Tahniah Buat Sahabatku ! ! !

Posted by: Ana Mursyidah in

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam ukhuwah seluas mahabbah...

Entry kali ni, khas saya tujukan buat salah seorang sahabatku, NURUL FAATIHAH BINTI MD HASSAN.

Semalam, keputusan STPM dah diumumkan. Apa yang membuatkan saya teruja untuk menulis di sini bilamana sahabat saya ini telah mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam STPMnya, iaitu 4A.


Walaupun saya tiada memberi apa-apa sumbangan kepada beliau, (hanya doa yang dipanjatkan) namun kejayaan beliau membuatkan saya begitu bangga kerana menjadi orang yang pernah mengenalinya. Apatah lagi saya pernah belajar sekelas dengannya selama empat tahun ketika di sekolah menengah (F1 hingga F5 kecuali masa F3). Saya juga pernah sebilik dengannya ketika berada dalam tingkatan 2.

Terkejut saya bila terpandang wajah beliau di dada akhbar. Namun, memang saya sudah dapat mengagak kejayaan beliau melihat kesungguhannya belajar dan hasrat beliau yang ingin membantu keluarganya.


Sahabatku, NURUL FAATIHAH BINTI MD HASSAN
berdiri di tengah



p/s: Dengarnya 24 orang pelajar SHAMS yang dapat straight A's dalam SPM. Ape-apepun, MABRUK wa JIDDAN... Saya bangga jadi anak SHAMS!!!

This entry was posted on Friday, March 13, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 Tukang Komen

Post a Comment