Kenangan POM...

Posted by: Ana Mursyidah in ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kantuk mengundang sedangkan mata masih belum mahu tertutup. Lantas laptop kubuka untuk menyudahkan mana-mana tugasan yang dirasakan perlu. Bertemankan lagu Hold My Hand Maher Zain, membuatkan diriku teringat akan Program Orientasi Mahabbah, atau singkatannya POM yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 25 Julai 2010. Ini kerana lagu tema bagi POM tahun ini ialah lagu Hold My Hand. Walaupun hampir sebulan progam tersebut telah berlalu, namun ianya masih segar di ingatan. Kenangan yang sangat manis bersama adik-adik dan sahabat-sahabat.

Barisan Urusetia dan Fasilitator/Naqibah

Tugas yang diamanahkan kepadaku sebagai unit modul dan moderator merupakan satu tugas yang agak penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya dan terkesan di hati adik-adik. Slot Muhasabah pada malam terakhir merupakan antara slot kemuncak, yang mana harapan kami para urusetia dan fasilitator supaya adik-adik terus istiqamah dengan usrah di samping hubungan ukhuwah kerana Allah antara adik-adik dengan naqibah masing-masing kukuh terjalin. Sengaja adik-adik kumarahi, agar mereka membela naqibah masing-masing yang dipersalahkan atas beberapa perkara yang langsung bukan salah mereka.


Walaupun hampir sebulan POM telah berlalu, pertanyaan "Akak marah tak?" sentiasa menyapa diriku. Kukira mungkin pernyataan "Akak marah ni...!" masih terngiang-ngiang di telinga mereka. (Itu jugak yang mereka ingat. Huhu...) Namun, alhamdulillah... paling tidak pun, ada sesuatu yang mengingatkan mereka akan diriku walaupun diriku bukanlah antara naqibah mereka. Berbanding naqibah mereka juga, diriku sangat-sangatlah jarang bersama mereka
.

Buat adik-adik tersayang yang membaca blog amaljihad dan terutamanya entri ini, harapan akak semoga pesanan yang disampaikan pada malam itu, sebelum lagu Hold My Hand dinyanyikan, kemas tersemat dalam hati adik-adik semua.


And for the last but not least...,

uhibbukum fillah abadan abada...


Monolog AJ: Moga program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Bukan buat adik-adik Jr sahaja, bahkan buat semua students, agar usrah dapat terus diimarahkan, kerana USRAH TUNJANG TARBIYAH...


This entry was posted on Tuesday, August 17, 2010 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Tukang Komen

salam ziarah. insyaAllah kak. usrah tunjang tarbiyyah.

akak memang marah~~
hihi

salam...huhu... kak AJ tak marah la... kak AJ sayang adik2 dan fasi2.. urusetia memang betul, cepat dan mesra.. hehe

Post a Comment