Dalam Kesusahan Itu Ada Kesenangan

Posted by: Ana Mursyidah in

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t.

Sekian lama tidak menjenguk di sini. Bukannya tak sudi tapi kekangan masa amat membataskan kehadiran saya ke teratak sendiri. Bukan sekadar terbatas malah langsung tiada kesempatan. Alhamdulillah, pada saat dan ketika ini, saya masih diberi ruang untuk menjengah dan mencoretkan sesuatu di sini, dalam tempoh yang agak lama. Walaupun tidak dinafikan, kerja-kerja masih bertimbun dan pastinya tidak pernah akan habis bilamana akan muncul kerja yang lain apabila yang sebelumnya sudah diselesaikan.

Minggu lalu, 27 Februari hingga 1 Mac, Tamrin Bina Nuqaba' sudahpun dijalankan dengan jayanya. Seterusnya, 2 Mac hingga 5 Mac, Program Bina Insan Guru (BIG) di Tasik Biru, Chinchin pula sudah ditempuhi dengan saksama sekali. Pada 6 Mac pula, ada Majlis Watikah Perlantikan JPP sesi 2009/2010. Yang terakhir, 7 dan 8 Mac, saya telah menyertai Kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam di Dewan Tun Fatimah. Masa yang terhad ditambah pula dengan dua assignment yang perlu dihantar pada 10 Mac. Tu tak termasuk laptop yang perlu diformat balik dan masalah thumbdrive, yang mana semua maklumat dalam thumbdrive tu 'corrupted'. Pergi BIG pun resah-gelisah dan gundah-gulana je. Subhanallah, terasa berat ujian dan dugaan dari-Mu.

Teringat kata-kata seorang senior saya, "jangan minta pada Allah supaya diringankan ujian, tapi mintalah supaya ditingkatkan iman untuk menempuhi ujian-ujian dari-NYA itu". Tambahan pula, semakin berat ujian yang ditimpakan pada seseorang hamba-NYA, semakin tinggi kasih sayang Allah kepadanya. Semoga saya termasuk dalam golongan ini. AMINN...

Akhirnya, dua assignment tu dapat dihantar tepat pada tarikhnya, walaupun agak kelam kabut. Syukran kathira buat kak husna dan kak tikah sebab sudi edit skrip untuk tugasan KKP ELP. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Hmm, lain kali boleh tolong lagi. Hehe... Tidak lupa pada Tikah dan Ita, atas kerjasama yang padu dalam menyiapkan tugasan.
Laptop pun ada 'back up'. Mujur tak hilang semua file dalam tu, walaupun ada juga yang tak di'back up'. Thumbdrive pula, tak dapat diselamatkan. Nampaknya kena kutip balik maklumat untuk silibus usrah yang Bengkel Penyusunan Modul tempoh hari. Tapi masalah tu Insyaallah, dapat diselesaikan. Alhamdulillah, terasa dipermudahkan segala urusan.


Kesimpulannya buat sahabat-sahabat dan pengunjung sekalian, jangan cepat mengeluh bila suatu dugaan menghampiri. Sesungguhnya, setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Wallahu a'lam...

This entry was posted on Wednesday, March 11, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 Tukang Komen

"Sesungguhnya selesai kesukaran datanglah kesenangan. Sesungguhnya apabila engkau telah selesai(mengusahakan sesuatu pekerjaan)maka bersusah payah (melakukan pekerjaan lainnya).Dan hanya berharap kepada Tuhanmu.
(Al-Insyirah : Ayat 6-8)

p/s :neva surrender,neva giv up..

syukran kathira buat serikandi mujahidah atas nasihatnya...

Post a Comment