Ayunan Kalam Pembuka Bicara...

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Ini merupakan catatan pertama saya di sini.. Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dengan dua nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT iaitu nikmat iman dan islam. Justeru, dengan nikmat ini dan juga sebagai khalifah yang ditugaskan oleh Allah di muka bumi ini, sukalah saya untuk menyambut seruan Rasulullah s.a.w.: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Maka, dengan itu saya berharap agar usaha ini menjadi satu wadah atau platform untuk saya berdakwah dan berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Sebagai seorang pelajar, saya sering memerhatikan ramai di antara mereka yang sangat mementingkan pelajaran sehinggakan lupa akan tugas mereka yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, iaitu dakwah. Namun, ilmu yang meluas, mendalam dan mantap dari pelbagai aspek juga sangat penting untuk menjalankan tugas ini. Belajar dan berdakwah haruslah seiring. Sehubungan dengan itu, diingatkan bahawa, "akademik nombor satu tapi tugas dakwah bukan nombor dua".

Marilah sama-sama kita menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kepada munkar. Teringat saya akan kata-kata guru fizik saya ketika saya di tingkatan 5, "Jadilah seperti biji kopi, apabila masuk ke dalam air panas, air berubah warna dan berbau harum. Jangan jadi seperti telur, apabila masuk ke dalam air panas, telur yang berubah". Fikirkan dan renungkan..

Saya berharap agar segala usaha ini menjadi peringatan kepada diri sendiri selain peringatan kepada orang lain seterusnya matlamat dan tujuan hidup saya untuk mencari keredhaan Allah SWT akan tercapai, InsyaAllah...

Ilalliqa' wa ma'assalamah...

This entry was posted on Sunday, August 31, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment