Hmmm...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum..

Sudah lama blog ni tak di'update'.. Bukan malas tapi sibuk dengan pelbagai aktiviti di kampus. Sama ada kerja akademik mahupun kerja-kerja amal ijtima'ie. Apapun, semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah...

Minggu lepas tiga hari berturut-turut ada UKJK. Hujung minggu pun ada kerja, ditambah pula dengan perlawanan bola baling. Walaupun sedikit cedera dan demam akibat dari perlawanan itu, namun hari-hari seterusnya ditempuhi juga dengan bersemangat, dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Minggu ni pula (rabu dan khamis) ada oral untuk subjek Bahasa Inggeris. Sedikit cuak namun buat-buat 'confident'.. Haha. 'Listening' dan 'grouping debate' okey lar sikit. 'Individual public speaking' rasa macam tak berapa okey je.. Huhu.. Moga Allah bantu. Aminn...

Firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 7:

"Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan menetapkan telapak kakinya.."
Moga kita semua termasuk dalam golongan ini, insyaallah...


p/s: Selamat balik kampung buat kawan-kawan yang balik kampung.. Best dapat cuti lebih sehari. Tapi penulis nak balik kampung, tiket mahal.. Huhu...

Suatu Taklifan

Posted by: Ana Mursyidah in

Semalam, 23 Oktober 2008 telah diadakan Majlis Perletakan JK BISA 2008 dan Pelantikan JK BISA untuk sesi 2009. Saya telah meletak jawatan sebagai pengerusi Biro Usrah dan Tarbiyah namu dilantik kembali dengan jawatan yang sama. Huhu.. Saya tahu ini bukanlah satu bebanan tapi satu taklifan yang harus dipikul. Allah telah memberi tanggungjawab dan amanah ini padaku kerana kemampuanku sesuai dengan firman-Nya;


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."
(Surah al-Baqarah : ayat 286)
Kepada naib pengerusi Biro Usrah dan Tarbiyah, Nur Atikah Mahadzir, moga kita dapat bekerjasama dengan baik pada tahun hadapan. Semoga kita thabat di jalan ini demi mencapai keredhaan-Nya. Apa yang diharapkan agar taklifan ini akan dipikul dengan sepenuh jiwa dan raga untuk hasil yang lebih baik di masa hadapan.

baiah


sesi menandatangani baiah

Doakan kesejahteraan tampuk pemerintahan baru JK BISA 2009..
TAKBIR!!!

Cerpen : Darul Taqwa (siri akhir)

Posted by: Ana Mursyidah in

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa nanti disambar pencuri.

"Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan siksaan Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya! Makin gila aku dibuatnya!!" pekik Datuk Dr. Johari lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Canggih sekali. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas lagi besar: "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH."

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dengan perempuan beserta anak-anak mereka. Semuanya berpakaian sopan menutup aurat, berserban dan bertudung labuh. Isy, meluatnya!!

Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johari tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk...! Datuk...! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!" Datuk Dr. Johari bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya pada hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johari.

"Tidak, Datuk... Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu duit. Mereka tak mahu pangkat..."

"Habis, apa mereka mahu?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam?" keluh Datuk Dr. Johari. Digosok-gosok lagi matanya. Dia teringat akan mimpinya sebentar tadi...

... TAMAT...

ISLAM adalah tertinggi... Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam..
Islam itu agama Allah, agama Allah PENYELAMAT UMMAH...
Maka ISLAM ITU PENYELAMAT UMMAH...

Selamat Berjuang, Adik-adikku...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari pertama dan permulaan untuk semua calon PMR 2008 untuk berjuang dalam peperiksaan.

Buat semua adik-adik tingkatan 3 SMU Ar-Rahmah, buat yang terbaik untuk diri, guru-guru dan ibubapa. Jangan hampakan harapan mereka. Kami semua (fasilitator kem kecemerlangan PMR dan SPM) turut mendoakan kejayaan adik-adik semua.

Sebahagian daripada fasilitator


Buat adik-adik tingkatan 3 di SHAMS Terengganu, harumkanlah nama SHAMS. Kembalikanlah kegemilangan sekolah kita.

Juga tidak lupa buat adikku, Abdul Salam bin Zakaria, jangan hampakan harapan mak dengan ayah. Buktikan Salam tidak lemah tapi juga mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Ingat!! PMR adalah jambatan untuk menentukan aliran adik-adik pada peringkat menengah atas nanti.

Rezeki Bulan Syawal...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Moga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Aminn...

Hujung minggu ni sangat penat. Tiga hari berturut-turut (jumaat, sabtu dan ahad), dari pagi sampai petang pergi rumah terbuka. Hmm, hari jumaat pergi rumah cikgu Azman Aziz. Tapi pergi petang lar.. sebab pagi ada kelas. Kat rumah cikgu Azman, makan mee bandung Muar. Sangat best!!

Hari Sabtu pulak, ramai-ramai (sekelas) pergi rumah sorang 'classmate' kami, mo (atiqah rashidah). Kat Jasin tuuu.. Jauh!! Makan nasi hujan panas. Ni baru first time dengar nama makanan tu. hehe..

Kemudian, kami pergi pula rumah madam fadzlon. Kat Batu Berendam. Jenuh mencari bas. Alhamdulillah, lepas beberapa minit, berakhirnya suatu pencarian. Ada rupanya bas ke Taman Jati, Batu Berendam. Sampai rumah Madam, wow!! Ramainya orang.. Ingat Madam buat rumah terbuka untuk kelas kami je. Hehe.. Makan mee bandung dan nasi hujan panas jugak.. Huissh.. Sedap!! Memang kenyang lar hari ni..

Hari Ahad pula, saya pergi rumah terbuka rumah Ustaz Khalid. Makan mee, nasi impit dengan kuah kacang dan tauhu sumbat.. Banyaknyerrr makanan. Yang bestnyer, main dengan anak-anak ustaz. Teringat pula anak ustaz yang bongsu. 'Cute'nyerrr..

Kesimpulannya, memang rezeki sangat murah bulan ni. Memang best lar boleh makan free.. Kalau bab makan free memang nombor satu, lebih-lebih lagi KU. Hehe.. Kalau orang jemput pergi rumah terbuka, jangan tak pergi. Orang kata, "rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari."


p/s: Huda jangan marah ek.. hehe..

Ketelapan Air Antara Lautan

Posted by: Ana Mursyidah in


Satu daripada sifat-sifat laut yang kini baru ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Quran sepertimana berikut;

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."
(Surah ar-Rahman : 19-20)
Sekalipun larut bersama-sama, lautan mempunyai satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain seolah-olah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.

Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceonographi, fenomena ini telahpun dinyatakan ketika Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Cerpen : Darul Taqwa (siri 3)

Posted by: Ana Mursyidah in

Datuk Dr. Johari, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan dapat disembunyikan. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya yang hebat itu, dia masih kelihatan kolot...

Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johari. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya, satu butang berwarna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar - KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYELESAIAN dan IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.

Oh.. Oh.. Seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ni? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr. Johari. Dia beralih ke butang hijau, tanpa berlengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer - RAJA. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA serta KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.

Kepala Datuk Dr. Johari makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pak cik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."

"Ya, ya.. Saya setuju," balas Datuk Dr. Johari. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin mendengar lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...

"Eh.. Ni suara orang mengaji."

"Nanti dulu pak cik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya ditutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema...

"Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta... Stanza hati merindui Ilahi!"

Datuk Dr. Johari tak tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ni duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..." Datuk Dr. Johari makin geram. Dia mendengus dan berkata, "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia menghulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

bersambung...

Semusim Bersama Kenangan Selamanya...

Posted by: Ana Mursyidah in

Tiga hari sudah saya kembali ke Melaka dari Terengganu. Sepanjang seminggu cuti yang lalu, satu perkara penting yang saya tak sempat lakukan.. Iaitu bertemu kembali dengan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di SHAMS. Masing-masing balik kampung dan sibuk dengan urusan lain, lebih-lebih lagi saya.

Rinduku tak terkata pada kalian semua.. ummi, uder, pipah, teaha, long, kinah, asmaq, aqma, izzati amni lebih-lebih lagi ana, kak poh dan zahidah yang jauh berada di timur tengah. Tidak lupa pada salihah, mirayuni, huda, aqilah dahalan, aqilah rafi'e dan basirah..


SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar
Diuji dugaan mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar ku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
bernama teman...

Walaupun kalian semua jauh di mata, namun tetap dekat di hati (macam tv9).. Walaupun umur kita makin bertambah, namun kasih sayang dan rinduku pada kalian sentiasa berkadar terus. Moga ukhuwah yang telah kita bina takkan ada penghujungnya persis tasbih. Titipkan nama daku dalam doa kalian.

Selamat Hari Raya...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt...

Hari ini sudah masuk 8 Syawal 1429H. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Moga kalian semua memaafkan segala kekhilafan saya selama ini, dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Bagi sesiapa yang sudah menyempurnakan puasa enam hari pada bulan syawal ini, saya mengucapkan selamat hari raya enam. Hehe.. Dan sesiapa yang belum mulakan lagi, jangan lepaskan peluang ini. Banyak fadhilatnya.. Mana tahu kalau-kalau nanti ada keuzuran, terlepas lar nak puasa enam.. Hmm..

Jumpa lagi...