Doa Awal & Akhir Tahun

Posted by: Ana Mursyidah in

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



sumber : www.darulnuman.com




Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 buat semua umat Islam. Moga kehadiran tahun baru ini memberi sinar baru buat kita semua dan moga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya...

Resepi : Puding Koktail

Posted by: Ana Mursyidah in

BAHAN-BAHAN :
1/2 peket agar-agar
4 gelas air
4 gelas santan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat

Bahan untuk kuah :
1 tin koktail
4 gelas air
3/4 cawan gula



CARA-CARA MEMBUATNYA :


Mula-mula, panaskan agar-agar bersama air. Sementara menunggu agar-agar tu betul2 lumat bersama air, bancuhkan santan, susu pekat dan susu cair di dalam bekas yang lain. Bila agar-agar tu dah betul2 lumat, masukkan bancuhan tadi. Tunggu sehingga menggelegak. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan atau mana2 bekas yang anda rasa sesuai.

Untuk kuahnya, ambil air buahan koktail dan panaskan bersama air dan gula. tunggu sehingga menggelegak.

Untuk buahan koktail pula, ikut kesukaan anda, mana yang anda pilih. Kalu anda memilih untuk mencampurkan buahan koktail bersama air manisan koktail tu.. hasilnya akan jadi begini...

nampak menarik skit. warni warni.. hmm, yummy..


Tapi, jika anda memilih untuk mencampurkan buahan koktail tu dalam larutan agar2 tadi (slps menuagkan campuran santan, susu pekat dan susu cair), hasilnya akan jadi begini..

yang ni nmpak kosong je. tp sama je sbnrnyer.. hihi


Selamat mencuba yea.. Sekali buat pasti nak buat lagi.. Sedaaappp... Nama lain bagi puding koktail ni ialah puding terapung. Sebab kalu betul-betul jadi, puding tu akan terapung bila kuahnya dituang atas puding tu.. Hihi...



p/s: Saya dh buat byk kali dh.. Ramai kawan2 saya yg terpikat dgn keenakannya..yummy.

Pengalaman 25 Disember

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum...

Sejak semalam hujan.. walaupun takde lar lebat sangat (rintik-rintik je).. Tapi dalam hati saya ni berharap agar hari ni tak hujan. Sebab nak gi sekolah, ada meeting untuk Kem MPP SHAMS. Alhamdulillah, pagi ni tak hujan. Boleh lar pergi sekolah (untuk meeting) dengan motor. 'Merempit' tu.. Fuyoo!!

Ditakdirkan masa balik tu hujan.. Waduh!! Lagi hebat 'merempit'.. Hujan turun semakin lebat, namun perjuangan untuk sampai ke rumah harus diteruskan. Because I have another plan with my only sister. Hehe.. Nak gi beli birthday cake untuk adik kami (Abdul Salam) yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-15 pada hari ini..

Sampai rumah je, hujan dah berhenti. Hmm, boleh gi terus ni.. Aktiviti 'merempit' pun bermula lagi. Hihi.. Sempat gak singgah rumah dua orang sahabat saya sebab nak serahkan modul untuk Kem MPP tu nanti. Then, baru gi beli kek. Kat sebuah kedai yang ntah ape name kedai tu. (sori lupe nama kedai, kalu tak boleh jugak promote jap. Ngeh3..)

Kek Ulangtahun kelahiran Salam. Nampak sedap kan?


Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan 'merempit' pulang ke rumah, hujan turun dengan sangat lebatnya. Dalam hati saya ni hanya fikirkan kek je.. Kot lar basah. Nasib baik tuan kedai kek tadi tu baik hati. Bagi plastik. Haha... Asalnya nak berhenti sebab hujan lebat sangat ni. Tapi malang bagi kami berdua, takde wakaf untuk kami berteduh. Baju pun dah basah kuyup melampau ni. Adik saya tu lagi kesian. Sebab tak pakai baju sejuk, lagi lar basah dia tu. Kesian.....

Masa kami sampai rumah tu memang dah basah kuyup sangat lar. Tapi tak kesah dah.. Terus je serbu Salam dan masa tu semua anak beranak mengerumuni kek tu (macam semut hurung gula lar katakan).. Apalagi, lepas ucap happy birthday kat Salam terus je potong kek tu dan makan.. Masa makan kek tu lar baru saya sedar bahawa sesungguhnya adik-adikku ini memang lama sangat dah tak makan kek. Dalam masa tak sampai 5 minit, kek tu dah tinggal sikit.. Hmmmm...

Rupa kek (sebelum)


Rupa kek selepas 5 minit


Ish.. Ish.. Ish.. Kesian adik-adikku.. Mengidam sangat lar tu kot. Walau apapun, alhamdulillah saya dan adik saya, sarah amalina selamat sampai ke rumah dan kek pun abis. Hihi...

p/s: Teringat kat tuan kedai kek tu tanya, "Salam tu nama orang ke?" ...Hihi

Yang Kupinta Selalu

Posted by: Ana Mursyidah in

Redha-Mu padaku yang kupinta...
Redha-Mu padaku yang kupinta...
Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sehat
Yang penting adalah redha-Mu, redha-Mu
Redha-Mu, redha-Mu, redha-Mu

Redha-Mu padaku amat mahal sekali...
Redha-Mu padaku amat mahal sekali...
Sebab itu aku meminta selalu....
Jika redha-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Jika Engkau murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka
Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redha-Mu
Tuhanku...

Tuhanku, tuhanku, tuhanku....
Berilah keredhaan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fathilat
Bukan juga kerana surga

Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Redha-Mu padaku yang kupinta...
Redha-Mu padaku yang kupinta...
Redha-Mu padaku yang kupinta...
(yang kupinta selalu)


Sahabat...dalam mengharungi hidup ini..kerap kali kita lupa hakikat sebenar hidup...oleh yang demikian..lapangkan masa untuk kita berfikir sejauh mana diri kita berpijak di alam nyata dalam meraih redha-NYA...
WASSALAM..


Halalkah Percintaan Ini? Ewah...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera....

Tajuk di atas adalah berdasarkan kepada permintaan dari seorang sahabat yg telah kembali kepada Islam..mungkin terasa jodohnya sudah hampir tiba tapi masih bimbang seandainya dia menggunakan cinta di jalan yang salah. Saya juga terpaku bila dia tanya soalan ni. Maklum saja, perkara ni macam biasa je berlaku pada masyarakat sekarang. Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat tak tau pun benda cintancintun ni betul ke salah. tak tau kalau betul lagu mana..kalau salah pulak kenapa...

Tengok aje keliling masyarakat kita. Kat sana bunyi org rogol, sini kawin lari, situ buang anak...doh la, takut pulak nk sebut banyak2. kenapa agaknya semua ni boleh terjadi? Betul tak kalau agak2 saya la sebab org tak kenal hukum hakam? Saya bukan org yg pandai bab hukum, jauh sekali mempunyai pengetahuan yg mendalam dalam bab ni, cuma sekadar nk berkongsi bacaan. Artikel ni saya dapat dari email juga tapi dia pun forward dari mana saya pun tak pasti...Hopefully ayat mudah saya boleh membuatkan kita sama2 faham ye..tak banyak, sikit pun takpe..

Realiti Ummat

Persoalannya adakah Islam membolehkan kita bercintan-cintun ni? Bagi mengatasi masalah ni, kita kena kaji dulu faktor terjadinya cinta-cinta ni...PERGAULAN BEBAS..betul tak? Macam mana pulak PERGAULAN BEBAS ni terjadi? Sbb sistem kapitalisme yang kita agungkan...Ops, kalau nk cakap lebih2 hal ni, dah luar kemampuan saya....SBB contoh dalam satu rumah, ketuanya ayah tak larang ahli dalam umah buat salah, camne agaknya isi rumah tu??? Fikirkan...

Kenapa terjadinya perasaan tertarik antara sesama lawan jantina? Nilah namanya FITRAH manusia yang mempunya naluri utk mengadakan keturunan. Makanya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi fitrah ni.

Rasulullah SAW telah bersabda:


“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk bedua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”.
[H.r Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah.]

Sabda Baginda lagi:

“Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia. Tsauban bertanya:Ya Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka mengganggu kehormatannya” ..
[Al Hadith]

Dari dua hadis di atas, walaupun kita ni jenis kuat beribadat ke tapi tak jaga pergaulan maka adui la....takut rasanya sbb skang ni mcm berleluasa sgt bab campur gaul ni...uhuk....Yang tak best tu kalau kita tegur, "Takleh ni dik, duduk berdua2an gini.." Dengan konfiden je dia marah kita pulak balik.. Ramai yang akan tidak bersetuju apa taknya dah takleh nk dating2, takleh nak gesel2, takleh nk pegang2, takleh nk manja2....THAK KHUASHE!!!

Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu

Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.

Nampak ke beza antara dua ayat di atas... Acu baca berulang kali, kot la faham. Takpun cuba faham dgn cara ni... Nota A tu bermaksud nya lebih kurang perasaan tu adalah fitrah. Fitrah yang dah ALLAH ciptakan dalam diri kita.

Firman Allah SWT:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita..” [TTQ Al Imran : 14]

Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya..

Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina.

Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:

“Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya…”
[An Nur: 311]

“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung (khimar)…”
[An Nur : 31]

Jadi jelas tak apa yang difirmankan tu? Saya bukan nak mentafsir ayat ni tapi ada baiknya perhatikan isi kandungannya :

a. Menahan atau menundukkan pandangan, dlm erti kata lain tengok sampai naik perasaan syok gitu....he he, kang ade pulak yang tunduk pastu tengok2 mata dia bukan main lagi jeling kat bucu mata...yang ni tak masuk dah bahagian menundukkan pandangan, tapi dah juling ni he he....

b. Menutup aurat. Kalau masuk bab tutup aurat, org laki pun pakat2 la tuding jari kat org perempuan kan? Kena la faham ye, org laki pun ada auratnya juga tau. Kenapa ya skang ni org kata kalau pakai tudung tu mcm org kuno je? Padahal seseorg tu akan selamanya berdosa selagi tak tutup aurat..Dan ada pulak yg pakai tudung dah rasa cukup je tutup aurat, tapi pakai baju ketat tu hingga takde lekuk yang tak nampak....

Skang ade pulak yang tanya, pastu mcmne nak kenal dgn calon pasangan kalau tak cintan cintun, tak dating2, tak peluk2....Sebenarnya ini hanyalah dalih utk membolehkan kita bercinta sebelum kawen. Adakah hanya dengan jalan ini sahaja kita dapat memahami peribadi seseorang?

Penyelesaian

Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya (sekiranya berlaku pertemuan).

Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.

Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Konsep pertunangan juga adalah suatu aqad di antara lelaki dan perempuan untuk melanjutkan hubungan dengan menikah di suatu masa kelak. Aqad ini hendaklah dengan kesungguhan dan bukannya sekadar suka-suka semata.

Cuma kekadang dalam suasana masyarakat kita pada hari ini telah mencampuradukkan konsep pertunangan ini dengan masalah uruf (adat). Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan menyempurnakan dengan meminang.

Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang (pertunangan) itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai pasangan suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana ke mari tanpa mengenal batas melainkan sebagai tanda ikatan untuk akan bersama kelak.

Berhubung dengan tindakkan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah SAW telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah Ibn Syu’bah:
“Pergilah dan lihat dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua”.
[Sunan Ibnu Maja, juz 1 hal. 599]

Khatimah

Sekarang, BERSEDIAKAH KITA MENJADI ISLAM DGN SEBENAR2NYA ISLAM? Kerana dalam Islam, perkara yang haram confirm haram... Banyaknya perceraian bukan suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. BERSEDIAKAH??????


sumber artikel : dipetik dari emel salah seorang sahabat saya yg sekarang ni sdg belajar di UDM. Syukran kathira ya ukhti...

Cerpen : Kuntuman Kasih Persahabatan (Siri 1)

Posted by: Ana Mursyidah in

"Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku kehadrat Ilahi,
Di atas jalinan yang suci..."

Terdengar sahaja lagu 'Doa Perpisahan' nyanyian kumpulan Brothers itu, hatinya tersentuh. Melalui lagu itulah, dia berkenalan dengan Aina, bersahabat dengannya, seterusnya menjadi temannya yang paling rapat. Fikirannya menerawang jauh mengingatkan detik-detik manis perkenalan singkat antara dia dan Aina.

Ketika itu... Dia mengikuti lawatan ke Maahad Darul Quran. Secara tak semena-mena, dia terserempak dengan seseorang. Dari kejauhan dia sudah kagum akan perwatakan fizikalnya... Bertudung litup, berjubah, bersarung kaki dan... yang paling manis sekali ialah senyuman mesra yang tidak lekang terukir di bibirnya. Namun, itu belum cukup untuk memuaskan suara hatinya. Dia segera mendekati gadis misteri itu.

"Assalamualaikum," sapanya mesra. Kenalan misterinya berpaling sambil salamnya disambut mesra dengan senyuman manis yang masih terpahat di bibirnya yang mungil.

"Saya.. Farah Najiha binti Mokhtar. Panggil Farah aje," ujarnya lembut sambil tangan kanannya dihulurkan tanda salam perkenalan.

Tangannya bersambut. "Ismi Aina Syahirah bintun Mohd Ariff. 'Enti' boleh panggil 'ana', Aina. Syukran kathira ya ukhti..." tingkah kenalan barunya.

Matanya terkebil-kebil memandang Aina. Dia memang kurang pandai dalam Bahasa Arab. Yang dia tahu cuma 'ana' dan 'enti' sahaja. Dia tersentak dari lamunannya.

Tiba-tiba...

... BERSAMBUNG ...

TAHNIAH!!

Posted by: Ana Mursyidah in

Semalam, Jawatankuasa Tabung Kebajikan Surau Alur Guntong telah mengadakan anugerah kecemerlangan dalam peperiksaan awam tahun 2007. Seramai 6 orang pelajar yang menerima anugerah untuk UPSR, 2 orang untuk PMR dan 2 orang juga untuk SPM.

Salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang PMR merupakan satu-satunya adik perempuan saya, Sarah Amalina yang mendapat keputusan 9A dalam PMR tahun 2007. Sekalung tahniah saya titipkan buat adik saya. Mesti bangga sebab dapat duit dan sijil. Haha..

Apa-apapun, jangan rasa kecukupan dengan keputusan PMR tu. Teruskan usaha untuk SPM tahun hadapan agar terus cemerlang..

Berkumpul Kembali

Posted by: Ana Mursyidah in

Hari ini, tanggal 11 Disember 2008.. Hari yang sangat menggembirakan hati ini. Saat kami semua berkumpul kembali.. Setelah hampir setahun @ dua tahun tak bertemu mata.

saat kenangan diabadikan... 1, 2, 3, smile...

Walaupun tak jumpa dengan semua, tapi berjumpanya dengan kalian yang ada sedikit sebanyak mengubat hati ini yang sangat merindukan saat-saat manis masa kat SHAMS dulu. (jiwang lar pulak su ni. hehe..)

Moga-moga lepas ni kita dapat jumpa lagi...

EXAM... Doakanku

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhadulillah...

Syukur dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Saat ini jari jemariku ini masih diberi peluang untuk bersatu dengan keyboard laptopku ini. Detik-detik yang mencemaskan bagiku, iaitu hampir dengan exam, akhir semester untuk kursus persediaan pulak tu... Memang sedikit merunsingkan. Huhu..

Esok, bermulalah peperiksaan. Takutnyerr..

10 Nov 08 : Bahasa Melayu 1
11 Nov 08 : Pendidikan Jasmani
12 Nov 08 : English Language Academic
13 Nov 08 : Bahasa Melayu 2

Hmm, muraja'ah pun tak abis lagi. Izinkan saya berundur diri buat seketika. Merehatkan minda untuk fokus pada FINAL exam untuk program persediaan ni.

Salam jihad,
Salam ukhuwah...

p/s: Sahabat-sahabat sekalian, doakan saya especially utk subjek PJ yang hard skit.

Thank You

Posted by: Ana Mursyidah in

Thank you...
For simply being there,
On the cloudy days,
On the sunny days,
Thank you, for sharing your joys and pain with me,
For showing me that I'm so special,
That my contribution count,
Through our friendship,
I have a grown as a person,
And I hope you have too,
Thank you.. just for you

Thank you, for simply being my friend,
For the special memories we share together now,
For the never ending support,
You always give me.. Ooo friend,

I will always love you,
I can't tell you how much that you mean to me,
I pray for our everlasting friendship,
Never ever say goodbye for yesterday,
Cause yesterday,
Was so special and wonderful,
And I hope tomorrow will be better...
Thank you...

Dedicated to --> All my friends since primary school, then at my beloved secondary school and now at Malacca. Thanks for being my friend (",)

Kembara ke Darul Quran, JAKIM

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah wallahu akbar..

Hari ini masih diberi peluang untuk mencoretkan sedikit pengalaman yang begitu berharga bagiku. Semalam (5 Nov 08), AJK BISA buat lawatan lagi. Kali ni ke Darul Quran JAKIM (DQ), di Kuala Kubu Baru. Kegembiraan yang tak terhingga menerjah ke lubuk hatiku. Bukan kerana belum pernah ke DQ kerana sememangnya saya pernah sampai ke DQ sebelum ni (kalau tak silap masa F3). Tapi kerana akan bertemu dengan sahabat seperjuangan yang sedang menuntut ilmu di sana. Sahabat suka dan duka, sekelas masa F3, F4 dan F5, Asmaq. Yeay! Dapat jumpa Maq, yeay!!...

Perjalanan yang memakan masa beberapa jam, tak sabar dah ni weh! Bila nak sampai ni?? Disebabkan ramai sangat yang tak sarapan pagi, sempat jugak berhenti rehat kat R&R. Yang tak tahannyer, sempat lagi tuh nak bergambar. Memang suka cari publisiti lar. Haha..


Perjalanan diteruskan.. Hingga lar sampai ke Kuala Kubu Baru. Lama skit nak cari jalan masuk ke DQ JAKIM. Sempat jugak 'makan buah langsat'. Tapi tak banyak. Hehe...

Bila jumpa je jalan masuk ku Dq tu, kami terus ke maktabah. Tetibe ternampak asmaq... Ha!!! Dengan Suhaila!!! Waduh, cam na leh lupa lak Suhaila (merangkap mak sedara pangku) pun study kat sini?? Kebetulan Asmaq bawak La sekali. Mengingatkan kembali saat kita bertemu kat rumah Pipah. Jumpa baru sekali tapi dah kamcing. Mak La, Mak La... Haha.


Namun, kejap je kat sana. Pensyarah pengiring nak balik cepat. Sedih gak sempat jumpa Maq kejap sangat. Walau apapun maq, nanti kita jumpa lagi akhir tahun ni. Sekali dengan semua sahabat-sahabat kita yang lain, Insyaallah.. Rindu kat semua.

Pengenalan Diri Dalam Cap Jari

Posted by: Ana Mursyidah in

Ketika Tuhan menyatakan dalam al-Quran bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;

"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusunnya (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna."
(Surah al-Qiyamah: 3-4)

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di atas muka bumi ini mempunyai satu set cap jari yang unik dan setiap orang adalah berbeza.

Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang ekslusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan diri di seluruh dunia.

Tetapi apa yang lebih penting ialah, ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menganggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam al-Quran, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat tumpuan kita kepada kepentingannya sebagai satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.

Hmmm...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum..

Sudah lama blog ni tak di'update'.. Bukan malas tapi sibuk dengan pelbagai aktiviti di kampus. Sama ada kerja akademik mahupun kerja-kerja amal ijtima'ie. Apapun, semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah...

Minggu lepas tiga hari berturut-turut ada UKJK. Hujung minggu pun ada kerja, ditambah pula dengan perlawanan bola baling. Walaupun sedikit cedera dan demam akibat dari perlawanan itu, namun hari-hari seterusnya ditempuhi juga dengan bersemangat, dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Minggu ni pula (rabu dan khamis) ada oral untuk subjek Bahasa Inggeris. Sedikit cuak namun buat-buat 'confident'.. Haha. 'Listening' dan 'grouping debate' okey lar sikit. 'Individual public speaking' rasa macam tak berapa okey je.. Huhu.. Moga Allah bantu. Aminn...

Firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 7:

"Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan menetapkan telapak kakinya.."
Moga kita semua termasuk dalam golongan ini, insyaallah...


p/s: Selamat balik kampung buat kawan-kawan yang balik kampung.. Best dapat cuti lebih sehari. Tapi penulis nak balik kampung, tiket mahal.. Huhu...

Suatu Taklifan

Posted by: Ana Mursyidah in

Semalam, 23 Oktober 2008 telah diadakan Majlis Perletakan JK BISA 2008 dan Pelantikan JK BISA untuk sesi 2009. Saya telah meletak jawatan sebagai pengerusi Biro Usrah dan Tarbiyah namu dilantik kembali dengan jawatan yang sama. Huhu.. Saya tahu ini bukanlah satu bebanan tapi satu taklifan yang harus dipikul. Allah telah memberi tanggungjawab dan amanah ini padaku kerana kemampuanku sesuai dengan firman-Nya;


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."
(Surah al-Baqarah : ayat 286)
Kepada naib pengerusi Biro Usrah dan Tarbiyah, Nur Atikah Mahadzir, moga kita dapat bekerjasama dengan baik pada tahun hadapan. Semoga kita thabat di jalan ini demi mencapai keredhaan-Nya. Apa yang diharapkan agar taklifan ini akan dipikul dengan sepenuh jiwa dan raga untuk hasil yang lebih baik di masa hadapan.

baiah


sesi menandatangani baiah

Doakan kesejahteraan tampuk pemerintahan baru JK BISA 2009..
TAKBIR!!!

Cerpen : Darul Taqwa (siri akhir)

Posted by: Ana Mursyidah in

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa nanti disambar pencuri.

"Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan siksaan Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya! Makin gila aku dibuatnya!!" pekik Datuk Dr. Johari lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Canggih sekali. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas lagi besar: "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH."

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dengan perempuan beserta anak-anak mereka. Semuanya berpakaian sopan menutup aurat, berserban dan bertudung labuh. Isy, meluatnya!!

Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johari tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk...! Datuk...! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!" Datuk Dr. Johari bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya pada hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johari.

"Tidak, Datuk... Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu duit. Mereka tak mahu pangkat..."

"Habis, apa mereka mahu?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam?" keluh Datuk Dr. Johari. Digosok-gosok lagi matanya. Dia teringat akan mimpinya sebentar tadi...

... TAMAT...

ISLAM adalah tertinggi... Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam..
Islam itu agama Allah, agama Allah PENYELAMAT UMMAH...
Maka ISLAM ITU PENYELAMAT UMMAH...

Selamat Berjuang, Adik-adikku...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama dan permulaan untuk semua calon PMR 2008 untuk berjuang dalam peperiksaan.

Buat semua adik-adik tingkatan 3 SMU Ar-Rahmah, buat yang terbaik untuk diri, guru-guru dan ibubapa. Jangan hampakan harapan mereka. Kami semua (fasilitator kem kecemerlangan PMR dan SPM) turut mendoakan kejayaan adik-adik semua.

Sebahagian daripada fasilitator


Buat adik-adik tingkatan 3 di SHAMS Terengganu, harumkanlah nama SHAMS. Kembalikanlah kegemilangan sekolah kita.

Juga tidak lupa buat adikku, Abdul Salam bin Zakaria, jangan hampakan harapan mak dengan ayah. Buktikan Salam tidak lemah tapi juga mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Ingat!! PMR adalah jambatan untuk menentukan aliran adik-adik pada peringkat menengah atas nanti.

Rezeki Bulan Syawal...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Moga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Aminn...

Hujung minggu ni sangat penat. Tiga hari berturut-turut (jumaat, sabtu dan ahad), dari pagi sampai petang pergi rumah terbuka. Hmm, hari jumaat pergi rumah cikgu Azman Aziz. Tapi pergi petang lar.. sebab pagi ada kelas. Kat rumah cikgu Azman, makan mee bandung Muar. Sangat best!!

Hari Sabtu pulak, ramai-ramai (sekelas) pergi rumah sorang 'classmate' kami, mo (atiqah rashidah). Kat Jasin tuuu.. Jauh!! Makan nasi hujan panas. Ni baru first time dengar nama makanan tu. hehe..

Kemudian, kami pergi pula rumah madam fadzlon. Kat Batu Berendam. Jenuh mencari bas. Alhamdulillah, lepas beberapa minit, berakhirnya suatu pencarian. Ada rupanya bas ke Taman Jati, Batu Berendam. Sampai rumah Madam, wow!! Ramainya orang.. Ingat Madam buat rumah terbuka untuk kelas kami je. Hehe.. Makan mee bandung dan nasi hujan panas jugak.. Huissh.. Sedap!! Memang kenyang lar hari ni..

Hari Ahad pula, saya pergi rumah terbuka rumah Ustaz Khalid. Makan mee, nasi impit dengan kuah kacang dan tauhu sumbat.. Banyaknyerrr makanan. Yang bestnyer, main dengan anak-anak ustaz. Teringat pula anak ustaz yang bongsu. 'Cute'nyerrr..

Kesimpulannya, memang rezeki sangat murah bulan ni. Memang best lar boleh makan free.. Kalau bab makan free memang nombor satu, lebih-lebih lagi KU. Hehe.. Kalau orang jemput pergi rumah terbuka, jangan tak pergi. Orang kata, "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari."


p/s: Huda jangan marah ek.. hehe..

Ketelapan Air Antara Lautan

Posted by: Ana Mursyidah in


Satu daripada sifat-sifat laut yang kini baru ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Quran sepertimana berikut;

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."
(Surah ar-Rahman : 19-20)
Sekalipun larut bersama-sama, lautan mempunyai satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain seolah-olah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceonographi, fenomena ini telahpun dinyatakan ketika Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Cerpen : Darul Taqwa (siri 3)

Posted by: Ana Mursyidah in

Datuk Dr. Johari, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan dapat disembunyikan. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya yang hebat itu, dia masih kelihatan kolot...

Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johari. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya, satu butang berwarna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar - KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYELESAIAN dan IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.

Oh.. Oh.. Seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ni? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr. Johari. Dia beralih ke butang hijau, tanpa berlengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer - RAJA. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA serta KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.

Kepala Datuk Dr. Johari makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pak cik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."

"Ya, ya.. Saya setuju," balas Datuk Dr. Johari. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin mendengar lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh.. Ni suara orang mengaji."

"Nanti dulu pak cik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya ditutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema...

"Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta... Stanza hati merindui Ilahi!"

Datuk Dr. Johari tak tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ni duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..." Datuk Dr. Johari makin geram. Dia mendengus dan berkata, "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia menghulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

bersambung...

Semusim Bersama Kenangan Selamanya...

Posted by: Ana Mursyidah in

Tiga hari sudah saya kembali ke Melaka dari Terengganu. Sepanjang seminggu cuti yang lalu, satu perkara penting yang saya tak sempat lakukan.. Iaitu bertemu kembali dengan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di SHAMS. Masing-masing balik kampung dan sibuk dengan urusan lain, lebih-lebih lagi saya.

Rinduku tak terkata pada kalian semua.. ummi, uder, pipah, teaha, long, kinah, asmaq, aqma, izzati amni lebih-lebih lagi ana, kak poh dan zahidah yang jauh berada di timur tengah. Tidak lupa pada salihah, mirayuni, huda, aqilah dahalan, aqilah rafi'e dan basirah..


SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar
Diuji dugaan mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar ku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
bernama teman...

Walaupun kalian semua jauh di mata, namun tetap dekat di hati (macam tv9).. Walaupun umur kita makin bertambah, namun kasih sayang dan rinduku pada kalian sentiasa berkadar terus. Moga ukhuwah yang telah kita bina takkan ada penghujungnya persis tasbih. Titipkan nama daku dalam doa kalian.

Selamat Hari Raya...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt...

Hari ini sudah masuk 8 Syawal 1429H. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Moga kalian semua memaafkan segala kekhilafan saya selama ini, dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Bagi sesiapa yang sudah menyempurnakan puasa enam hari pada bulan syawal ini, saya mengucapkan selamat hari raya enam. Hehe.. Dan sesiapa yang belum mulakan lagi, jangan lepaskan peluang ini. Banyak fadhilatnya.. Mana tahu kalau-kalau nanti ada keuzuran, terlepas lar nak puasa enam.. Hmm..

Jumpa lagi...

Ramadhan: Pemergianmu Ditangisi

Posted by: Ana Mursyidah in

Alhamdulillah...

Allah masih memberi peluang untuk saya meneruskan misi saya dengan nikmat hidup, dan yang paling utama, nikmat iman dan nikmat Islam. Syukur atas nikmat-MU...

Akhirnya bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan terpaksa jugak meninggalkan kita.. Kita setuju ataupun tidak dengan pemergiannya, realitinya ‘dia’ tetap akan meninggalkan kita.. Amat rugilah kita andai kita tidak beribadat, tidak memohon keampunan semasa kita berada didalam bulan tersebut dan itu semua bergantung atas diri kita.. Maka, rugilah kita kerana kemalasan diri kita dan janganlah salahkan sesiapa. Tepuk dada, tanya iman... Moga-moga kita ini tidaklah tergolong dalam kalangan orang-orang yang dirugikan.. Di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat..

Sepanjang bulan ni, cuba kita refleks kembali diri kita, adakah Ramadhan ini membawa perubahan yang lebih baik kepada diri kita. Masing-masing ada jawapannya yang tersendiri. Oleh itu, sementara masih ada masa ni, teruskan atau tingkatkan lagi ibadat dan doa tu. Sememangnya bulan Ramadhan ni bulan yang penuh dengan pengampunan dan keberkatan. Kita tidak tahu adakah kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang. Jadi, anggaplah Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir bagi kita...

Cerpen : Darul Taqwa (siri 2)

Posted by: Ana Mursyidah in

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johari terus merempuh masuk sebuah restoran berdekatan. Malas melayan pegawai penguatkuasa itu. "Subhanallah..." keluh tuan restoran itu sambil mengurut-urut dadanya, terkejut dengan tindakan lelaki asing itu. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Nasi beriani sepinggan!" ujar Datuk Dr. Johari kepada salah seorang pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu, kehairanan.

"Ya! Apa peliknya?"

"Baik tuan tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjemaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu lagi. Dia bertambah geram, direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan malah hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Satu dulang ada lima orang yang menghadapnya. Aneh! Getus Datuk Dr. Johari

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johari makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagaikan kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam solat jemaah Subuh," ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang begitu kecewa. Suapannya perlahan. Seperti tak lalu makan sahaja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johari pasang telinga sahaja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit... Malang nasib ana, ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu sedekah ana," keluhnya.

"Susah kita sekarang, orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita dengan terima sedekah kita. Ah! Susahnya jadi orang kaya macam kita ni, dah lar nanti di akhirat banyak hisabnya, di dunia orang yak sudi pula terima sedekah kita. Oh!" keluh seorang lagi yang bersama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dahulu, kan dapat kita korbankan harta kita yang banyak ni. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek Negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya. Saya nak melabur habis-habisan biar jadi saham akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun meneruskan makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr. Johari semakin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan... Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengingatkan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan...," kata pelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknay marah bercampur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, jua para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat insyaallah kita tak perlu hospital!"

"Bodoh kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ni?" leternya perlahan-lahan.

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 2005 dulu. Sekarang penyakit itu dah tak ada siapa menghidapnya...."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlukan hiburan sekarang... Di mana saya boleh dapatinya?" tanyanya.

"Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma."

bersambung.....

Balik Kampung...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt...

Entah mengapa mata ini masih belum mahu tertutup walaupun ada juga rasa mengantuk. Lebih-lebih lagi melihat sahabat-sahabat semuanya lena diulit mimpi nan indah.
Hmm, mungkin kerana esok adalah hari Jumaat bersamaan 26 September 2008 (26 Ramadhan 1429H). Maknanya, esok akanku pulang ke kampung halaman setelah sebulan lebih berada jauh dari pangkuan ayahanda dan bonda. Semangat yang amat berkobar-kobar. Lamanya tidak melihat bumi Terengganu. Hehe...

Terasa masa sangat lambat bergerak. Memang betul penantian suatu penyeksaan. Namun, akanku terus menunggu... Menunggu saat naik bas, berada di dalam bas 9 jam lamanya, barulah dapat kutatap wajah keluargaku yang amat dirindui. Buat ayahanda dan bonda yang tercinta, nantikan kepulangan anakanda. Anakanda amat merindu ayahanda dan bonda. Alhamdulillah, kita dapat bersama lagi untuk meraikan lebaran tahun ini.

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku, kita akan terpisah buat sementara waktu (seminggu je). Lima hari berpuasa di kampung halaman, jangan lupa pergi solat tarawih tau! Bila dah datang maktab balik, jangan lupa bawa apa-apa yang patut. Hihi...

Cerpen : Darul Taqwa (siri 1)

Posted by: Ana Mursyidah in

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya di tepi jalan.

"Assalamualaikum, pak cik. Tolong kutip kertas itu. Nanti pak cik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman," bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa yang berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johari, orang besar negara ini.

"Pak cik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pak cik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit di kepalanya.

Datuk Dr. Johari membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata, tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johari terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan sofostikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah laku mereka... Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr. Johari.

"Hoi budak, aku di mana sekarang?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Adakah ini Aladin; budak Arab dengan lampu ajaibnya. Teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikiran Datuk Dr. Johari. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum... Maaf, pak cik. Kami terpaksa mendenda pak cik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendendan pak cik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pak cik didenda, 30 kali Subhanallah, 30 kali Astaghfirullah dan selawat 100 kali," kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johari tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Hmm, berapa gaji kamu sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pak cik, kami bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh... Maafkan kami, pak cik. Kami nak tanya sikit, kenapa pak cik pakai pakaian zaman dahulu? Mana pak cik dapat pakaian itu?" tanya pegawai itu pula. Aku yang gila atau dia? Detak hati Datuk Dr. Johari. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia ternampak perwatakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya yang hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul, lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kotor, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pak cik ini pakaian pemimpin. Pak cik orang besar di negara ini. Pak cik dah keliling dunia dengan pakaian ini."

"Masya-Allah pak cik. Jangan disebut-sebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyah tu...

bersambung.....

Pesanan Para Ulama

Posted by: Ana Mursyidah in

Hayatilah pesanan-pesanan ini...
Semoga bermanfaat untuk diri kita...
Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah...
Carilah Rabbmu nescaya engkau temui kebahagiaan...

Berwaspadalah dengan lisanmu...
Kerana bahayanya cukup berat...
Membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan,
Akan dihitung secara halus kecuali amar ma'ruf nahi mungkar,
serta zikrullah...

Awasilah mata dan telingamu...
Kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati...
Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati...
Maka ia akan memberi kesan walau sedikit.
Hubungkanlah keduanya kepada Allah,
nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik...

Jangan biarkan hatimu sayang kepada dunia...
Kerana sakit untuk kamu keluarkannya...
Rasailah kesempurnaan dan ketinggian rohmu,
dengan menilai kekuasaan Allah,
mendengar ayat-ayat Allah...

Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu...
dalam keadaan sentiasa berwudhuk lalu solatlah dua rakaat...
Sekiranya engkau mampu istiqamah...
Kurangkanlah makan...
Kerana sekiranya makan banyak...
Banyak mendatangi hadas,
dan sukar untuk bangun di malam hari...

Sabarlah dalam memohon keampunan Rabbmu...
Kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan...
Seumpama mengeluarkan racun dari badan...
Jangan berangan-angan kosong...
Kerana banyak berangan-angan...
Membawa kepada cinta dunia...
Seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali...

Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was kepada Allah swt...
Kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian...

Wahai saudara saudari...
Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara yang sia-sia...
Kerana denyutan nadi itulah...
Masa kehidupan yang singkat ini...

A Basket of Water

Posted by: Ana Mursyidah in

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Papa, I try to read the Quraan just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quraan do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water". The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time, the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water but I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See grandpa, it's useless!" The old man said, "Look into the basket."

The boy looked at the basket and for the first time that the basket was different. It had beed transformed from a dirty old coal basket to a clean one, inside and out.

"Son, that's what happen when you read the Quraan. You might not understand or remember everything but when you read it, you will be change, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Lawatan Mahabbah ke IPIS

Posted by: Ana Mursyidah in



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bersyukurlah kita masih dipanjangkan umur dan masih lagi dapat merasa nikmat-nikmat daripada-NYA. Aminn...

Pada 12 dan 13 September baru baru ini, satu lawatan mahabbah/ ilmiah ke IPIS telah diadakan. Lawatan anjuran JK BISA ini disertai oleh jawatankuasa BISA serta semua pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada BISA. Maknanya selalu datang BISA lar...

Alhamdulillah, sebaik saja kami sampai ke sana, warga IPIS menyambut kami dengan begitu baik sekali. Syukran kathira kerana memberikan kepada kami semua layanan yang istimewa..


kenangan di IPIS...

Kembali Lagi

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt ...

Sudah 2 minggu lamanya tiada artikel baru yang saya 'post' di sini. Memang keinginan nak post artikel baru tu ada cuma banyak kekangan yang terpaksa dihadapi sejak akhir-akhir ni. Itu semua dugaan dan cabaran daripada Allah swt dalam 'menyeru kepada kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran'.

Sesungguhnya memang kita tidak dapat lari dari cubaan dan dugaan hidup. Kadang-kadang, ianya mematangkan kita, supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang. Moga terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama-NYA. Sesungguhnya hanya keredhaan Allah yang diburu..

An-Najah fid dunya wal akhirah.
Insyaallah...