~ Bonus Hari Lahir ^^
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, kembara hidup, ulangtahun kelahirantut.. tut...
Seawal jam 2.08 pagi, bunyi ringtone memecahkan kesunyian dinihari menandakan ada mesej yang menerjah paparan telefon bimbitku. Lantas kubuka dan mesejnya kubaca......
SELAMAT HARI JADI!
Bonus akan tamat pd hari 20/12/2011.
Hehe.. lucu. Mesej dapat bonus belum kuterima, tetiba dapat mesej bonus akan tamat. Apapun, terima kasih buat celcom yang memberikan hadiah sempena hari lahir iaitu bonus panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu buat pelanggan2nya.
Ya, tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, genaplah sudah umurku 22 tahun. Sudah tua rupanya saya ni. Huhu.. Bukan nak poyo, tapi tarikh 13 Dis 2011 tu mmg tarikh yang cantik (>_<).......
Saya selalu mengharapkan akan ada kenangan yang manis pada tarikh yang cute ni. Ternyata, Allah makbulkan doa saya. TARBIYYAH dari-NYA!! Itulah hadiah yang terbaik dan teristimewa yang pernah saya dapat sepanjang 22 tahun sudah hidupku ini. Syukran buat individu2 yang menjadi wasilah untuk saya memperoleh tarbiyah dari-Nya...
Buat Siti Umairah Othman yang menggembar-gemburkan pada shbt2 yg lain, buat saya terharu je!! Apepun, thanks dear. Teringat kata-kata umai, "Haaa.. Birthday girl dah sampai." Mmg suprise. haha... Tak lupa buat sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih...
Terima kasih juga buat mak yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku. Anak mak ni memang keras kepala, kan?? Maaf atas segala salah silap anak mak yang seorang ni. Mohon untuk mak doakan yang terbaik untuk anak mak dalam segala macam hal dan moga anak mak ni jadi anak yang solehah.. AMINN....
Nota Mursyidah: Seronok dapat makan rambutan Johol kt umah Kak Ina dan dpt kenal umah Tia. Main bowling dan cerita Mak Cik Mazidah ttg ban pecah kat Kuala Kurau pun tetap dalam ingatan. Hihi... syukran buat semuanya, shbt2....
Salam Ukhuwah Seluas Mahabbah...
Pada 26 hingga 28 Jun 2009, IPGM Kampus Perempuan Melayu melebarkan sayapnya ke lima buah IPGM Zon Tengah, sebagai wadah untuk percambahan idea, perkongsian maklumat, dan juga penanda aras untuk meningkatkan mutu kerja antara JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu dan kelima-lima IPGM Zon Tengah.
Lima IPGM yang dimaksudkan adalah:
- IPGM Kampus Pendidikan Islam
- IPGM Kampus Bahasa Melayu
- IPGM Kampus Ilmu Khas
- IPGM Kampus Teknik
- IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa
IPGM Kampus Bahasa Melayu
(Tempat ayah saya menimba ilmu suatu masa dahulu. Huhu....)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Moga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan di bawah rahmat-NYA sentiasa...
AMINNN....
Petang semalam, mak dan ayah mengajak anak-anaknya berjalan-jalan di pantai. Wah, bagus ni.. Dapat tenangkan jiwa yang kacau ni! huhu... Agak jauh, gi Pantai Mengabang Telipot, sekaligus mak nak belanja makan sotong celup tepung. Kat sana memang 'glamour' dengan makanan laut celup tepung, lebih-lebih lagi sotong. Yummy....
Empat orang adikku..
Berlatar belakangkan pantai nan indah...tenangnyerrr...
Jauh merenung masa depan...
"Dah, dah... Jom balik," ayah mengajak anak-anaknya pulang...Negara digemparkan dengan keruntuhan Stadium Sultan Mizan pada pagi 2 Jun yang lalu. So, on the way balik tu, ayah ikut jalan Stadium Sultan Mizan. Mak yang ajak, mak suruh tengok dengan mata kepala sendiri keruntuhan tu.
Cuma lebih kurang setahun je mampu bertahan. Kalau Allah dah tetapkan macam tu, tak siapa boleh halang. Kun Fayakun... Hurmm, saya tak nak komen lebih-lebih pasal ni.
p/s: Nama je orang terengganu. Saya pun tak pernah masuk lagi Stadium Sultan Mizan ni.. Alahai..
Sasaran dah tercapai. Empat jam berada di dalam bangunan yang serba indah PWTC, akhirnya sepuluh (10) buah buku berjaya menjadi milik saya. Walaupun agak banyak buku-buku lain yang menjadi sasaran yang tidak ditemui, namun cukuplah setakat sepuluh (10) buah ini dulu. Lagipun, faktor kewangan sememangnya menjadi faktor utama. Lagipun, mana mungkin saya boleh menghabiskan kesemua buku-buku ini dalam masa yang singkat. Sememangnya akan mengambil masa. Antara buku-buku yang berjaya menjadi milikku pada hari ini:
- Abu Ubaidah Penakluk Parsi
- Salahuddin Al-Ayubi Penakluk Jerusalem
- Haji Muda
- Turki: Negara Dua Wajah
- Aku Terima Nikahnya
- Bercinta Hingga Ke Syurga
- Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada
- Ketika Cinta Berbuah Syurga
- Kisah Cinta Dalam Al-Quran
- Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Statistik mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia membaca hanya dua (2) helai buku setahun. Jika nak dibandingkan dengan rakyat Amerika yang membaca sebuah buku dalam masa dua (2) hari. Apa faktornya? Adakah kerana nilai buku di Amerika jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia? Ahh!! Wang bukan menjadi alasan dan halangan. Yang penting keinginan dan kemahuan. Ilmu mesti dicari, bukannya datang bergolek sendiri atau jatuh dari langit. "Tepuk dada tanya iman".
Sekadar peringatan buat pengunjung terutamanya sebagai motivasi kepada diri sendiri.
P/S: Teruja dapat bertemu dengan penulis novel 'Ayat-Ayat Cinta', Habiburrahman El-Shirazy dan A. Samad Said. Hmm, lepas ni nak habiskan semua buku-buku tu. Tapi kena lar pulun assignment dulu. Huhu...
Kursus Bina Negara Mahasiswa @ Kursus Kepimpinan JPP?
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, kembara hidupAssalamualaikum w.b.t.
Bertemankan 'roomate' yang lena diulit mimpi. Jari-jemariku masih rancak menari-nari di 'keyboard laptop' kesayanganku ini. Sesekali terkejut dengan igauan 'roomate'. Mungkin agak letih dan penat.
Penat dan letih... Itu juga yang saya rasakan sekarang ini. Ditambah pula dengan sakit-sakit di badan pula masih menyucuk-nyucuk diri ini. Namun, kerja-kerja biro yang tertangguh harus diselesaikan supaya perjalanan program yang dirancangkan tetap berjalan lancar. Inilah tarbiyah. Melatih mental dan fizikal supaya tetap segar walaupun perasaan ingin berehat akibat kepenatan menguasai diri.
3 hari 3 malam berada di Taman Negeri Endau-Rompin. Macam-macam peristiwa yang dialami, bermula dari pemergian hingga kepulangan dari sana. Selasa, 22 April 2009 merupakan perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Agak ramai yang mabuk... Mabuk bas yang begitu teruk. Entah kenapa. Mungkin stuktur bas yang 'longgar' atau mungkin juga kerana kedudukan mereka yang berada di atas tayar. Walaupun begitu, tiada apa dan siapa yang perlu dipersalahkan.
Di sana, diri ini mula keliru... Mana satu yang betul? Ini Kursus Kepimpinan JPP atau Kursus Bina Negara Mahasiswa BTN? Apepun, pesan kak huda a.k.a. YDP JPP, ambil apa yang berkaitan dengan kepimpinan saja sepanjang kursus ni. Yang lain tu, tinggalkan je. Hmm, faham-faham aje lar...
Namun, sepanjang kursus ini, apa yang paling berbekas dalam diri ini ialah aktiviti berkayak. Sememangnya menguji mental, fizikal dan emosi. Melawan arus... Itulah faktor utama yang menyukarkan perjalanan untuk tiba ke destinasi. Kalau fizikal, mental dan emosi tak kuat dan tak stabil, agaknya tak sampai lar kot. Inilah yang penting bagi seorang pemimpin untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Perlu kekuatan fizikal, mental dan emosi apabila berhadapan dengan masalah, bukannya lari daripada masalah.
Apepun, terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kursus ini... Buat pihak BTN iaitu Kak Nadia, Kak Hanum, Pak Abu, Pak Nasir, dan semua fasilitator terutama Kak Sabrina selaku fasilitator kumpulan 1. Tidak lupa pada pensyarah penasihat iaitu Ustaz Salam dan Cikgu Noryani, Kak Husna serta semua JPP IPGM-KPM.
p/s: perkataan glemer kursus kali ni... 'dan sebagai dia'. Hehe...
Hujung minggu ni yang lalu, sempat jugak luangkan setengah hari untuk rehatkan minda. Pergi Taman Tasik Perdana kat MITC. Agak cantik tempatnya... dengan tasik yang luas mata memandang..., siap ada taman permainan lagi...
Kami tak melepaskan peluang naik bot. Asalnya nak naik benda yang kena kayuh pedal tu.. alaaa, kita kena kayuh sendiri tu lar... Tapi disebabkan kami berlima, nanti ada sorang yang kena naik sorang-sorang. Takpun ada yang kena tinggal. Hehe... So kami naik bot... lagi murah.. RM3 sorang je. Kalau yang kena kayuh sendiri tu, RM5 sorang. (Macam promote lar pulak. Maaf ye, saya tiada kaitan dengan pengurus bot tu..)
Berlatarbelangkan Zoo Melaka.
Lepas tu, sebelum balik kami singgah kat Taman Seribu Bunga. Agak banyak budak-budak ni bergambar. Memang cari publisiti lar. Ewah!!!
Fuhh.. agak letih seharian berjalan. Namun, kata orang, "jauh perjalanan luas pemandangan". Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah kaki tu pergi berjalan. Jangan asyik duk ternak kematu je kat kaki tuh. Kuang..kuang..kuang..
Salam...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah wallahu akbar..
Hari ini masih diberi peluang untuk mencoretkan sedikit pengalaman yang begitu berharga bagiku. Semalam (5 Nov 08), AJK BISA buat lawatan lagi. Kali ni ke Darul Quran JAKIM (DQ), di Kuala Kubu Baru. Kegembiraan yang tak terhingga menerjah ke lubuk hatiku. Bukan kerana belum pernah ke DQ kerana sememangnya saya pernah sampai ke DQ sebelum ni (kalau tak silap masa F3). Tapi kerana akan bertemu dengan sahabat seperjuangan yang sedang menuntut ilmu di sana. Sahabat suka dan duka, sekelas masa F3, F4 dan F5, Asmaq. Yeay! Dapat jumpa Maq, yeay!!...
Perjalanan yang memakan masa beberapa jam, tak sabar dah ni weh! Bila nak sampai ni?? Disebabkan ramai sangat yang tak sarapan pagi, sempat jugak berhenti rehat kat R&R. Yang tak tahannyer, sempat lagi tuh nak bergambar. Memang suka cari publisiti lar. Haha..
Perjalanan diteruskan.. Hingga lar sampai ke Kuala Kubu Baru. Lama skit nak cari jalan masuk ke DQ JAKIM. Sempat jugak 'makan buah langsat'. Tapi tak banyak. Hehe...
Bila jumpa je jalan masuk ku Dq tu, kami terus ke maktabah. Tetibe ternampak asmaq... Ha!!! Dengan Suhaila!!! Waduh, cam na leh lupa lak Suhaila (merangkap mak sedara pangku) pun study kat sini?? Kebetulan Asmaq bawak La sekali. Mengingatkan kembali saat kita bertemu kat rumah Pipah. Jumpa baru sekali tapi dah kamcing. Mak La, Mak La... Haha.
Namun, kejap je kat sana. Pensyarah pengiring nak balik cepat. Sedih gak sempat jumpa Maq kejap sangat. Walau apapun maq, nanti kita jumpa lagi akhir tahun ni. Sekali dengan semua sahabat-sahabat kita yang lain, Insyaallah.. Rindu kat semua.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Moga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Aminn...
Hujung minggu ni sangat penat. Tiga hari berturut-turut (jumaat, sabtu dan ahad), dari pagi sampai petang pergi rumah terbuka. Hmm, hari jumaat pergi rumah cikgu Azman Aziz. Tapi pergi petang lar.. sebab pagi ada kelas. Kat rumah cikgu Azman, makan mee bandung Muar. Sangat best!!
Hari Sabtu pulak, ramai-ramai (sekelas) pergi rumah sorang 'classmate' kami, mo (atiqah rashidah). Kat Jasin tuuu.. Jauh!! Makan nasi hujan panas. Ni baru first time dengar nama makanan tu. hehe..
Kemudian, kami pergi pula rumah madam fadzlon. Kat Batu Berendam. Jenuh mencari bas. Alhamdulillah, lepas beberapa minit, berakhirnya suatu pencarian. Ada rupanya bas ke Taman Jati, Batu Berendam. Sampai rumah Madam, wow!! Ramainya orang.. Ingat Madam buat rumah terbuka untuk kelas kami je. Hehe.. Makan mee bandung dan nasi hujan panas jugak.. Huissh.. Sedap!! Memang kenyang lar hari ni..
Hari Ahad pula, saya pergi rumah terbuka rumah Ustaz Khalid. Makan mee, nasi impit dengan kuah kacang dan tauhu sumbat.. Banyaknyerrr makanan. Yang bestnyer, main dengan anak-anak ustaz. Teringat pula anak ustaz yang bongsu. 'Cute'nyerrr..
Kesimpulannya, memang rezeki sangat murah bulan ni. Memang best lar boleh makan free.. Kalau bab makan free memang nombor satu, lebih-lebih lagi KU. Hehe.. Kalau orang jemput pergi rumah terbuka, jangan tak pergi. Orang kata, "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari."
p/s: Huda jangan marah ek.. hehe..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bersyukurlah kita masih dipanjangkan umur dan masih lagi dapat merasa nikmat-nikmat daripada-NYA. Aminn...
Pada 12 dan 13 September baru baru ini, satu lawatan mahabbah/ ilmiah ke IPIS telah diadakan. Lawatan anjuran JK BISA ini disertai oleh jawatankuasa BISA serta semua pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada BISA. Maknanya selalu datang BISA lar...
Alhamdulillah, sebaik saja kami sampai ke sana, warga IPIS menyambut kami dengan begitu baik sekali. Syukran kathira kerana memberikan kepada kami semua layanan yang istimewa..




