Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Teringat saya pada sebuah kisah yang entah di mana, bila dan dengan siapa saya membacanya... Sebuah kisah yang agak menarik dan kisah ini menunjukkan sifat umat Islam sekarang. Jika anda semua masih mampu untuk meneruskan pembacaan anda, bacalah tengan teliti dan fahami betul-betul apa yang yang ingin disampaikan sebenarnya...
Begini kisahnya...
Tersebut alkisah 20 tahun duluuuu... Kisah seekor chief setan yang merayau-rayau untuk melihat para-para setan gondol membuat kerja. Sampai di suatu tempat, chief setan ini bertemu dengan setan junior lalu bertanya lar ia kepada setan junior ini.
Chief setan : "Lo, amacam kerjo kamu?"
Setan junior : "Kene kerja kuat kat sini, boss. Semua orang kuat agama, semua orang kuat sembahyang, puasa pun diaorang rajin..."
Chief setan : "Ok, aku mau kamu kerja lagi.. Mesti mau kerja keras lagi..."
Setan junior : "OK boss, arahan diterima."
Lalu chief setan itu pulang ke istananya...

- Nadirah binti Mohd Basir
- Nor Amirayurni bint Mat Nor
- Ummi Aqilah binti Othman
- Nur Afifah binti Haji Mohamad Salleh
- Norhasmira binti Salleh
Buat NUR AFIFAH BINTI HAJI MOHAMAD SALLEH a.k.a. Kak Fifi, selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke-21 pada 17 Mac 2009. Ni ada kad ucapan khas buat Kak Fifi..

Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Dan tak lupa buat sahabat-sahabatku yang lain, yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20...
-6 MAC 2009-
NOR AMIRAYURNI BINTI MAT NOR
-13 MAC 2009-
UMMI AQILAH BINTI OTHMAN
-14 MAC 2009-
NORHASMIRA BINTI SALLEH
-31 MAC 2009-
Moga bertambahnya umur kalian ini berkadar langsung dengan amalan sebagai hamba Allah SWT. Moga apa yang kalian cita-citakan akan tercapai dan dimakbulkan oleh-NYA, Insyaallah... AMINN...
Jom, celebrate sama-sama...!!!!!

Myspace Happy Birthday Comments & Graphics
Farah teringatkan sepotong hadith yang ada menyebut...
"Sesungguhnya apa yang kita suka atau sayang tidak semestinya baik pada kita dan apa yang kita benci tidak semestinya buruk buat kita."
Farah membandingkan hadith itu dengan persahabatannya bersama Aina. Adakah Aina tidak ditakdirkan untuk menjadi teman sejatinya? Itu semua sememangnya telah lama ditetapkan di Luh Mahfuz lagi.
Tapi, sebagaimana apa yang telah dipelajarinya ketika di tingkatan 3, qada' itu sememangnya telah ditetapkan namun, qada' itu terbahagi kepada 2 jenis iaitu Qada' Mubram iaitu qada yang tidak boleh diubah misalan kematian dan paras rupa; serta Qada' Muallaq, qada yang boleh diubah dengan usaha seperti kejayaan, kegagalan dan juga persahabatan.
Jadi, jurang antaranya dengan Aina pasti dapat dirapatkan dan dapat diselamatkan walaupun jurang yang wujud tidak sedalam Jurang Mariana di Filifina.
Farah pernah terbaca suatu mutiara kata-kata....
"Persahabatan yang sejati itu lahir dari hati nurani yang ikhlas, kepercayaan antara kedua-duanya dan kasih-sayang antara satu sama lain. Dengan izin Allah, pasti akan membuahkan hasil yang lumayan. Jalinan persahabatan yang dibina pasti dapat dilestarikan andai konsep atau rukun ukhuwah yang ada, dituruti. Taaruf... Tafahum... Takaful..."
Farah menghenyakkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. Dia menekan punat 'remote control' untuk menghilangkan rasa 'tension'nya itu. Mula-mula ditekannya 'channel' NTV7 kemudian TV1, TV2 dan selepas itu TV9. Namun, semua rancangan yang ada langsung tidak memuaskan kehendaknya. Rasa bosan mula bertapak di sanubarinya. Dipaksanya juga untuk menekan 'channel' yang terakhir... TV3.
Tiba-tiba, mata Farah tertumpu pada skrin televisyen. Cerita yang ditayangkan amat menarik perhatiannya...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam ukhuwah seluas mahabbah...
Entry kali ni, khas saya tujukan buat salah seorang sahabatku, NURUL FAATIHAH BINTI MD HASSAN.
Semalam, keputusan STPM dah diumumkan. Apa yang membuatkan saya teruja untuk menulis di sini bilamana sahabat saya ini telah mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam STPMnya, iaitu 4A.
Walaupun saya tiada memberi apa-apa sumbangan kepada beliau, (hanya doa yang dipanjatkan) namun kejayaan beliau membuatkan saya begitu bangga kerana menjadi orang yang pernah mengenalinya. Apatah lagi saya pernah belajar sekelas dengannya selama empat tahun ketika di sekolah menengah (F1 hingga F5 kecuali masa F3). Saya juga pernah sebilik dengannya ketika berada dalam tingkatan 2.
Terkejut saya bila terpandang wajah beliau di dada akhbar. Namun, memang saya sudah dapat mengagak kejayaan beliau melihat kesungguhannya belajar dan hasrat beliau yang ingin membantu keluarganya.
Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-NYA, dapat lagi kita bertemu di arena kalam yang memerlukan kepada proses pemerahan otak apabila hendak mencoretkan sesuatu... Waduh, macam bagi ceramah pulak!!!
Ingin saya kongsikan sesuatu di sini. Peristiwa manis yang menggamit memori apabila kenangan tercipta bersama semua rakan seunit, bilamana kami semua menyambut hari lahir salah seorang ahli unit kami yang paling tua (jangan marah aa) iaitu Nadirah binti Mohd Basir. Tanggal 11 Mac 2009, kami semua berpakat untuk menyambut ulangtahun kelahiran Ti-a walaupun agak lewat lima hari (birthday Ti-a 6 mac sebenarnya).
Alhamdulillah, Tamrin Bina Nuqaba' 1/2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 yang lalu. Sasaran peserta ialah semua naqibah dan semua AJK BISA. Dan antara objektif TBN 1/2009 ini ialah:
- Mencungkil bakat dan kepimpinan melalui modul terancang.
- Memberi kesedaran kepada nuqaba' mengenai kepentingan dakwah yang berkesan dalam mewujudkan biah solehah dalam kalangan pelajar.
- Memberi pendedahan kepada naqibah untuk mengendalikan usrah yang berkesan.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para nuqaba'.
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat di'upload', sekadar untuk kenangan bersama, bila masing-masing dah tua. Hehe...

Entah apa yang membuatkan Atikah Mahadzir kalut sangat. Hehe..

Cantik 'spider web'. Kumpulan mana ni ek?

Inilah dia antara model-model surat khabar lama. Huhu...
sesi riadhah yang dikendalikan oleh fasilitator dari UIA...
Ketua Unit Kerohanian JHEP, Ustaz Abdul Salam
Tidak lupa, sekalung penghargaan buat Jawatankuasa Pelaksana dan para fasilitator yang telah memberikan kerjasama yang mantap dan padu dalam menjayakan Tamrin Bina Nuqaba' ini.
p/s: Nantikan Tamrin Nuqaba' 2/09. Moga lebih mendapat sambutan, Insyaallah...
Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t.
Sekian lama tidak menjenguk di sini. Bukannya tak sudi tapi kekangan masa amat membataskan kehadiran saya ke teratak sendiri. Bukan sekadar terbatas malah langsung tiada kesempatan. Alhamdulillah, pada saat dan ketika ini, saya masih diberi ruang untuk menjengah dan mencoretkan sesuatu di sini, dalam tempoh yang agak lama. Walaupun tidak dinafikan, kerja-kerja masih bertimbun dan pastinya tidak pernah akan habis bilamana akan muncul kerja yang lain apabila yang sebelumnya sudah diselesaikan.
Minggu lalu, 27 Februari hingga 1 Mac, Tamrin Bina Nuqaba' sudahpun dijalankan dengan jayanya. Seterusnya, 2 Mac hingga 5 Mac, Program Bina Insan Guru (BIG) di Tasik Biru, Chinchin pula sudah ditempuhi dengan saksama sekali. Pada 6 Mac pula, ada Majlis Watikah Perlantikan JPP sesi 2009/2010. Yang terakhir, 7 dan 8 Mac, saya telah menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam di Dewan Tun Fatimah. Masa yang terhad ditambah pula dengan dua assignment yang perlu dihantar pada 10 Mac. Tu tak termasuk laptop yang perlu diformat balik dan masalah thumbdrive, yang mana semua maklumat dalam thumbdrive tu 'corrupted'. Pergi BIG pun resah-gelisah dan gundah-gulana je. Subhanallah, terasa berat ujian dan dugaan dari-Mu.
Teringat kata-kata seorang senior saya, "jangan minta pada Allah supaya diringankan ujian, tapi mintalah supaya ditingkatkan iman untuk menempuhi ujian-ujian dari-NYA itu". Tambahan pula, semakin berat ujian yang ditimpakan pada seseorang hamba-NYA, semakin tinggi kasih sayang Allah kepadanya. Semoga saya termasuk dalam golongan ini. AMINN...
Akhirnya, dua assignment tu dapat dihantar tepat pada tarikhnya, walaupun agak kelam kabut. Syukran kathira buat kak husna dan kak tikah sebab sudi edit skrip untuk tugasan KKP ELP. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Hmm, lain kali boleh tolong lagi. Hehe... Tidak lupa pada Tikah dan Ita, atas kerjasama yang padu dalam menyiapkan tugasan. Laptop pun ada 'back up'. Mujur tak hilang semua file dalam tu, walaupun ada juga yang tak di'back up'. Thumbdrive pula, tak dapat diselamatkan. Nampaknya kena kutip balik maklumat untuk silibus usrah yang Bengkel Penyusunan Modul tempoh hari. Tapi masalah tu Insyaallah, dapat diselesaikan. Alhamdulillah, terasa dipermudahkan segala urusan.
Kesimpulannya buat sahabat-sahabat dan pengunjung sekalian, jangan cepat mengeluh bila suatu dugaan menghampiri. Sesungguhnya, setiap kesusahan itu ada kesenangan.
Wallahu a'lam...