Kedatangan Yang Dinanti

Posted by: Ana Mursyidah in

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini, sekali lagi saya dapat merasai kenikmatan dan keindahan bulan Ramadhan. Bulan dimana semua syaitan dan iblis dibelenggu. Tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menjalani ibadah puasa di negeri orang, Melaka. Biasalah, sudah tugas sebagai seorang pelajar, berusaha dan bertungkus-lumus mencari ilmu dunia dan akhirat untuk disampaikan kepada anak didik kelak, insyaallah.

Pada tahun ini, 1 Ramadhan 1429H jatuh pada 1 September 2008. Maka, hari ini semua umat Islam akan berpuasa. Alhamdulillah, kat tempat belajar saya ni semua melayu Islam. Maka semuanya berpuasa dan memahami apa erti dan tuntutan puasa..

Cuma apa yang sedih, Melaka cuti pada 1 Ramadhan. Ditambah pula cuti hari kemerdekaan pada hari Ahad yang dianjakkan ke hari Selasa. Maknanya lama lar cuti. Disebabkan dengan itu, ramai pelajar kat sini yang balik ke kampung masing-masing, mengambil kesempatan untuk berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Kawasan asrama jadi sunyi. Saya adalah antara yang merasai kesunyian tu..

Tapi, walaupun asrama sunyi dan sepi, BISA tetap meriah dengan kehadiran pelajar yang bersemangat mengerjakan solat sunat tarawikh ditambah pula dengan kehadiran Ustaz Fuad sekeluarga untuk mengimami solat Maghrib, Isya' dan solat sunat tarawikh. Semoga BISA akan terus meriah dan lebih meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar yang akan pulang ke asrama..
AMIN....

This entry was posted on Tuesday, September 02, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment