Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Minggu Syoknya Cinta..

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tahniah buat semua AJK BISA yang bertungkus-lumus menjayakan MINGGU SYOKNYA CINTA. Program yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Julai 2010 hingga 8 Julai 2010 ini menggunakan tema 'Cinta: Fitrah vs Fitnah'. Minggu Syoknya Cinta... Nama yang unik dengan tema yang sangat menarik.


Bermula dengan perasmian pembukaan di Dewan Besar oleh timbalan pengarah, program ini sudah menampakkan kemewahannya. Bukan mewah kerana bajet yang banyak tetapi mewah kerana kesungguhan jawatankuasa program yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Minggu Syoknya Cinta ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan. Di sini saya sertakan antara tentatif program sepanjang Minggu Syoknya Cinta...

ISNIN
Pagi : Perasmian Pembukaan dan MONTAJ (video drama Syoknya Cinta)
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Batu Seremban & ....)
Malam : Choral Speaking & Sambungan drama 'Syoknya Cinta' (live)

SELASA
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Catur & Lompat Tali)
Malam : Forum-Apa yang Kau Panggil Cinta

RABU
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Congkak & Galah Panjang)
Malam : Ceramah-Magnet Cinta oleh Ustazah Mahani Othman Basir
: Tayangan Video TERJAH!
: Majlis Penutup

KHAMIS
Petang : Gerai Jualan, Nisa' Games (Explorace)


Dalam banyak-banyak aktiviti Nisa' Games, dua je sempat saya sertai iaitu catur dan congkak. Main untuk suka-suka, unwind sementara assignment tak banyak. Hehe.. Pada setiap petang juga ada DJ yang akan memenuhi permintaan dedikasi lagu. Alhamdulillah, program selama seminggu ini berjalan dengan lancar. Selain student dan pensyarah, guard pun bagi sokongan. =p

Tak lupa, lagu tema program Minggu Syoknya Cinta iaitu ATAS NAMA CINTA nyanyian UNIC. Lagu mungkin dah biasa dengar tapi tengok dan hayatilah video ni ye! Video yang sangat menarik...




Monolog AJ: Seronok lihat kesungguhan adik2 PA dan sahabat2 yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Alangkah bahagianya jika kesungguhan itu berkekalan untuk program2 lain yang lepas dan akan datang yang mungkin lebih penting.
Hmmmm.....



Rehlah dan Jamuan Akhir Tahun JK BISA 2009

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Pada 27 Oktober 2009 yang lalu, JK BISA 2009 telah mengadakan Rehlah dan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di BISA. Biro TUGAS-Tugas Khas telah diberi amanah untuk melaksanakan dan menjayakan program ini.

Pada sebelah petang, semua JK BISA dikehendaki berkumpul di perkarangan BISA setelah selesai solat Asar dan membaca al-Ma'thurat secara berjemaah. Kami semua dikehendaki menyertai sedikit aktiviti yang dikendalikan oleh biro TTK ini dan penyertaan adalah mengikut biro. Tujuannya, untuk mengeratkan ukhuwah sesama JK BISA 2009 selain penghargaan kepada semua JK BISA yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas dan amanah sepanjang tahun ini.


Bacaan al-Ma'thurat selepas solat Asar berjemaah


Taklimat permainan dari Naib Pengerusi TTK, Nadirah Mohd Basir


Aktiviti 1 : Serasi Bersama
Nak uji ukhuwah sesama JK BISA nih...



Aktiviti 2 : Wacana
Camne dengan kepekaan JK BISA nih..


Aktiviti 3 : Tongkat Si Buta
Ni pulak uji ukhuwah+kerjasama+kepekaan.. Lagi mantopp!!



Pada sebelah malamnya, berlangsungnya majlis jamuan yang rasmi dengan kehadiran tiga orang pensyarah iaitu Ustaz Puad Johar (hard core BISA), Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh dan Ustaz Ariffin Hj. Salleh. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mat Nawi selepas ucapan oleh Pengerusi BISA saudari Norzarina Kamarudin. Kemudian, keputusan permainan diumumkan memperlihatkan Biro Ekonomi sebagai juara dan Biro Kegiatan Luar sebagai Naib Johan manakala Biro Usrah & Tarbiyyah berjaya merangkul tempat ketiga.


Ucapan oleh Ustaz Mat Nawi selaku penasihat JK BISA


JK BISA yang khusyuk mendengar ucapan dari Ustaz Mat Nawi...


Johan : Biro Ekonomi yang dipengerusikan oleh Siti Sarah Yusoff


Masa yang ditunggu-tunggu...
Makannnn.... Hehe..



Moga objektif yang ingin dicapai oleh pihak penganjur mencapai sasarannya. Lagi pula, mungkin ini adalah aktiviti terakhir untuk JK BISA sesi 2009. MPPJB akan berlangsung tak lama lagi. Maknanya tampuk pimpinan JK BISA akan berubah. Moga yang mendatang akan lebih mantap, Insyaallah...



P/S: Biro2 lain jangan sedih. Kalah menang bukan ukuran. Yang penting UKHUWAH dan KERJASAMA... No. 7 pun dapat hadiah gak kan...Hehe..

BBQ Kambing Pusing @ Raya...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Salam Idulfitri....
Salam ukhuwah dan salam mahabbah seluas lautan...

Tanggal 21 September 2009 bersamaan 2 Syawal 1430H, projek raya yang dirancangkan oleh saudara mara (sebelah mak) pada tahun ini berjaya dilaksanakan. Projek apa? Projek 'BBQ Kambing Pusing'. Hehe.... Projek yang julung kali diadakan dalam kalangan saudara terdekat, juga julung kali dalam hidupku, membuatkanku sedikit teruja.


buat ape tuh? hm, kite zoom skit...



Hah, tengah bakar kambing rupenya...



Che' Teh (mak saudara) dan Pak Alang (pak saudara)..
sedang asyik melapah kambing...



program lepas kenyang...
menyenyapkan budak-budak...



Sememangnya hubungan antara sanak saudara perlu dijaga, tidak kira dimana kita berada. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan... Begitu juga hubungan kita dengan sahabat-sahabat dan kenalan kita yang lain. Moga, sempena Syawal yang menjelang selepas kita meninggalkan madrasah Ramadhan ini mampu membuatkan kita lembut hati dan memaafkan saudara dan sahabat kita. Lupakan sengketa lama.


Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tidak halal bagi seorang muslim yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari..."



P/s: Tahniah buat pengajur dan semua yang menjayakan projek ni (walau hanya sekadar makan).



Hari Konvokesyen Peringkat IPGM KPM

Posted by: Ana Mursyidah in ,


Tanggal 28 Mei 2009, IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka baru sahaja melangsungkan Hari Konvokesyen bagi tahun ini. Majlis dirasmikan oleh Toh Puan Zurinah Kassim, isteri kepada T.Y.T. Melaka. Sekalung tahniah buat graduan-graduan yang berjaya mendapat pangkat kepujian dan cemerlang terutamanya.


p/s:
Hari ni saya bertugas sebagai JK Sambutan & Jemputan semata-mata. Bila lar giliran saya nak grad.. Huhu...