Showing posts with label Coretan Buat Guru. Show all posts

Terima Kasih, Cikgu!!!

Posted by: Ana Mursyidah in ,

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Tiada kata-kata hikmah yang dapat saya lafazkan selain kalimah yang penuh bermakna ini. Tanggal 16 Mei, merupakan hari guru, hari yang pasti diingati oleh semua orang.. Bukan kerana semua orang menjadi guru ataupun pernah menjadi guru tetapi kerana semua orang pernah bersekolah dan menjadi murid, samada sekarang mahupun suatu ketika dulu. Maka, wajarlah semua orang mengingati tarikh tersebut.

Tahun ini, 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Jadi, cuti hujung minggu. Apa yang saya ingin ceritakan bukanlah mengenai sambutan hari guru tetapi mengenai mentor saya, Encik Nor Azman bin Wahab yang begitu baik hati belanja kami semua 21 orang makan.. Makan!! Kalu 'free' siapa yang tak mahu.. Hehe... Kalau diimbas balik, tiap-tiap semester pasti ada saja yang akan mentor kami belanja. Dan tahun ini, beliau belanja kami sekelas makan Pizza!!!

Walaupun dalam keadaan sibuk kerana sambung pengajian buat 'master', namun beliau tetap mencuri dan mencari masa untuk diluangkan bersama menteenya. Ternyata beliau amat menjaga kebajikan kami semua. Sukar rasanya mencari pensyarah yang begitu mengambil berat mengenai pelajarnya. Mungkin ramai tapi sukar untuk ditemui.. Umpama mencari mutiara di balik timbunan kaca.


Sila, sila.. makan jangan tak makan. Jangan malu jangan segan...
Habiskan...


Antara lima orang daripada 21 orang yang hadir...
Sekadar bergambar kenangan...



Apapun, jasamu mentor tidak dapat dibalas dengan apapun. Perjumpaan ini walaupun sekadar makan-makan tapi paling kurang pun ianya dapat mengeratkan hubungan kami semua dan hubungan kami dengan cikgu. Terima kasih, Syukran jazilan, Thank you, Arigato... Buat cikgu Man!!!


p/s: Tak banyak gambar kenangan makan pizza yang saya ada. Huhu... Dilla, nak gambar...

Kelas Bahasa Melayu

Posted by: Ana Mursyidah in

Murid: Selamat pagi, cikgu!
Cikgu: (Menengking) Kenapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat orang! Kata selamat sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawanan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan!
Murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid: Oh hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat!
Murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh, melawan!
Murid: Oh, mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid: Kekal kami!
Cikgu: OK, pelajaran sudah tamat!
Murid: KO, pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid: Kami dengar Keadilan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)



P/s: SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru dan bakal guru. Jadilah guru yang baik,berdedikasi dan bertanggungjawab.. yang menjadi 'role model' kepada murid kita. Kitalah pembentuk generasi yang akan datang. Baik guru baiklah murid...