Pesanan Para Ulama

Posted by: Ana Mursyidah in

Hayatilah pesanan-pesanan ini...
Semoga bermanfaat untuk diri kita...
Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah...
Carilah Rabbmu nescaya engkau temui kebahagiaan...

Berwaspadalah dengan lisanmu...
Kerana bahayanya cukup berat...
Membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan,
Akan dihitung secara halus kecuali amar ma'ruf nahi mungkar,
serta zikrullah...

Awasilah mata dan telingamu...
Kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati...
Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati...
Maka ia akan memberi kesan walau sedikit.
Hubungkanlah keduanya kepada Allah,
nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik...

Jangan biarkan hatimu sayang kepada dunia...
Kerana sakit untuk kamu keluarkannya...
Rasailah kesempurnaan dan ketinggian rohmu,
dengan menilai kekuasaan Allah,
mendengar ayat-ayat Allah...

Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu...
dalam keadaan sentiasa berwudhuk lalu solatlah dua rakaat...
Sekiranya engkau mampu istiqamah...
Kurangkanlah makan...
Kerana sekiranya makan banyak...
Banyak mendatangi hadas,
dan sukar untuk bangun di malam hari...

Sabarlah dalam memohon keampunan Rabbmu...
Kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan...
Seumpama mengeluarkan racun dari badan...
Jangan berangan-angan kosong...
Kerana banyak berangan-angan...
Membawa kepada cinta dunia...
Seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali...

Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was kepada Allah swt...
Kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian...

Wahai saudara saudari...
Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara yang sia-sia...
Kerana denyutan nadi itulah...
Masa kehidupan yang singkat ini...

This entry was posted on Thursday, September 25, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment