:. I Was Engaged (",) .:

Posted by: Ana Mursyidah in

"Saya dah bertunang! Saya dah bertunang!! Tapi saya tak tahu bila si dia akan mengahwini saya!! Tapi hakikatnya saya dah bertunang!!!"

"Dengan siapa saya bertunang? Adakah saya mengenalinya?? Saya tetap dah bertunang dengannya.

Untuk pengetahuan semua, saya telah bertunang dengan kematian..."

Kehidupan kita sehari-hari berlangsung dari detik ke detik tanpa kita sedari. Namun apakah kita tahu bahawa hari-hari yang telah kita lalui makin menghampirkan kita pada kematian?

Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita.. Sedetik masa berlalu, selangkah menuju maut..

Teringat saya pada firman Allah swt:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
Ini bermakna, tiap-tiap manusia yang hidup telah bertunang dengan kematian dan akan berkahwin jua dengan kematian, setiap orang!

Cuba kita imbas kembali saat seorang bayi yang baru dilahirkan dengan seorang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, kedua-dua mereka tidak mempunyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa untuk memberi nafas atau mengambilnya kembali.

Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru lahir dan seorang yang sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak punyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi nafas atau untuk mengambilnya kembali. Bilamana telah tiba saat kematian seseorang itu, maka dia tidak bolah untuk mempercepatkan atau melambatkan kematiannya walaupun sesaat atau sedetik.

Allah telah menjelaskan dalam kalam-Nya:

Katakanlah, “sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
(Surah al-Jumuah : ayat 8)

Ramai dalam kalangan kita yang ingin mengelak dari berfikir tentang kematian. Mereka lebih menyibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan dan ramai juga yang beranggapan kematian akan menjemput mereka setelah mereka tua. Oleh yang demikian, mereka masih mempunyai masa untuk berseronok sementara usia mereka masih muda. Apabila sudah tua, barulah bertaubat.. Itu yang mereka fikirkan. Ish! Ish! Betapa sempitnya pemikiran manusia sekarang. Inilah yang dikatakan ada ilmu tapi tidak mengamalkannya.

Tiada seorang pun yang tahu bila mereka akan mati. Siapa sangka malaikatul maut sedang meleretkan matanya ke arah anda sekarang!! Anda tidak boleh menjamin bahawa anda akan hidup selepas sejam dari sekarang. Bahkan siapa sangka bagaimana caranya anda akan mati. Mungkin dalam keadaan yang mengerikan, mungkin dalam keadaan husnul khatimah (insyaallah)
dan pelbagai lagi kemungkinan yang tak dapat anda bayangkan...

Seringkali kita melihat orang lain yang meninggal dunia diusung dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Namun berapa kerat saja yang mengambil iktibar dari kematian tersebut? Pernah anda fikirkan tentang ketika hari orang melihat anda yang mati dan mengusung keranda yang berisi jenazah anda ke tanah perkuburan?

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah berwaspada dan ingat bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amalannya semata-mata .

Wahai insan, bertaubatlah selagi mana pintu taubat masih terbuka luas untukmu. Kesali dan bertaubatlah atas dosa-dosamu yang telah kamu lakukan. Jangan nyawa sampai ke kerongkong baru mahu bertaubat. Kerana pada masa itu, pintu taubat telah tertutup buatmu.

Maafkan dosa-dosa saya pada kalian semua. Kiranya rohku bercerai dari jasad, mohon halalkan makan minum dan segala-galanya.