Cerpen : Kuntuman Kasih Persahabatan (Siri 5)

Posted by: Ana Mursyidah in

Cerita kartun... Kisah seekor itik dan seekor arnab. Berlainan jenis, keturunan dan bangsa... Namun itik dan arnab itu menjadi sahabat baik dan hidup dengan gembira sekali. Tiba-tiba, sang arnab jatuh ke dalam air, lalu sang itik segera menolongnya.

Farah menonton kartun itu selama 15 minit. Di saat matanya terpandang tajuk cerita kartun itu, hatinya menjadi sebak. Wajah yang gembira sebentar tadi berubah menjadi sedih. 'FRIENDSHIP FOREVER'... Tajuk yang bisa menggegarkan tangkai jantungnya.

Keesokan harinya, Farah pergi ke sekolah seperti biasa. Dia melangkah longlai menuju ke kelasnya. Kalau boleh, dia tidak mahu ke sekolah pada hari itu. Fikirannya sangat cangkaliwang. Dipenuhi dan dipadati dengan kerunsingan masalah persahabatan. Sesampainya di kelas, Farah segera meletakkan beg sekolahnya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia senyap seribu bahasa, malas hendak menyapa rakan-rakannya.

Namun, Farah merasakan kelainan pada hari itu. Ya!! Ada meja dan kerusi kosong yang diletakkan bersebelahan mejanya. Hatinya tertanya-tanya sendirian. "Ada pelajar barukah?"

Beberapa minit kemudian, Farhanis dan Atikah mendekati mejanya. "Farah, awak tak berkenalan dengan pelajar baru ke? Kalau tak silap, namanya Aina..." ujar Atikah.

Fikiran Farah ligat memikirkan sesuatu. Secara tidak semena-mena, dia menguntumkan secangkir senyuman, manis sekali. Hatinya berbunga mekar. Dia terus mengorak langkah menuju ke suatu sudut . Di situ, dilihatnya ramai rakan-rakan sekelasnya mengerumuni seseorang.

Farah pantas menjenguk kepalanya di celah-celah rakannya. Kepalanya belum dapat diangkat, namun dia terus mengajukan soalan...

"Apa nama kamu?" ajunya tidak sabar. Farah berharap nama yang akan disebut nanti ialah Aina Syahirah..


...BERSAMBUNG...

Kesan Pepsi & 100plus Ke Atas Daging

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Sebelum ini, banyak yang saya dapat tahu dari orang lain (lisan @ pembacaan), tentang bahayanya air pepsi, coca cola, 100plus dan segala macam jenis air yang berkarbonat. Kata mereka, boleh menghakis daging. Siap ada yang cakap, air coca cola tu boleh buat cuci tandas. Hmm.... hebat tul air berkarbonat!!

Berlegar-legar satu persoalan di kepala otak saya, apa yang akan ter
jadi kepada daging manusia kalau minum air berkarbonat? (lantaran saya begitu menggemari 100plus)... Lalu satu kajian saintifik dibuat bersama salah seorang rakan kongsi @ rakan seperjuangan, mengenai kesan pepsi twist, 100plus dan air kosong ke atas daging... Bukan daging manusia tapi daging lembu.Huhu...


Hipotesis Awal : Air berkarbonat akan menghakis daging.

Pembolehubah;
dimanipulasikan : Jenis cecair
bergerak balas : Sifat fizikal daging
dimalarkan : Kuantiti daging & isipadu cecair


Ini dia daging di awal eksperimen...




Lepas 5 jam, inilah hasil pemerhatian merangkap keputusan eksperimen...



Kesimpulan akhir:
Tengok dalam bekas B dan C. Airnya berubah menjadi keruh. Kerana apa? Kerana airnya sudah bercampur dengan cebisan daging yang terhakis. Tengok dalam bekas A pula. Memang airnya merah kerana darah tapi jernih je. Daging pula, makin cantik!!

Memang betullah air berkarbonat menghakis daging. Daripada kajian ini, isipadu air yang digunakan hanya sedikit. Boleh dikatakan seteguk sahaja. Bayangkan kalau kita minum air berkarbonat tu sebotol sehari, apa yang akan terjadi pada kita. Ish..ish..ish... Lepas ni jangan lar minum air berkarbonat. Lagipun, pepsi dengan coca-cola kan kena boikot.. tak gitu?



p/s: Kalau orang yang demam campak, doktor akan menggalakkan supaya minum dua botol besar air 100plus. Apa kandungan dalam air tu yang dapat menyembuhkan demam campak? Hmm, kena kaji lagi ni pasal 100plus. (macam tak puas hati je. Hehe....)

Buku Oh Buku...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Sasaran dah tercapai. Empat jam berada di dalam bangunan yang serba indah PWTC, akhirnya sepuluh (10) buah buku berjaya menjadi milik saya. Walaupun agak banyak buku-buku lain yang menjadi sasaran yang tidak ditemui, namun cukuplah setakat sepuluh (10) buah ini dulu. Lagipun, faktor kewangan sememangnya menjadi faktor utama. Lagipun, mana mungkin saya boleh menghabiskan kesemua buku-buku ini dalam masa yang singkat. Sememangnya akan mengambil masa. Antara buku-buku yang berjaya menjadi milikku pada hari ini:

  • Abu Ubaidah Penakluk Parsi
  • Salahuddin Al-Ayubi Penakluk Jerusalem
  • Haji Muda
  • Turki: Negara Dua Wajah
  • Aku Terima Nikahnya
  • Bercinta Hingga Ke Syurga
  • Semakin Aku Berfikir Allah Semakin Ada
  • Ketika Cinta Berbuah Syurga
  • Kisah Cinta Dalam Al-Quran
  • Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Statistik mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia membaca hanya dua (2) helai buku setahun. Jika nak dibandingkan dengan rakyat Amerika yang membaca sebuah buku dalam masa dua (2) hari. Apa faktornya? Adakah kerana nilai buku di Amerika jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia? Ahh!! Wang bukan menjadi alasan dan halangan. Yang penting keinginan dan kemahuan. Ilmu mesti dicari, bukannya datang bergolek sendiri atau jatuh dari langit. "Tepuk dada tanya iman".

Sekadar peringatan buat pengunjung terutamanya sebagai motivasi kepada diri sendiri.



P/S: Teruja dapat bertemu dengan penulis novel 'Ayat-Ayat Cinta', Habiburrahman El-Shirazy dan A. Samad Said. Hmm, lepas ni nak habiskan semua buku-buku tu. Tapi kena lar pulun assignment dulu. Huhu...

Kursus Bina Negara Mahasiswa @ Kursus Kepimpinan JPP?

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemankan 'roomate' yang lena diulit mimpi. Jari-jemariku masih rancak menari-nari di 'keyboard laptop' kesayanganku ini. Sesekali terkejut dengan igauan 'roomate'. Mungkin agak letih dan penat.

Penat dan letih... Itu juga yang saya rasakan sekarang ini. Ditambah pula dengan sakit-sakit di badan pula masih menyucuk-nyucuk diri ini. Namun, kerja-kerja biro yang tertangguh harus diselesaikan supaya perjalanan program yang dirancangkan tetap berjalan lancar. Inilah tarbiyah. Melatih mental dan fizikal supaya tetap segar walaupun perasaan ingin berehat akibat kepenatan menguasai diri.

3 hari 3 malam berada di Taman Negeri Endau-Rompin. Macam-macam peristiwa yang dialami, bermula dari pemergian hingga kepulangan dari sana. Selasa, 22 April 2009 merupakan perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Agak ramai yang mabuk... Mabuk bas yang begitu teruk. Entah kenapa. Mungkin stuktur bas yang 'longgar' atau m
ungkin juga kerana kedudukan mereka yang berada di atas tayar. Walaupun begitu, tiada apa dan siapa yang perlu dipersalahkan.

Di sana, diri ini mula keliru... Mana satu yang betul? Ini Kursus Kepimpinan JPP atau Kursus Bina Negara Mahasiswa BTN? Apepun, pesan kak huda a.k.a. YDP JPP, ambil apa yang berkaitan dengan kepimpinan saja sepanjang kursus ni. Yang lain tu, tinggalkan je. Hmm, faham-faham aje lar...


Namun, sepanjang kursus ini, apa yang paling berbekas dalam diri ini ialah aktiviti berkayak. Sememangn
ya menguji mental, fizikal dan emosi. Melawan arus... Itulah faktor utama yang menyukarkan perjalanan untuk tiba ke destinasi. Kalau fizikal, mental dan emosi tak kuat dan tak stabil, agaknya tak sampai lar kot. Inilah yang penting bagi seorang pemimpin untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Perlu kekuatan fizikal, mental dan emosi apabila berhadapan dengan masalah, bukannya lari daripada masalah.

Kursus Kepimpinan @ Bina Negara Mahasiswa...


Apepun, terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kursus ini... Buat pihak BTN iaitu Kak Nadia, Kak Hanum, Pak Abu, Pak Nasir, dan semua fasilitator terutama Kak Sabrina selaku fasilitator kumpulan 1. Tidak lupa pada pensyarah penasihat iaitu Ustaz Salam dan Cikgu Noryani, Kak Husna serta semua JPP IPGM-KPM.



p/s: perkataan glemer kursus kali ni... 'dan sebagai dia'. Hehe...

Tag Mujahidah

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ini kali pertama saya di'tag', oleh senior se
ndiri pulak tu. Huhu... Malu pulak kat kak dyana. Segan pun ada (hmm, malu dan segan tu bukan sama ek? hihi). Apepun saya cuba jugak jawab, semampu saya...


1) Apakan nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
AYUNAN KALAM DI PERBATASAN BICARA. Sebab semua 'entry' yang di'post'kan mengenai apa yang saya ingin bicarakan dan kongsi dengan kawan-kawan, especially sahabat-sahabat SHAMS yang sekarang ni bertebaran di muka Bumi ALLAH ni. Lagipun, ayat ni pernah diabadikan dalam kad yang pernah diberikan oleh salah seorang sahabat pada semua akhowatnya termasuklah saya. Hehe...

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.amaljihad.blogspot.com - Saya sendiri pun tak pasti kenapa. Masa first time create blog ni (lebih kurang pada jam 3.00 pagi 30 Ogos 2008), tak nak lar letak nama sendiri. Nak buat nama lain, biar orang tak kenal siapa saya (kononnyer lar). Dan secara tiba-tiba je idea untuk letakkan nama amaljihad ni muncul. Dan, tadaa!!! Inilah hasil idea yang keluar pada waktu pagi.

3) Apakah method penulisan dalam blog anda?
Method penulisan... hmm, macam yang anda semua tengok, macam-macam perkongsian. Ada cerpen, ada tazkirah & peringatan dan yang paling banyak, coretan pasal diri sendiri. Lebih kurang macam diari jugak lar. At least, boleh buat kenangan masa tua nanti.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Dulu pernah lar jugak. Sebabnya tukar templete, then, banyak link2 dan gadget2 yang hilang. Waa!!! sedih tul. Tapi sabar je lar. Sekarang dah sayang sangat kat amaljihad.blogspot.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang yang TAG anda ini?
Hehe...Saya jumpa blog kak dyana pun lepas tengok link2 kat blog senior lain. Then jumpa. Baru sangat lar jumpa blog dia ni. So, takde komen sangat. Anyway, banyak jugak lar yang saya dapat tau perkembangan akak-akak senior dulu. Yang pasti, nanti kalau buat walimah, jangan lupa jemput. Hihi...

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG...
Kak Sal (mataairsyurgaku)
Kak Zarina (imannurbalqis)
Izzati Asri
Aminatul Rashidah
Zamarita

Ulangtahun Melaka VS Ulangtahun April Gurlz

Posted by: Ana Mursyidah in ,


Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Tanggal 15 April 2009, mungkin rakyat Melaka tahu hari ini merupakan Ulangtahun yang ke-6, Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Bagi pelajar-pelajar sekolah pula, mereka mungkin akan membayangkan hari tanpa sesi P&P berlegar-legar di ruang mata. hehe...

Namun, bagi saya dan semua rakan sekelas, hari ini merupakan hari bersejarah, di mana kami sekali lagi dapat berkumpul beramai-ramai, untuk meraikan rakan-rakan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini.



Nurul A'shikin (Ekin)
10 April 1989

Zamarita (Ita)
10 April 1989

Fatini (Tini)
25 April 1989

Nurul Huda
27 April 1989

Nur Atikah a.k.a. Tikah
29 April 1990


Buat kawan-kawan,
moga umur yang meningkat ini akan makin mematangkan kalian...
Kami semua doakan agar kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
AMINN...


P/S : Melaka baru 6 tahun. Korang semua dah 20 tahun (except Tikah r, baru 19 tahun). Tua korang rupenya dari Bandaraya Melaka. Huhu..

Jika Wanita Umpama Ikan...

Posted by: Ana Mursyidah in

Jika wanita umpama ikan, kategori ikan apakah yang menjadi favourite anda???




IKAN SALMON
Bentukn
ya OK, indah. Dagingnya pula pink muda dan sangat enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai, ada nilai... ada kualiti...
INI WANITA BERKERJAYA.






IKAN ARWANA
Kalau yang ini, bila di dalam akuarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tahu tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata... Nakal melihatnya di manapun dia bergaya... So, pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. INI
PERAGAWATI atau CELEBRITI..



IKAN MAS KOKI
Ini jenis ikan yang lumayan mahal. Indah bentuknya, warnanya dan lenggoknya... Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi tapi tidak boleh dimakan kerana termasu
k dalam kategori ikan hiasan...
INI BINI ORANG








IKAN BANDARAYA

Jenis ini murah dan sering menempel di kaca akuarium. Kalau sudah menempel, sangat su
sah nak melepaskannya... macam gam!!
INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ NI...











IKAN KELI
Kalau yang ini harganya pun murah. Kat mana-mana pun boleh
jumpa dan makan. Banyak dijual di tepi jalan.. Harus hati-hati..
INI AWEK TEPI JALAN.






IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu-gituuu saja... Selalunya sedap dimakan kalau tiada sayur dan tidak ada lauk lain. Hehe....
INI BINI SENDIRI.



Mungkinkah...

Posted by: Ana Mursyidah in


Atas apa yang berlaku....
Mungkinkah semua ini terjadi kerana salah diriku...

atau...

Mungkin segala-galanyanya bakal berakhir...





Ya Allah, diri ini buntu dan keliru dengan apa yang terjadi...
tidak tahu apa permulaannya dan bagaimana pengakhirannya...




Andai diriku yang bersalah,
maafkanlah diri ini...
Sesungguhnya, diriku hanya insan biasa...
yang juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan...