Salam Eidulfitri

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t...


Tika ini saya masih diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit waktu, untuk menambah bilangan posting di teratak yang telah kian lama ditinggalkan. Alhamdulillah, saya juga masih dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan islam serta masih diberi kesempatan untuk menyambut 1 Syawal pada tahun ini.

Sempena Syawal 1430H ni, saya ingin dedikasikan u
capan raya kepada sanak-saudara, sahabat, kenalan dan sape2 je yang kenal saya ni. Huhu...



Pertama-tamanya, Selamat Hari Raya buat
mak dan ayah. Ampunkan segala salah dan silap anakmu ini, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan minum dan semuanya.

Tak lupa buat semua
adik beradikku, abang, Ina, Salam, Deli dan adik. Selamat Hari Raya...

Juga buat
semua saudara mara yang berada di Bangi, Shah Alam, Pulau Pinang, Kelantan, dan tak kira di mana saja kalian berada di atas muka bumi ni.




Seterusnya buat semua
sahabat2 SHAMS Terengganu, especially Long, Teaha, Sakinah, Ummi, Pipah, Aqma, Mirah, Qilah, Yana, Asmaq, Ana, Zahidah, Kak Poh, Amni dan Shieda... serta semua yang mengenali diri ini... SALAM AIDILFITRI. Maaf atas segala silap dan salah. Maaf juga kerana sekian lama menyepi, tanpa khabar berita..


Buat semua
kenalan di KMK jua, Ainun, Fasiha, Shahida, Shukriah, Emang, Na... serta semua classmate H3T3 2007 dan sabahat2 PI... Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Walaupun hanya dua bulan bersama kalian, namun ukhwah yang terjalin umpama dua tahun kita berkenalan. Huhu... Tak lupa buat Raudhah, walaupun kita hanya kenal secara maya dan semuanya kebetulan.. Jeng..jeng..jeng...

(masjid KMK, di sini kenangan yang indah pernah tercipta)




Classmate PK5 ambilan Januari 2009 (husni, meah, anis, moe, na, ti-a, dilla, imah, min, temah, yati, ekin, shira, tikah, miah, idah, huda, ita, irah dan tini) SELAMAT HARI RAYA semua... nanti bawa kuih raya banyak2, kita buat jamuan dalam kelas. Ngeh3..



Tidak lupa buat sahabat2 seperjuangan di IPGM KPM, Kak Bida, Kak Sal, Kak Ijah, Kak Elyss, Kak Jaja, Kak Ila, Kak Huda, Kak Muni, Kak Ina, Kak Eni, Kak Fifi, Kak Sarah, Kak Azy, Kak Rahmah & Zati my geng.. Juga akak2 di UIA (Kak Una, Kak Lela, Kak Tikash & Kak Tikah)
Selamat Hari Raya, moga ukhuwah berpanjangan meniti jalan perjuangan...




Buat semua rakan2 seperjuangan JPP, selamat hari raya. Moga lepas raya ni, gerak kerja akan bertambah mantap...




Tidak ketinggalan jua buat semua AJK BISA , Salam Aidilfitri... Kerja ikhlas kerana Allah.



"Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur. Kalau salahku belum berakhir, harap diampun dengan rasa bersyukur..."
"Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba. Jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hari raya..."
"Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih. Diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih..."

This entry was posted on Sunday, September 20, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment