Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...

Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye la, nak jadi da'ie kena sihat. hehehe....

Kalau sebelum ni saya kongsikan mengenai khasiat dan kelebihan taugeh, kali ni jom sama-sama kita selongkar dan selidik khasiat dan kelebihan sayur sawi. Mungkin tak ramai yang suka makan sawi. Macam-macam persepsi orang. Ada yang kata sawi ni pahit, ada yang memang alergi dengan sayur hijau dan pelbagai lagi pandangan dan alasan mereka untuk tidak memakan sayur sawi!!
HIJAU..
Sejujurnya warna sawi memang cantik..
[kredit]


Sebelum kita tahu khasiat dan kelebihan sawi, jom kita berkenalan dengan sayur ini dulu. Hihi.. Dalam Bahasa Inggeris, sawi dikenal dengan istilah mustard. Dalam perdagangan internasional, sawi dikenal dengan beberapa istilah, iaitu green mustard, Chinese mustard, Indian mustard, ataupun sarepta mustard. Sawi termasuk dalam kategori genus Brassica, spesies Brassica juncea.

Secara umumnya, sawi biasa dimasak dengan cara goreng atau dibuat sup. Di Indonesia, sawi yang sememangnya merupakan sayur utama digunakan sebagai pelengkap pada mi ayam, bakso, dan gado-gado.

Sedapkah???
[kredit]



Sekarang, jom teruskan pembacaan, kita tengok apa yang lebihnya sayur sawi ni pada kesihatan kita... ^^,... Antaranya ialah...

1. Mengandungi vitamin K
  • membantu pembekuan darah
  • mencegah penyakit serius seperti penyakit jantung & stroke
  • menjaga tulang dari proses osteoporosis
  • menangani kanser
  • mencegah penyakit alzheimer
  • mengawal kadar gula dalam darah

2. Kandungan vitamin A yang tinggi
  • menjaga kornea mata agar sentiasa sihat.

3. Mempunyai vitamin C
  • berperanan dalam pembentukan kolagen interselular.
  • Penting dalam penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi dan stres.

4. Mengandungi Asam Folat
  • mengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil
  • koenzim untuk beberapa sistem enzim.

5. Kaya dengan serat dan mineral
  • menurunkan kadar kolesterol dan gula darah
  • mencegah diabetesdan kanser kolon.

Fuhhh, memang mantop la sayur sawi ni. Banyak betul khasiatnya. Sebenarnya banyak lagi, tapi ni je dulu setakat ni. Kalau mahu dapatkan maklumat yang lebih banyak lagi mengenai kandungan dan khasiat sayur sawi ni, boleh layari laman sesawang http://enidra.multiply.com/



nota mursyidah: Sememangnya kejadian Allah itu tidak sia-sia.. pada org yg tak suka makan sayur, sila renung-renungkan...

This entry was posted on Sunday, January 29, 2012 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment