April Fool?!!!

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Apa itu April Fool? Herm... Budaya barat? Practical Jokes? Ntah laa.. Tapi bukan sedikit yang turut meraikan April Fool's Day iaitu pada 1 April setiap tahun.
Pernah suatu ketika, seorang suami yang jahil tentang agama telah mengucapkan,
'Aku ceraikan kau dengan talak 3 kepada isterinya dengan niat untuk melawak'. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool'! Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah jatuh!!!

Agaknya apalah sejarah April Fool nie hingga ada di antara masyarakat kita yang memberikan sambutan hangat terhadap hari April Fool ini? Herm.. Mari kita sama-sama renungkan kisah di bawah ini...


'April Fool's Day' mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya.. Lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, kita sebagai umat Islam turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari kita sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam kita sendiri..!!

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Amin....

Cerpen : Kuntuman Kasih Persahabatan (Siri 8)

Posted by: Ana Mursyidah in

"Assalamualaikum..." suara Farah lembut memberi salam kepada tuan rumah. Dari dalam kedengaran suara nyaring menyambut salamnya. Bunyi derapan kaki semakin hampir. Kemudian pintu dikuak.

Kelihatan seorang wanita pertengahan umur menyambut kehadirannya. Farah mengagak itu adalah ibu Aina. 'Cantik, sepertimana cantiknya Aina,' detik hati Farah. Farah senyum dan terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Halimah.

Puan Halimah menjemput Farah masuk dan mempersilakannya duduk di sofa merah buatan Itali sementara meminta diri untuk ke dapur. Farah melabuhkan punggungnya di sofa dan memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu. Besar dan indah sekali, tapi sunyi sepi.


Tidak lama kemudian, Puan Halimah datang dengan menatang dulang berisi dua gelas besar air
sunquick.

"Silakan minum, nak," jemput Puan Halimah sambil menghulurkan segelas minuman kepada Farah. Farah senyum seraya mengucapkan terima kasih. "Boleh mak cik tahu apa hajat anak ke mari?"

Farah berfikir dan cuba untuk menyusun bicara. "Mak cik, dua hari lepas saya ada terima surat dari Aina yang datangnya dari Paris. Apa yang Aina buat kat sana, mak cik?"


"Anak ni tentu Farah, kan?" Farah mengangguk, lemah. "Sebenarnya sudah lama mak cik menyimpan rahsia ni. Mak cik tahu, Farah tentu sudah lama menderita. Surat yang Farah terima tu, mak cik yang hantarkan atas permintaan Aina sebelum dia berangkat ke Paris. Aina sebenarnya...." kata-kata Puan Halimah terhenti seketika. Kelihatan ada mutiara jernih yang bergenang di kelopak matanya.


"Aina sebenarnya menghidap penyakit barah otak. Dia ke sana untuk menerima rawatan lanjut, tapi mak cik dengar.... Aina sekarang...," bicaranya terhenti setakat itu. Puan Halimah menundukkan mukanya ke lantai, mengalihkan pandangannya dari menatap wajah Farah. Farah seolah-olah dapat membayangkan apa yang telah berlaku.


"Mak cik, jangan teruskan ungkapan yang terakhir. Jangan biarkan ia terkeluar dari bibir mak cik," ujar Farah, sedih. Setitis demi setitis mutiara jernih gugur dari kelopak matanya yang bundar.

"Tapi Farah...," ujar Puan Halimah.


"Tidakkkk...."


Serentak dengan itu, lagu 'Kau Sahabat Kau Teman' berkumandang di corong radio saluran IKIM yang terpasang sejak tadi.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Mamori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Farah terus meluru keluar dari rumah Aina dengan perasaan yang amat sedih. Tamparan itu maha hebat baginya. Tidak disangka penantian yang begitu lama dibalas dengan kehilangan Aina dari dunia ini buat selama-lamanya....



...BERSAMBUNG...

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 3

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...


Apa khabar buat semua sahabat, kawan dan pengunjung setia amaljihad. Harap baik semuanya. Iman apa khabar. Moga kita semua sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman dalam diri kita, Insyaallah...

Kali ni ingin sekali saya kongsikan pengalaman
School Based Experienced (SBE) atau dalam Bahasa Melayunya, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) siri 3 yang telah saya lalui selama seminggu bermula 7 Mac hingga 11 Mac 2010.

Jika siri 1 dan siri 2 saya berteman, maka kali ni saya cuba untuk berdikari. Ye lar, sorang-sorang je. Yang menariknya, buat kat sekolah tempat mak saya mengajar, SK Bukit Sawa. Hehe. Memang 'berdikari'.

Ni pagar depan SKBS

Kali ni tugasan PBS yang diberikan adalah berdasarkan subjek Pendidikan Jasmani, kena observe cikgu-cikgu yang mengajar subjek ni termasuklah mak saya sendiri. Tapi, awal-awal lagi mak saya dah pesan, jangan tengok dia mengajar PJ, tengok cikgu lain. Cikgu Amir ke, Cikgu Radillah ke, Cikgu Marzuki ke... Almaklumlah, bukan bidang dia. Sebagai seorang anak, saya akur. Huhu...


Memang satu cabaran apabila pada hari pertama saya ke SKBS, saya dimaklumkan oleh PK1, Puan Hajah Nor Afdzan bahawa hari Selasa hingga Khamis adalah hari untuk ujian bulanan. Maknanya saya cuma punya dua hari untuk selesaikan tugasan saya. Alhamdulillah, bagi saya dua hari tersebut cukup untuk saya mengumpul maklumat untuk tugasan saya.

Aktiviti yang menarik
Sesi P&P PJ bersama Cikgu Radillah Mustaffa


Sesi warming up
bersama Cikgu Amir dan murid2 tahun 1


Hari Selasa, saya dah terfikir-fikir apa yang perlu saya buat. Agak bosan tiada apa yang perlu dilakukan. Tapi best jugak rehat je. Tidur kat library ke. Huargh3... Namun akhirnya saya dipanggil oleh PK1. Kerana apa? Kerana beliau minta tolong ambil alih kelas beliau untuk mengawas peperiksaan. Huhu.. Tak kesampaian hajatku nak tidur =P


Kelas tahun 6. OK je lar. Budak-budak tiada masalah sangat. Kelas depan... Habis je jaga exam, PK1 panggil lagi. Beliau minta tolong untuk ambil alih semua kelas beliau sepanjang 3 hari berturut-turut lantaran kesibukan beliau yang teramat dan kerja yang bertimbun. Saya terima dengan redha dan bulat hati aje. Takkan nak bantah pulak. Ini bermakna semua sekali 5 kelas yang perlu saya masuk. Tengok jugak kelas, kot kena masuk kelas adik sendiri. Hmm, nasib baik tak ada!!


Murid tahun 5


Murid tahun 6 yang suka bergambar =p
All the best untuk UPSR tahun ni


Kadang-kadang bila fikir balik, seronok juga sebenarnya. Benarlah kata-kata 'Experience is The Best Teacher'. Baru saya dapat rasakan realiti sebenar di sekolah, dengan kerenah budak-budaknya dan macam mana saya sendiri nak control kelas. Paling tidak pun, saya dapat kenal generasi budak-budak sekarang. Sedikit sebanyak bagi motivasi untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun ni dan tidak lupa juga untuk murid-murid tahun 4 dan 5 yang tetap akan menempuhi UPSR pada tahun akan datang.

Buat semua pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang banyak membantu saya sepanjang saya menjalani PBS di SKBS, terima kasih banyak-banyak. Apapun, saya mengharapkan agar SKBS terus cemerlang dalam pencapaian akademik, Insyaallah.


amaljihad: Nekad, PBS siri 4 semester depan nak cari pengalaman di sekolah kat selatan pulak. Jom kawan-kawan!!!

Antara Sabar dan Mengeluh

Posted by: Ana Mursyidah in

Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar kata-kata Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apa katamu wahai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang aku menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"


Lalu wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan aku mempunyai dua orang anak yang boleh bermain dan yang satu masih menyusu. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Wahai adikku, sukakah kamu aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu."

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya hingga habis melecur kulitnya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lai
n. Maka, dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.

" Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimana kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun dengan mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianla
h cerita di atas, suatu cerita yang dapat dijadikan contoh tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan dalam agama dalam segala macam perkara dan ianya harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah apabila setiap kali ditimpa musibah dan dugaan oleh Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith Qudsi:

"Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah bersabda:
"Tiga macam tanda kekafiran terhadap Allah iaitu merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabda baginda lagi:
"Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan Jahiliyyah dan orang yang mengeluh jika mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah, Insyaallah...

SABARLAH DALAM MENUNTUT ILMU
SEMENTARA USIA MASIH MUDA
SEMENTARA HIDUP MASIH BERNYAWA...