~ Bonus Hari Lahir ^^
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, kembara hidup, ulangtahun kelahirantut.. tut...
Seawal jam 2.08 pagi, bunyi ringtone memecahkan kesunyian dinihari menandakan ada mesej yang menerjah paparan telefon bimbitku. Lantas kubuka dan mesejnya kubaca......
SELAMAT HARI JADI!
Bonus akan tamat pd hari 20/12/2011.
Hehe.. lucu. Mesej dapat bonus belum kuterima, tetiba dapat mesej bonus akan tamat. Apapun, terima kasih buat celcom yang memberikan hadiah sempena hari lahir iaitu bonus panggilan percuma ke nombor 8pax selama seminggu buat pelanggan2nya.
Ya, tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, genaplah sudah umurku 22 tahun. Sudah tua rupanya saya ni. Huhu.. Bukan nak poyo, tapi tarikh 13 Dis 2011 tu mmg tarikh yang cantik (>_<).......
Saya selalu mengharapkan akan ada kenangan yang manis pada tarikh yang cute ni. Ternyata, Allah makbulkan doa saya. TARBIYYAH dari-NYA!! Itulah hadiah yang terbaik dan teristimewa yang pernah saya dapat sepanjang 22 tahun sudah hidupku ini. Syukran buat individu2 yang menjadi wasilah untuk saya memperoleh tarbiyah dari-Nya...
Buat Siti Umairah Othman yang menggembar-gemburkan pada shbt2 yg lain, buat saya terharu je!! Apepun, thanks dear. Teringat kata-kata umai, "Haaa.. Birthday girl dah sampai." Mmg suprise. haha... Tak lupa buat sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih...
Terima kasih juga buat mak yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkanku. Anak mak ni memang keras kepala, kan?? Maaf atas segala salah silap anak mak yang seorang ni. Mohon untuk mak doakan yang terbaik untuk anak mak dalam segala macam hal dan moga anak mak ni jadi anak yang solehah.. AMINN....
Nota Mursyidah: Seronok dapat makan rambutan Johol kt umah Kak Ina dan dpt kenal umah Tia. Main bowling dan cerita Mak Cik Mazidah ttg ban pecah kat Kuala Kurau pun tetap dalam ingatan. Hihi... syukran buat semuanya, shbt2....
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Yang dikasihi, semua pengunjung yang sudi menjengah ke sini. Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah s.w.t.. (Macam nak bagi ucapan pulak! Macam nak tulis surat pun ada!!!)
Selamat Hari Lahir ke-20 sahabatku=)"
"Muslimah itu anugerah terindah dunia. Ia lembut namun tidak lemah. Mempesona namun bersahaja. Ia tahu bagaimana menjaga izzah dirinya. Ia mengerti bagaimana menjaga akhlaq dan kemuliaan. Itulah yang membuatnya istimewa dibandingkan wanita lain. Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata terindah di dunia. Semoga itu adalah kamu, aku dan kita semua...
Teringat akanku pada kata-kata sahabat yang amat terkesan dan berbekas dalam hati saya:
"Kita ni umur dah 20 lebih tapi masih 'terkinja-kinja'... Tengok Sultan Muhammad al-Fateh, umur 19 tahun dah takluk 20 buah negara, umur 23 dah dapat membebaskan konstantinople.."
Ayatnya mungkin melucukan.. (terkinja-kinja? huhu.. hebat sahabat saya ni ber'balaghah'), tapi sangat mendalam maksudnya... Apapun, saya seru pada diri saya sendiri dan orang lain, kita refleksi balik diri kita... Dan kita fikir kembali, apa sumbangan yang telah kita lakukan untuk ISLAM sepanjang hayat kita ni...
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua pengunjung teratak amaljihad? Moga semuanya berada dalam situasi yang luar biasa bagus dan hebat sekali.
Bulan ini bulan september... Bulan yang mana sangat ramai sahabat dan kenalan yang menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing pada bulan ini.

18 September 1988 dan kini usianya sudah 21 tahun. Dah besar panjang dah. Berlagak macho agi! Huargh3...

P/s: pada siapa2 yang turut menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan september ini, SELAMAT HARI LAHIR. Maaf kiranya kalian tidak tersenarai dalam list ini. Saya juga hanya manusia biasa yang lupa dan banyak khilafnya. Asif Jiddan...
Hari ini tanggal 30 Ogos 2009....

Alhamdulillah, kini genaplah sudah blogku ini berusia setahun. Ini bermakna sudah setahun jugalah diriku ini bergelar 'blogger'. Namun, diriku merasakan penulisanku belum matang seperti orang lain. Mengapa????
Hmm, ada yang bertanya, mengapa amaljihad? Mengapa 'ayunan kalam diperbatasan bicara'? Nak tau kenapa? Korang tengok lar sendiri entri2 sebelum ni.... Ada jawapannya... Heheh...
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pengunjung yang sudi menjenguk dan berkunjung ke teratak yang ntah ape2 ni.. Maaf juga sekiranya ada yang terguris hati, jantung dan limpa bila terbaca entri2 yang saya post ni. Huhu....
Kalu ada apa2 komen atau cadangan penambahbaikan, silakan je. Jangan malu jangan segan.. Kalau kalian segan, saya 10000 kali lagi segan. Nge....
Happy Birthday, April & May Gurlz!!!
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, ulangtahun kelahiranBismillah Walhamdulillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Jutaan kemaafan buat sahabat-sahabat dan kenalan kerana sekian lama menyepi. Hampir sebulan teratak ini ditinggalkan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan, hampir usang dibuatnya.. Mesti rindu dengan 'posting2' saya, kan? Hehe... Namun begitu, saya pasti tetap akan mengabadikan nama sahabat-sahabat dan kenalan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan April dan Mei.
Selamat Hari Lahir buat sahabat dan kenalan yang menyambut Ulangtahun Kelahiran dalam bulan April yang lalu:
3 April 1989
Aqma Zulaikha binti Roslan
10 April 1989
Zamarita binti Zakaria
10 April 1989
Nurul 'Ashikin binti Mohd Zambri
10 April 1989
Nurul Afifah binti Musameh
11 April 1989
Nur Syafawati binti Abdul Halim
20 April 1987
Nor Hidayah binti Rafie
24 April 1990
Nurul Ain Syazana binti Mohd Sidek
25 April 1989
Fatini binti Shahril
25 April 1989
Nurul Huda binti Mohamad Zain
27 April 1989
Nurul Atikah binti Mahadzir
29 April 1990
Tidak lupa juga bagi yang menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan Mei:
9 Mei 1999
Ummi Kalthum binti Mohamad
11 Mei 1986
Nur Shahira Aiza binti Zulkifli
11 Mei 1989
Nor Atikah binti Yaacob @ Yahya
25 Mei 1988
Nur Salsabila binti Isa
31 Mei 1986
Basirah binti Ahmad
31 Mei 1989
Ulangtahun Melaka VS Ulangtahun April Gurlz
Posted by: Ana Mursyidah in coretan penulis, ulangtahun kelahiran
Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t...
Tanggal 15 April 2009, mungkin rakyat Melaka tahu hari ini merupakan Ulangtahun yang ke-6, Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Bagi pelajar-pelajar sekolah pula, mereka mungkin akan membayangkan hari tanpa sesi P&P berlegar-legar di ruang mata. hehe...
Namun, bagi saya dan semua rakan sekelas, hari ini merupakan hari bersejarah, di mana kami sekali lagi dapat berkumpul beramai-ramai, untuk meraikan rakan-rakan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini.
10 April 1989
Zamarita (Ita)
10 April 1989
Fatini (Tini)
25 April 1989
Nurul Huda
27 April 1989
Nur Atikah a.k.a. Tikah
29 April 1990
Buat kawan-kawan,
moga umur yang meningkat ini akan makin mematangkan kalian...
Kami semua doakan agar kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
AMINN...
P/S : Melaka baru 6 tahun. Korang semua dah 20 tahun (except Tikah r, baru 19 tahun). Tua korang rupenya dari Bandaraya Melaka. Huhu..
- Nadirah binti Mohd Basir
- Nor Amirayurni bint Mat Nor
- Ummi Aqilah binti Othman
- Nur Afifah binti Haji Mohamad Salleh
- Norhasmira binti Salleh
Buat NUR AFIFAH BINTI HAJI MOHAMAD SALLEH a.k.a. Kak Fifi, selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-21 pada 17 Mac 2009. Ni ada kad ucapan khas buat Kak Fifi..

Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Dan tak lupa buat sahabat-sahabatku yang lain, yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20...
-6 MAC 2009-
NOR AMIRAYURNI BINTI MAT NOR
-13 MAC 2009-
UMMI AQILAH BINTI OTHMAN
-14 MAC 2009-
NORHASMIRA BINTI SALLEH
-31 MAC 2009-
Moga bertambahnya umur kalian ini berkadar langsung dengan amalan sebagai hamba Allah SWT. Moga apa yang kalian cita-citakan akan tercapai dan dimakbulkan oleh-NYA, Insyaallah... AMINN...
Jom, celebrate sama-sama...!!!!!

Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-NYA, dapat lagi kita bertemu di arena kalam yang memerlukan kepada proses pemerahan otak apabila hendak mencoretkan sesuatu... Waduh, macam bagi ceramah pulak!!!
Ingin saya kongsikan sesuatu di sini. Peristiwa manis yang menggamit memori apabila kenangan tercipta bersama semua rakan seunit, bilamana kami semua menyambut hari lahir salah seorang ahli unit kami yang paling tua (jangan marah aa) iaitu Nadirah binti Mohd Basir. Tanggal 11 Mac 2009, kami semua berpakat untuk menyambut ulangtahun kelahiran Ti-a walaupun agak lewat lima hari (birthday Ti-a 6 mac sebenarnya).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Memandangkan bulan Februari dah nak abis, jadi, kepada orang-orang yang disenaraikan namanya di bawah ni, sila ambik perhatian...
- Furzan Farhana binti Sarani
- Nur Halimah binti Hasan
- Wan Noor Ainun binti Baharuddin
- Nur Aqilah binti Dahalan
- Aminatul Rashidah binti Ghazali
- Rossima binti Ramli
- Nur Atikah binti Amir
- Nor Izati binti Md Yaacob

Myspace Happy Birthday Comments
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-19 buat...
Furzan Farhana binti Sarani
14 februari 1990
Nur Aqilah binti Dahalan
23 Februari 1990
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20 buat...
Nur Halimah binti Hasan
19 Februari 1989
Wan Noor Ainun binti Baharuddin
22 Februari 1989
Aminatul Rashidah binti Ghazali
24 Februari 1989
Rossima binti Ramli
25 Februari 1989
Nur Atikah binti Amir
25 Februari 1989
Dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 buat...
Kak Nor Izati binti Md Yaacob
26 Februari 1987
Dan, akhir sekali, yang teristimewa dalam bulan ini... Saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-50 buat AYAHANDA pada 19 Februari. Terima kasih kerana banyak berjasa kepadaku. Happy Birthday Dad!!
Di sini ada satu pengumuman, kepada nama2 berikut, sila ambil perhatian...
- SHARIFAH AMIRAH a.k.a. KAK POH
- NOR AYU BINTI AB. GHANI
- SITI SAKINAH BINTI ISMAIL
- SOLEHAH BINTI IBRAHIM
- NURUL FAATIHAH BINTI MD. HASSAN
- NURSAKINAH BINTI IBRAHIM
Sila tuntut hadiah anda di bawah ini.. Copy and Paste je lar yea.. Tak pun tenung lar lama2.. wat kenangan dalam kepala.. Hehe..
PADA TAHUN 2009 NI..
SHARIFAH AMIRAH a.k.a. KAK POH
5 Januari
NOR AYU BINTI AB. GHANI
11 Januari
SITI SAKINAH BINTI ISMAIL
12 Januari
SOLEHAH BINTI IBRAHIM
24 Januari
NURUL FAATIHAH BINTI MD HASSAN
26 Januari
NURSAKINAH BINTI IBRAHIM

Happy Birthday Graphic Comments
Buat sahabatku, moga usia yang meningkat 20 tahun ini akan lebih mematangkan kalian..
Dah masuk 'club 20' ni dah kira tua lar kan?? Hihi...
Jangan marah.. nanti lagi cepat tua.. Keh..keh..keh..
Assalamualaikum...
Apa khabar? Harap semuanya dalam situasi luar biasa bagus dan hebat sekali. Insyaallah...
Hari ini, 5 Januari 2009. Maka genaplah umur mak saya 45 tahun. Buat ibuku yang tersayang, selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-45. Terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini serta menjaga dan mendidik diri ini dengan penuh kasih sayang. Jasamu ibu tidak dapat dibalas dengan apa jua sekalipun.

Myspace Happy Birthday Comments
Tidak lupa juga pada sahabatku yang kini belajar di UiTM Jengka, Nor Ayu binti Ab. Ghani yang turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20. Selamat Hari Lahir, long.
Semalam, tanggal 4 Januari 2009... Seorang lagi sahabat saya yang sedang menuntut nun jauh disana (kat Mesir), Syarifah Amirah turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20. Sanah Helwa 20 ya ukhti.. (cakap arab sket sebab wish ke orang 'mesir'. Heh..)
Buat Long nge Kak Poh, selamat join KELAB 20. Tua dah..(gura je, jangan amik hati..hihi...). Moga pertambahan usia ini berkadar langsung dengan amalan sebagai hamba Allah s.w.t.. Aminn..

Myspace Happy Birthday Comments & Graphics













