Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada

Posted by: Ana Mursyidah in

Novel Inspirasi bagi Pencari Tuhan (Best Seller)



Sinopsis :

Rayyan, seorang siswa yang meragukan hakikat kewujudan dan kekuasaan Allah. Hingga sempurnalah Rayyan yang dahulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa mahupun mengaji. Malah Rayyan lebih suka melakukan maksiat.

Dalam satu Forum Kesedaran, Rayyan mempengaruhi orang ramai bahawa Tuhan telah mati merupakan jalan terakhir menuju kedudukan 'Manusia Super'. Rayyan juga menegaskan bahawa Tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan falsafah yang sentiasa dipujanya. Ke mana-mana pun Rayyan akan berkata bahawa Allah sama sekali tiada. Bahkan Rayyan tidak percaya mana-mana tuhan.

Dalam masa yang sama, jauh di lubuk hati Rayyan, dia sentiasa gundah dan gelisah. Semakin lama jiwanya terasa makin tidak bahagia. Hatinya teramat kosong. Hidup Rayyan juga dirasakan tidak bermakna. Rayyan merasakan dirinya bukanlah manusia rasional yang sejati.


Pada hakikatnya, Rayyan semakin memikirkan hakikat Allah. Allah semakin dekat dalam hatinya. Allah tidak dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini Rayyan agungkan. Sesungguhnya Allah telah telah disematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.


Akhirnya, Rayyan kembali pada Islam selepas melalui kisah perit bersama Haikal, Ain Nadia dan Aini. Selama ini, Rayyan memperkecilkan bapanya sendiri. Namun ayahnya juga yang mampu menjawab persoalan yang mempertaruhkan keimanannya.


Harga : RM22.90 (Sem. Malaysia), RM24.90 (Sabah & Sarawak)
Pengarang :
Lalu Mohammad Zaenudin

Penerbit :
GLOBAL AKSARA COMMUNICATION

Cerpen : Kuntuman Kasih Persahabatan (Siri 6)

Posted by: Ana Mursyidah in

"Nama saya Aina Afiqah..." Farah terkejut. Bukan Aina, temannya yang dicari-cari selama ini. Mukanya segera diangkat. Memang sah. 'Aina' itu bukan Aina.

Hatinya kembali pilu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusinya semula. Dia merasakan kamar hatinya sekian lama semakin sepi .. dan suram.
Sejak perpisahannya dengan Aina, dia mula menyepikan diri. Jiwanya kosong. Dia mahu mencari seseorang yang dapat mengubat hatinya serta menemani kekosongan yang ada.

Semalam, ada seorang pengawas datang ke kelasnya sewaktu program 'Sahsiah Pelajar' serta memberi tazkirah. Balqis Batrisya namanya. Katanya - Ubat yang paling mujarab sewaktu berada di dalam kesusahan ialah Zikrullah - Jadi, dia mengubat hatinya, membasahi lidahnya dengan berzikir... Ingat kepada Ar-Rahim. Mudah-mudahan dia akan kembali bertemu Aina.
"Memang aku banyak kekurangan. Aku tidaklah secantik Ratu Balqis... dan Atiqah semasa zaman para anbia'. Kalau diukur ketabahan, aku tidaklah setabah Sumayyah dan Bilal bin Rabah. Dari segi keilmuan, aku tidak sebijak Saidina Ali dan Imam Shafie. Jika dari sudut keberanian pula, aku tidaklah sehandal dan setangkas Saidina Umar dan Saidina Hamzah. Dan kalau diukur dari semua aspek itu, aku rasakan diriku sangat rendah apatah lagi jika dibandingkan dengan Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah sepanjang zaman...." Farah jauh mengelamun.

"FARAH...!!!" kuat Mira menjerit, mengejutkan Farah dari lamunannya. "Ni, awak dapat surat, dari Paris," tambah Mira lagi, mesra.


"Paris...?" Farah cuba mengingat kalau-kalau dia ada sahabat di sana. Serasanya, dia tidak punya sahabat dari Paris.

"Farah lain kot..."
Mira menafikan lalu menunjukkan surat yang dipegangnya. Farah dapat melihat namanya tertera di atas sampul surat itu - Mujahidah Farah Najiha Mokhtar - Farah cuba memikirkan siapa gerangan yang mengirimkan surat untuknya dari Paris....



...BERSAMBUNG...