh jihad yang ada pada kita orang Islam! Tapi lihatlah jihadmu sudah terkulai layu. Kau takkan mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu.." mendatar kalimah itu.
"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan kalamuLLAH itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu,
keluargamu dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhluk-Nya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu."
Aku meneliti bait-bait kata yang terlontar...
...BERSAMBUNG...
Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya, dia pasti akan kembali kepadaku. Benar teman, kini dia kembali!
"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan...". Ya, aduhai! kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih!! Nak kata ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu! Disapa oleh sepupu yang kukira paling 'bengkeng', garang dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.
Ini semua Angah punya pasal! Dicanangkan seluruh family ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat! Mahu rasanya disumpah Angah menjadi katak yang paling hodoh!!! "Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ke? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana."
Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untukku menjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya, kau menang!!! Akurkah aku dengan setiap patah kata-kata yang begitu melukakan hati... Tapi sukar untukku nafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar, aku insan dhaif yang lemah... Lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu....
"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata."
"Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo dan Juliet, atau Laila dan Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?"
"Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati!!? Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal bin Rabah dan seindah kasihnya Handzalah."
Bisa benar kata-kata mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati!!? Benarkan telahan gadis itu?
Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku semenjak bergelar mahasiswa IPTA utara ini. Bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini.
Malah bukan perkara yang ajaib jika tidur pun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai... Tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1 minit sehari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami.
Serabut??!!! Tapi, berkat kesabaran, ketidak jemuan menapak ke aras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyumku tanda puas. Syukur ya Allah...
Menerima SMS tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan lewat 2 hari lalu, sedikit sebanyak membuatku terganggu. 
"Apa khabar Zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNYA. Maaf, sekiranya SMS ini mengganggu. Masih ingatkah Zaid pada Husna?"
Husna. Mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, Maahad Johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas ku atur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.
"Zaid, maafkan Husna. Husna masid menyayangi Zaid. Perasaan Husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas....."
Aku tersenyum membaca SMS yang kedua. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang!
...BERSAMBUNG...
Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera....
Tajuk di atas adalah berdasarkan kepada permintaan dari seorang sahabat yg telah kembali kepada Islam..mungkin terasa jodohnya sudah hampir tiba tapi masih bimbang seandainya dia menggunakan cinta di jalan yang salah. Saya juga terpaku bila dia tanya soalan ni. Maklum saja, perkara ni macam biasa je berlaku pada masyarakat sekarang. Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat tak tau pun benda cintancintun ni betul ke salah. tak tau kalau betul lagu mana..kalau salah pulak kenapa...
Tengok aje keliling masyarakat kita. Kat sana bunyi org rogol, sini kawin lari, situ buang anak...doh la, takut pulak nk sebut banyak2. kenapa agaknya semua ni boleh terjadi? Betul tak kalau agak2 saya la sebab org tak kenal hukum hakam? Saya bukan org yg pandai bab hukum, jauh sekali mempunyai pengetahuan yg mendalam dalam bab ni, cuma sekadar nk berkongsi bacaan. Artikel ni saya dapat dari email juga tapi dia pun forward dari mana saya pun tak pasti...Hopefully ayat mudah saya boleh membuatkan kita sama2 faham ye..tak banyak, sikit pun takpe..
Realiti Ummat
Persoalannya adakah Islam membolehkan kita bercintan-cintun ni? Bagi mengatasi masalah ni, kita kena kaji dulu faktor terjadinya cinta-cinta ni...PERGAULAN BEBAS..betul tak? Macam mana pulak PERGAULAN BEBAS ni terjadi? Sbb sistem kapitalisme yang kita agungkan...Ops, kalau nk cakap lebih2 hal ni, dah luar kemampuan saya....SBB contoh dalam satu rumah, ketuanya ayah tak larang ahli dalam umah buat salah, camne agaknya isi rumah tu??? Fikirkan...
Kenapa terjadinya perasaan tertarik antara sesama lawan jantina? Nilah namanya FITRAH manusia yang mempunya naluri utk mengadakan keturunan. Makanya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi fitrah ni.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk bedua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”.
Sabda Baginda lagi:
“Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia. Tsauban bertanya:Ya Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka mengganggu kehormatannya” ..
Dari dua hadis di atas, walaupun kita ni jenis kuat beribadat ke tapi tak jaga pergaulan maka adui la....takut rasanya sbb skang ni mcm berleluasa sgt bab campur gaul ni...uhuk....Yang tak best tu kalau kita tegur, "Takleh ni dik, duduk berdua2an gini.." Dengan konfiden je dia marah kita pulak balik.. Ramai yang akan tidak bersetuju apa taknya dah takleh nk dating2, takleh nak gesel2, takleh nk pegang2, takleh nk manja2....THAK KHUASHE!!!
Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu
Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.
Nampak ke beza antara dua ayat di atas... Acu baca berulang kali, kot la faham. Takpun cuba faham dgn cara ni... Nota A tu bermaksud nya lebih kurang perasaan tu adalah fitrah. Fitrah yang dah ALLAH ciptakan dalam diri kita.
Firman Allah SWT:“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita..” [TTQ Al Imran : 14]
Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya..
Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina.
Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:
“Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya…”“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung (khimar)…”
Jadi jelas tak apa yang difirmankan tu? Saya bukan nak mentafsir ayat ni tapi ada baiknya perhatikan isi kandungannya :
a. Menahan atau menundukkan pandangan, dlm erti kata lain tengok sampai naik perasaan syok gitu....he he, kang ade pulak yang tunduk pastu tengok2 mata dia bukan main lagi jeling kat bucu mata...yang ni tak masuk dah bahagian menundukkan pandangan, tapi dah juling ni he he....
b. Menutup aurat. Kalau masuk bab tutup aurat, org laki pun pakat2 la tuding jari kat org perempuan kan? Kena la faham ye, org laki pun ada auratnya juga tau. Kenapa ya skang ni org kata kalau pakai tudung tu mcm org kuno je? Padahal seseorg tu akan selamanya berdosa selagi tak tutup aurat..Dan ada pulak yg pakai tudung dah rasa cukup je tutup aurat, tapi pakai baju ketat tu hingga takde lekuk yang tak nampak....
Skang ade pulak yang tanya, pastu mcmne nak kenal dgn calon pasangan kalau tak cintan cintun, tak dating2, tak peluk2....Sebenarnya ini hanyalah dalih utk membolehkan kita bercinta sebelum kawen. Adakah hanya dengan jalan ini sahaja kita dapat memahami peribadi seseorang?
Penyelesaian
Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya (sekiranya berlaku pertemuan).
Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.
Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Konsep pertunangan juga adalah suatu aqad di antara lelaki dan perempuan untuk melanjutkan hubungan dengan menikah di suatu masa kelak. Aqad ini hendaklah dengan kesungguhan dan bukannya sekadar suka-suka semata.
Cuma kekadang dalam suasana masyarakat kita pada hari ini telah mencampuradukkan konsep pertunangan ini dengan masalah uruf (adat). Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan menyempurnakan dengan meminang.
Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang (pertunangan) itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai pasangan suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana ke mari tanpa mengenal batas melainkan sebagai tanda ikatan untuk akan bersama kelak.
Berhubung dengan tindakkan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah SAW telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah Ibn Syu’bah:“Pergilah dan lihat dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua”.
Khatimah
Sekarang, BERSEDIAKAH KITA MENJADI ISLAM DGN SEBENAR2NYA ISLAM? Kerana dalam Islam, perkara yang haram confirm haram... Banyaknya perceraian bukan suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. BERSEDIAKAH??????
sumber artikel : dipetik dari emel salah seorang sahabat saya yg sekarang ni sdg belajar di UDM. Syukran kathira ya ukhti...
