Menjadi ibu Part 1
9 years ago
Semua orang tahu sekiranya lelaki masuk syurga, mereka akan mendapat bidadari sebagai pasangannya. Apakah jika wanita masuk syurga mereka juga akan mendapat pasangan?
Firman Allah tentang kenikmatan Syurga:
"...di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta sebagai hidangan dari Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Fushshilat : 31)

"...dan di dalam Syurga terdapat segala yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata, serta kamu kekal di dalamnya."(az-Zukhruf : 71)

"Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga dan apa yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan keturunan mereka..."(al-Mukmin : 8)
"Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-ain) sebagai pasangan bagi lelaki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan".
"Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana suamilah yang biasa mencari dan menginginkan isteri..."