Balik Kampung...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum wbt...

Entah mengapa mata ini masih belum mahu tertutup walaupun ada juga rasa mengantuk. Lebih-lebih lagi melihat sahabat-sahabat semuanya lena diulit mimpi nan indah.
Hmm, mungkin kerana esok adalah hari Jumaat bersamaan 26 September 2008 (26 Ramadhan 1429H). Maknanya, esok akanku pulang ke kampung halaman setelah sebulan lebih berada jauh dari pangkuan ayahanda dan bonda. Semangat yang amat berkobar-kobar. Lamanya tidak melihat bumi Terengganu. Hehe...

Terasa masa sangat lambat bergerak. Memang betul penantian suatu penyeksaan. Namun, akanku terus menunggu... Menunggu saat naik bas, berada di dalam bas 9 jam lamanya, barulah dapat kutatap wajah keluargaku yang amat dirindui. Buat ayahanda dan bonda yang tercinta, nantikan kepulangan anakanda. Anakanda amat merindu ayahanda dan bonda. Alhamdulillah, kita dapat bersama lagi untuk meraikan lebaran tahun ini.

Buat sahabat-sahabat seperjuanganku, kita akan terpisah buat sementara waktu (seminggu je). Lima hari berpuasa di kampung halaman, jangan lupa pergi solat tarawih tau! Bila dah datang maktab balik, jangan lupa bawa apa-apa yang patut. Hihi...

This entry was posted on Friday, September 26, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment