Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kantuk mengundang sedangkan mata masih belum mahu tertutup. Lantas laptop kubuka untuk menyudahkan mana-mana tugasan yang dirasakan perlu. Bertemankan lagu Hold My Hand Maher Zain, membuatkan diriku teringat akan Program Orientasi Mahabbah, atau singkatannya POM yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 25 Julai 2010. Ini kerana lagu tema bagi POM tahun ini ialah lagu Hold My Hand. Walaupun hampir sebulan progam tersebut telah berlalu, namun ianya masih segar di ingatan. Kenangan yang sangat manis bersama adik-adik dan sahabat-sahabat.
Tugas yang diamanahkan kepadaku sebagai unit modul dan moderator merupakan satu tugas yang agak penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya dan terkesan di hati adik-adik. Slot Muhasabah pada malam terakhir merupakan antara slot kemuncak, yang mana harapan kami para urusetia dan fasilitator supaya adik-adik terus istiqamah dengan usrah di samping hubungan ukhuwah kerana Allah antara adik-adik dengan naqibah masing-masing kukuh terjalin. Sengaja adik-adik kumarahi, agar mereka membela naqibah masing-masing yang dipersalahkan atas beberapa perkara yang langsung bukan salah mereka.
Walaupun hampir sebulan POM telah berlalu, pertanyaan "Akak marah tak?" sentiasa menyapa diriku. Kukira mungkin pernyataan "Akak marah ni...!" masih terngiang-ngiang di telinga mereka. (Itu jugak yang mereka ingat. Huhu...) Namun, alhamdulillah... paling tidak pun, ada sesuatu yang mengingatkan mereka akan diriku walaupun diriku bukanlah antara naqibah mereka. Berbanding naqibah mereka juga, diriku sangat-sangatlah jarang bersama mereka.
Buat adik-adik tersayang yang membaca blog amaljihad dan terutamanya entri ini, harapan akak semoga pesanan yang disampaikan pada malam itu, sebelum lagu Hold My Hand dinyanyikan, kemas tersemat dalam hati adik-adik semua.
And for the last but not least...,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tahniah buat semua AJK BISA yang bertungkus-lumus menjayakan MINGGU SYOKNYA CINTA. Program yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Julai 2010 hingga 8 Julai 2010 ini menggunakan tema 'Cinta: Fitrah vs Fitnah'. Minggu Syoknya Cinta... Nama yang unik dengan tema yang sangat menarik.
Bermula dengan perasmian pembukaan di Dewan Besar oleh timbalan pengarah, program ini sudah menampakkan kemewahannya. Bukan mewah kerana bajet yang banyak tetapi mewah kerana kesungguhan jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Minggu Syoknya Cinta ini.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan. Di sini saya sertakan antara tentatif program sepanjang Minggu Syoknya Cinta...
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Batu Seremban & ....)
Malam : Choral Speaking & Sambungan drama 'Syoknya Cinta' (live)
Malam : Forum-Apa yang Kau Panggil Cinta
RABU
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Congkak & Galah Panjang)
Malam : Ceramah-Magnet Cinta oleh Ustazah Mahani Othman Basir
: Tayangan Video TERJAH!
: Majlis Penutup
KHAMIS
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Explorace)
Dalam banyak-banyak aktiviti Nisa' Games, dua je sempat saya sertai iaitu catur dan congkak. Main untuk suka-suka, unwind sementara assignment tak banyak. Hehe.. Pada setiap petang juga ada DJ yang akan memenuhi permintaan dedikasi lagu. Alhamdulillah, program selama seminggu ini berjalan dengan lancar. Selain student dan pensyarah, guard pun bagi sokongan. =p
Tak lupa, lagu tema program Minggu Syoknya Cinta iaitu ATAS NAMA CINTA nyanyian UNIC. Lagu mungkin dah biasa dengar tapi tengok dan hayatilah video ni ye! Video yang sangat menarik...
Monolog AJ: Seronok lihat kesungguhan adik2 PA dan sahabat2 yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Alangkah bahagianya jika kesungguhan itu berkekalan untuk program2 lain yang lepas dan akan datang yang mungkin lebih penting.
Hmmmm.....
Pada 27 Oktober 2009 yang lalu, JK BISA 2009 telah mengadakan Rehlah dan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di BISA. Biro TUGAS-Tugas Khas telah diberi amanah untuk melaksanakan dan menjayakan program ini.
Pada sebelah petang, semua JK BISA dikehendaki berkumpul di perkarangan BISA setelah selesai solat Asar dan membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Kami semua dikehendaki menyertai sedikit aktiviti yang dikendalikan oleh biro TTK ini dan penyertaan adalah mengikut biro. Tujuannya, untuk mengeratkan ukhuwah sesama JK BISA 2009 selain penghargaan kepada semua JK BISA yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas dan amanah sepanjang tahun ini.
Pada sebelah malamnya, berlangsungnya majlis jamuan yang rasmi dengan kehadiran tiga orang pensyarah iaitu Ustaz Puad Johar (hard core BISA), Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh dan Ustaz Ariffin Hj. Salleh. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mat Nawi selepas ucapan oleh Pengerusi BISA saudari Norzarina Kamarudin. Kemudian, keputusan permainan diumumkan memperlihatkan Biro Ekonomi sebagai juara dan Biro Kegiatan Luar sebagai Naib Johan manakala Biro Usrah & Tarbiyyah berjaya merangkul tempat ketiga.
Moga objektif yang ingin dicapai oleh pihak penganjur mencapai sasarannya. Lagi pula, mungkin ini adalah aktiviti terakhir untuk JK BISA sesi 2009. MPPJB akan berlangsung tak lama lagi. Maknanya tampuk pimpinan JK BISA akan berubah. Moga yang mendatang akan lebih mantap, Insyaallah...
P/S: Biro2 lain jangan sedih. Kalah menang bukan ukuran. Yang penting UKHUWAH dan KERJASAMA... No. 7 pun dapat hadiah gak kan...Hehe..
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 2
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, Pengalaman, program
Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t....
Lima hari sudah berlalu, menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Tidak banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan PBS siri 1 dahulu di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing, Pendang, Kedah. Nama depan sekolah pun sama-sama ada 'padang'. Huhu...
Dari pentadbir sekolah, guru-guru hinggalah ke staf sokongan... semuanya OK, semuanya baik dan semuanya mesra alam serta banyak membantu.
Namun, dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada jugak masalah yang kami hadapi, iaitu murid-murid PKBP yang tak bermasalah sangat dari aspek tingkahlaku. Ini mendatangkan masalah kepada saya dan tiga lagi sahabat saya dalam mencari dan menganalisis tingkahlaku murid yang perlu kami kaji untuk tugasan PBS dan tugasan KKBI kami! Alahai....
Sepanjang lima hari ni juga, kami turut diamanahkan untuk menggantikan kelas aliran perdana berikutan terlalu ramai guru yang tiada di dalam sekolah termasuklah guru besar SKPM, Encik Abdul Raki bin Abdullah (Hari Khamis baru jumpa beliau). Dari darjah satu hinggalah darjah lima. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk menggantikan kelas tahun enam. Almaklumlah, UPSR kan dah dekat. Kami ni pulak baru guru pelatih tahun pertama!
Agak mengejutkan bila 12 orang yang melaksanakan PBS di SKPM kali ni. Enam orang dari IPGM KPM, dua orang dari IPGM Kampus Ipoh, dua orang dari IPGM Kampus Perlis, seorang dari IPGM Kampus Raja Melewar dan lagi seorang dari IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Kalau dulu di SKPP hanya lima orang sahaja. Empat orang dari IPGM KPM dan lagi seorang dari IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.
Salam Ukhuwah Seluas Mahabbah...
Pada 26 hingga 28 Jun 2009, IPGM Kampus Perempuan Melayu melebarkan sayapnya ke lima buah IPGM Zon Tengah, sebagai wadah untuk percambahan idea, perkongsian maklumat, dan juga penanda aras untuk meningkatkan mutu kerja antara JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu dan kelima-lima IPGM Zon Tengah.
Lima IPGM yang dimaksudkan adalah:
- IPGM Kampus Pendidikan Islam
- IPGM Kampus Bahasa Melayu
- IPGM Kampus Ilmu Khas
- IPGM Kampus Teknik
- IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa
IPGM Kampus Bahasa Melayu
(Tempat ayah saya menimba ilmu suatu masa dahulu. Huhu....)
Alhamdulillah, Tamrin Bina Nuqaba' 1/2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 yang lalu. Sasaran peserta ialah semua naqibah dan semua AJK BISA. Dan antara objektif TBN 1/2009 ini ialah:
- Mencungkil bakat dan kepimpinan melalui modul terancang.
- Memberi kesedaran kepada nuqaba' mengenai kepentingan dakwah yang berkesan dalam mewujudkan biah solehah dalam kalangan pelajar.
- Memberi pendedahan kepada naqibah untuk mengendalikan usrah yang berkesan.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para nuqaba'.
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat di'upload', sekadar untuk kenangan bersama, bila masing-masing dah tua. Hehe...
Sesi pendaftaran.Entah apa yang membuatkan Atikah Mahadzir kalut sangat. Hehe..
Sesi ice breaking & taaruf...Cantik 'spider web'. Kumpulan mana ni ek?
Ni time LDK 2..Inilah dia antara model-model surat khabar lama. Huhu...
sesi riadhah yang dikendalikan oleh fasilitator dari UIA...
Ketua Unit Kerohanian JHEP, Ustaz Abdul Salam
Tidak lupa, sekalung penghargaan buat Jawatankuasa Pelaksana dan para fasilitator yang telah memberikan kerjasama yang mantap dan padu dalam menjayakan Tamrin Bina Nuqaba' ini.
p/s: Nantikan Tamrin Nuqaba' 2/09. Moga lebih mendapat sambutan, Insyaallah...
Biro Usrah dan Tarbiyah BISA telah menganjurkan satu program yang julung kalinya diadakan, iaitu Bengkel Penyusunan Modul Usrah untuk Usrah Umum. Bengkel ini diadakan pada 13 hingga 15 Februari ini bertujuan untuk menyelaraskan silibus usrah supaya lebih rapi dan tersusun. Kalau diikutkan tahun-tahun sebelum ni, tajuk tu memang ada tapi silibus tu tak tersusun. Jadi, tahun ni nak selaraskan dan bukukan silibus-silibus tu mengikut batch, supaya sapa-sapa yang pegang Biro Usrah dan Tarbiyah BISA selepas ni, senang sikit kerja kome.. Ngeee...
Tentatif program:
13 Feb : 9 malam - 11 malam
14 Feb : 9 malam - 11 malam
15 Feb : 8 pagi - 12 tengah hari
Sasaran program ni, semua AJK BISA. Alhamdulillah semua bagi kerjasama walaupun masing-masing banyak halangan dan tugas-tugas yang lain.
semua AJK bertungkus lumus menaip tajuk silibus yang diberikan
lepas buat kerja, sudah tentu dapat makan free.. Hehep/s: Mane-mane AJK yang belum menghantar softcopy modul usrah ni, harap dapat hantar pada saya sebelum 19 Februari 2009. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Setelah berakhirnya Kem Profesionalisme Pemimpin Pelajar SHAMS '09, saya terus pulang ke rumah. Sampai kat rumah dalam kul 4.30 petang. Malamnya, terus naik bas, ke Melaka untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu...
Tahun ini, meningkatlah sedikit tahap pengajian saya, degree... Maknanya, saya kena orientasi lagi lar.. huhu... Sepanjang tempoh 5 hari, bermula 12 Jan 2009 hingga 16 Jan 2009 diorientasi. Bagi sesetengah orang, orientasi tu mungkin membebankan sebab terpaksa ikut betul-betul dengan peraturan yang ditetapkan.
Ni masa sesi perbincangan dalam unit...Hmm, knp pkai tudung kuning tu?
ini lar tradisi kampus kami.. sesetengah pensyarah kata 'anak itik'... ngee...
Sempat bergambar kenangan dengan mentor tersayang,En. Nor Azman Abdul Wahab..
Sekitar Kem Profesionalisme Pemimpin Pelajar SHAMS 09
Posted by: Ana Mursyidah in Pengalaman, programAssalamualaikum w.b.t...
Pada 8 hingga 10 Januari yang lalu, MPP dengan kerjasama alumni SHAMS telah berjaya mengadakan Kem Profesionalisme Pemimpin Pelajar SHAMS 2009. Kem yang dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli bin Abdul Rahman ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang.
Tak sangka rupa-rupanya sekarang SHAMS dah wujudkan lima badan pengawas iaitu Pengawas Disiplin Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Asrama Sekolah, Pengawas Koperasi Sekolah dan Pengawas Siber Sekolah selain Majlis Perwakilan Pelajar SHAMS.
Di sini saya sertakan beberapa gambar sekadar untuk kenangan.
majlis penutupan. huhu..sedih nak abis dah...









