Ali, Samy dan Ah Chong merupakan rakan sekerja yang tinggal serumah di pangsapuri 60 tingkat. Ketika mereka pulang dari pejabat, lif pangsapuri mereka tidak berfungsi.
Ali: Nampak gayanya terpaksa lar kita naik tangga.
Samy dan Ah Chong: Larat ke nak naik tangga ni? Dah lar rumah kita tu paling atas!
Ali: Aku ada idea. Apa kata setiap seorang cerita perkara yang menyedihkan. Kalau cerita lawak pula, nafas kita cepat semput.
(Samy dan Ah Chong pun bersetuju)
Ali: Ayah aku meninggal semasa aku dalam kandungan. Tanpa kasih sayang seorang ayah bla... bla.. bla...
(Samy dan Ah Chong terasa sedih mendengar cerita Ali sehingga tidak sedar menangis dan sampai ke tingkat 20)
Samy: Masa aku umur 3 tahun, ibu dan bapa aku meninggal dalam kemalangan jalan raya bla.. bla.. bla..
(Ali dan Ah Chong terlalu sedih mendengar cerita Samy dan menangis sehingga tidak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55)
Sambil melangkah ke tingkat 56, Ah Chong menyampuk...
Ah Chong: Alaaaaa.... Cerita korang tak sedih lagi.. Cerita aku lagi sedih.
Samy dan Ali: Cerita je laa.. Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi ni.
Ah Chong: Aku sedih sebab... kunci rumah kita, aku tertinggal dalam kereta...
Menjadi ibu Part 1
7 years ago