Suatu Kisah Jejak Kasih...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Buat semua tatapan pengunjung teratak amaljihad...
Selamat Hari Raya Eidulfitri walaupun hari ini sudah menginjak ke 22 Syawal 1430H...


Kian lama tidak bersua muka, akhirnya pada tarikh ini, dapat juga saya bertemu salah seorang dengan sahabat saya, Amirah binti Jaafar. Sahabat dunia akhirat. Walaupun hanya bertemu dengannya tanpa sahabat-sahabat SHAMS yang lain (umi, long, teaha, pipah, ana, zahidah, kak poh, shieda, asmaq, amni dan aqm
a), namun itu sudah cukup mengubat rindu di hati.

Ya Allah!
Sahabat buat hati gembira,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah rasa,
Rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah!
Silaturrahim kami ukhuwahfillah,
Bermusuh kami nau'zubillah,
Berpisah kami Insyaallah,
Pengubat hati doa Rabithah...

Align LeftYa Allah!
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan kami di taman Syurga,
Ameen....

(Didedikasikan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan SHAMS, KMK 07/08 dan IPGM-KPM...)


Ya Allah, aku mohon pada-MU moga ukhuwah yang dibina dengan lafaz bismillah ini hanya akan diakhiri dengan lafaz innalillah... Aku juga mohon pada-MU agar perjuangan kami ini tidak hanya berhenti setakat ini.

Teringatku pada kata-kata seorang sahabatku...
"Moga kita sama-sama akan mencipta satu detik manis dalam perjuangan kita ini..."
Bi'iznillah... Sama-sama kita membuat anjakan paradigma dalam perjuangan kita untuk memacu ke arah perubahan yang lebih mantap. Ayuh sahabat, walau jauh kita terpisah, walau dekat kita bersama... Teruskan perjuangan untuk Islam. Moga usaha kita diberkati oleh Allah... Insyaallah...

Tahniah!!!

Posted by: Ana Mursyidah in

Tahniah!

Seribu kali tahniah, buat adik2ku...

  • Sarah Amalina
  • Abdul Salam
  • Muhammad Zulfadhli

Kerana apa? Kerana telah berjaya mencipta satu blog. Bagus3.. Ikutlah jejak langkah kakak kalian ini. Huargh3... Walaupun blog tu banyak mengarut, takpelah. Apapun, belajar sikit demi sikit, insyaallah satu hari nanti, mana tau jadi blogger yang berjaya. Huhu..


Sapa2 yang nak view blog tu, layari
http://www.triogeng.blogspot.com/