Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Siri 2

Posted by: Ana Mursyidah in , ,


Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t....

Lima hari sudah berlalu, menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Tidak banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan PBS siri 1 dahulu di Sekolah Kebangsaan Padang Pusing, Pendang, Kedah. Nama depan sekolah pun sama-sama ada 'padang'. Huhu...

pintu depan SKPM, Marang


Dari pentadbir sekolah, guru-guru hinggalah ke staf sokongan... semuanya OK, semuanya baik dan semuanya mesra alam serta banyak membantu.


Namun, dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada jugak masalah yang kami hadapi, iaitu murid-murid PKBP yang tak bermasalah sangat dari aspek tingkahlaku. Ini mendatangkan masalah kepada saya dan tiga lagi sahabat saya dalam mencari dan menganalisis tingkahlaku murid yang perlu kami kaji untuk tugasan PBS dan tugasan KKBI kami! Alahai....

Bergambar dengan sebahagian daripada murid PKBP...


Sepanjang lima hari ni juga, kami turut diamanahkan untuk menggantikan kelas aliran perdana berikutan terlalu ramai guru yang tiada di dalam sekolah termasuklah guru besar SKPM, Encik Abdul Raki bin Abdullah (Hari Khamis baru jumpa beliau). Dari darjah satu hinggalah darjah lima. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk menggantikan kelas tahun enam. Almaklumlah, UPSR kan dah dekat. Kami ni pulak baru guru pelatih tahun pertama!

Murid tahun 3


Agak mengejutkan bila 12 orang yang melaksanakan PBS di SKPM kali ni. Enam orang dari IPGM KPM, dua orang dari IPGM Kampus Ipoh, dua orang dari IPGM Kampus Perlis, seorang dari IPGM Kampus Raja Melewar dan lagi seorang dari IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Kalau dulu di SKPP hanya lima orang sahaja. Empat orang dari IPGM KPM dan lagi seorang dari IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Bakal guru PKBP. Insyaallah....


Secara keseluruhannya, PBS kali ni best. Lepas ni kena mengadap assaignment pulak. Huhu...



P/s: PBS siri 1 kat utara, PBS siri 2 kat timur. PBS siri 3 nak buat kat mane pulak? Hmmm...

This entry was posted on Friday, August 21, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment